omniture

Platform Lesen TV Khusus OTT HyperLive Ceburi Penstriman Langsung Imersif dalam Persekitaran model 3D

HyperLive Entertainment
2022-01-17 09:00 57

SINGAPURA, 17 Januari 2022 /PRNewswire/ -- HyperLive Entertainment Pte Ltd, agensi media kreatif yang menggunakan teknologi dan platform penstriman langsung di Singapura, bersiap sedia untuk mencetuskan impak yang besar pada tahun ini selepas diberi lesen perkhidmatan televisyen khusus oleh IMDA.

Sejak pelancarannya pada Ogos 2021, HyperLive bertanggungjawab untuk beberapa acara yang disiarkan secara langsung yang paling inovatif dan dibarisi oleh bintang-bintang terkenal pada tahun lalu termasuk acara Miss World Singapore and Malaysia yang berprestij serta beberapa konsert amal maya yang menampilkan artis-artis getai yang terkenal di Singapura. Acara ini disiarkan secara langsung melalui platform utama syarikat ini yang boleh diakses di HyperLive.tv yang telah diluluskan oleh IMDA untuk menyiarkan program televisyen melalui internet dan menyediakan perkhidmatan televisyen 'over-the-top' (OTT).

Sebagai platform penstriman langsung berlesen, HyperLive berhasrat untuk menghasilkan dan mengedarkan kandungan media yang sangat menarik di HyperLive.tv sekali gus mencipta kandungan berpandukan data asli untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan nilai jenama mereka. Matlamatnya adalah untuk menghubungkan jaringan perniagaan dan komuniti sosial dengan kandungan langsung yang hebat serta mentransformasikan acara menjadi pengalaman yang interaktif dan menarik untuk khalayak global melalui teknologi digital yang canggih.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penonton telah beralih daripada kandungan siaran tradisional yang kebanyakannya disampaikan dalam format 'sehala' dan pra-rakam, kepada kandungan yang lebih diperibadikan dan disiarkan secara langsung yang menarik dan seronok untuk ditonton. Bahkan, trend yang semakin meningkat ini dapat dilihat secara global memandangkan penstriman langsung dianggarkan menyumbang sebanyak 82% daripada semua trafik internet pada tahun 2021. HyperLive bermatlamat untuk mengambil selangkah ke hadapan dalam bulan-bulan akan datang dengan mencipta kandungan siaran langsung yang imersif dan interaktif yang berinteraksi dengan penontonnya pada masa sebenar – hasil yang dapat dijayakan melalui inovasi yang dibina khas yang dibangunkan untuk platform penstriman langsungnya oleh rakan kongsi teknologi BeLive Technology.

Ketua Pegawai Eksekutif HyperLive, Dr. Sean Wong menjelaskan, "Kami memerhatikan perubahan yang besar dari segi pilihan penonton dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dengan keadaan COVID yang masih berterusan, kami menjangkakan permintaan terhadap kandungan yang kreatif dan interaktif akan melonjak pada tahun ini. Penerimaan acara kami sepanjang beberapa bulan yang lalu telah mengesahkan lagi pandangan kami bahawa penstriman langsung yang interaktif merupakan jalan ke hadapan untuk perniagaan mendigitalkan dan kami sentiasa menaik taraf teknologi kami untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada penonton kami selain pelanggan komersial."

Dalam hal ini, HyperLive berusaha menambah penerapan persekitaran maya 3D yang realistik kepada keupayaan penghasilannya. Baru-baru ini, syarikat ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan iSmart Support Pte Ltd, penyedia penyelesaian reka bentuk 3D yang terkemuka untuk berkolaborasi bagi mencipta persekitaran maya realistik yang dibenamkan dengan teknologi penstriman langsungnya yang akan memperhebatkan acara dan kempen media masa depan HyperLive. Telahpun dirancang ialah gedung maya 3D yang dikuasakan oleh keupayaan perdagangan langsung untuk membantu perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan perniagaan mereka dan konsert maya yang akan 'menarik perhatian penonton menerusi pengalaman imersifnya yang canggih.'

Pembangunan sedemikian hanyalah permulaan untuk HyperLive. Kini, HyperLive terlibat dalam perbincangan bersama beberapa jenama terkemuka untuk menggunakan strategi kandungan langsung yang kreatif untuk mendorong kempen-kempen pembinaan jenama masing-masing. Secara berasingan, HyperLive turut melancarkan aplikasi mudah alih HyperLive.tv baru-baru ini yang tersedia di Google Play Store untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iOS.

Latar Belakang HyperLive:

HyperLive ialah sebuah syarikat media kreatif menggunakan teknologi yang mengkhusus dalam penghasilan dan pengedaran kandungan media yang interaktif dan menghiburkan bagi mencipta nilai jenama dan harta intelek digital. HyperLive.tv ialah platform televisyen khas berlesen yang menggabungkan antara acara muzik, hiburan dan gaya hidup dengan ciri-ciri yang amat interaktif yang menghasilkan pengalaman menonton yang eksklusif serta menarik – HyperLive telah mencipta cara yang unik dan menarik untuk menyiarkan dan menonton kandungan secara langsung.

Source: HyperLive Entertainment
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services