omniture

Maxthon Bawa Prestasi Dipertingkat dan Pengalaman Pengguna Unggul untuk Pelayaran Web iPhone dan iPad

Maxthon
2013-09-27 14:24 121

Kemas Kini Baharu Termasuk Tolakan Awan Goncang dan Hantar serta Kandungan Setempat dalam 15 Bahasa

SAN FRANCISCO, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, syarikat perisian global yang membangunkan pelayar web yang canggih, hari ini mendedahkan versi dikemas kini pelayar iOSnya yang memaparkan peningkatan prestasi dan kelajuan, keupayaan perkongsian "goncang dan hantar" dan kandungan setempat dalam 15 bahasa.

"Pelayaran web pada iOS ialah 'perhubungan rendah' berbanding set ciri iOS lain yang kuat," kata Jeff Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon. "Pelayar iOS baharu Maxthon memperbaiki kelemahan yang ada sebelum ini dan melakukan lebih daripada itu. Ia merupakan cara yang lebih cepat, lebih mudah dan mesra pengguna untuk mengalami pelayaran web pada iPhone atau iPad anda."

Pelayar iOS baharu Maxthon IOS juga mempunyai:

  • Penyepaduan Sosial Unggul: Dengan hanya satu klik, perkongsian kandungan adalah lebih mudah bagi sebarang saluran sosial dan pada bila-bila masa dari dalam pelayar.
  • Perkongsian Dioptimum, "Goncang dan Hantar": Hantar kandungan ke awan dan akses pilihan perkongsian berbilang, seperti 'goncang dan hantar' yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan dengan lebih mudah dengan hanya menggoncangkan peranti mereka.
  • Kandungan Setempat: Berita tempatan, kandungan dan perkhidmatan tersedia dalam 15 bahasa akan memberikan pengguna maklumat yang mudah dicapai dan relevan di mana sahaja.
  • Penggunaan Satu Tangan Dioptimum: Ciri-ciri bergaya, seperti "Tolak Menu Ke Tepi" membolehkan pengguna melihat kandungan dengan mudah dan mampu melayari web hanya menggunakan satu tangan dengan mudah.

"Setiap hari, tumpuan pelayaran web dan penggunaan kandungan beralih dari komputer meja dan lebih ke peranti mudah alih," kata Karl Mattson, Naib Presiden Bahagian Antarabangsa Maxthon. "Pelayar web perlu berubah untuk menjadi lebih optimum untuk penggunaan mudah alih. Pelayar iOS yang dikemas kini Maxthon mencerminkan visi kami yang lebih besar untuk beralihan dengan penghijrahan itu dan meneruskan usaha kami untuk memudahkan, mempercepat dan mengoptimumkan pelayaran web bagi apa jua jenis peranti yang digunakan oleh para pelanggan kami."

Muat turun Maxthon di sini

Tentang Maxthon

Maxthon ialah syarikat perisian inovatif yang membangunkan pelayar web unggul yang terus menetapkan standard baharu bagi kelajuan, keselamatan, kesederhanaan dan ciri awan. Ia boleh didapati pada platform Windows, Android, iOS dan Mac. Maxthon mempunyai rangkaian pejabat di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong yang membolehkannya memberi perkhidmatan kepada pengguna global melebihi 120,000,000 individu setiap bulan di lebih 150 buah negara. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Maxthon  

Hubungi:
Burson-Marsteller untuk Maxthon
Sandy Choi
Sandy.Choi@BM.com
(+1)212-614-4757

Source: Maxthon
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services