omniture

Svenska Rikslagen: Parti politik baharu di Sweden

Svenska Rikslagen
2022-01-17 17:00 20

Sidang Media akan diadakan pada 22 Januari 2022

STOCKHOLM, 17 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Parti Svenska Rikslagen telah didaftarkan di Sweden. Parti ini memberi tumpuan untuk dipilih untuk menyertai Parlimen Sweden melalui pilihan raya yang akan diadakan pada bulan September 2022.  

Latar belakang kami 

Svenska Rikslagen ditubuhkan untuk bertindak kepada tindak balas kerajaan Sweden terhadap pandemik Covid.  

Agenda kami 

Dengan usul asal daripada konvensyen hak asasi manusia PBB dan dengan sokongan undang-undang negara Sweden, Svenska Rikslagen akan bertindak pada peringkat individu, bersama-sama dengan peguam bela dan saintis, menilai tindakan pemimpin yang dipilih dan menuntut tanggungjawab jika berkenaan.

Svenska Rikslagen merancang untuk menyoal dan menilai:

  • Kesahihan perundangan berkaitan pasport vaksin
  • Tanggungjawab terhadap program vaksinasi yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan belia
  • Diskriminasi secara sistematik terhadap warganegara yang tidak divaksin
  • Tanggungjawab dan manfaat kesan vaksin berbanding tindak balas yang teruk 
  • Kesan ekonomi ke atas sekatan pergerakan 

Pengundi kami - kita akan teguh bersama-sama 

Svenska Rikslagen tidak membezakan latar belakang etnik, lelaki atau wanita, divaksin atau tidak divaksin.  Svenska Rikslagen ialah sebuah parti yang bukan berasaskan politik, yang memperjuangkan hak semua rakyat Sweden yang menuntut kebenaran dan keadilan.

Dengan tertubuhnya parti Svenska Rikslagen, warga dan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat akan mendapat tempat untuk bersatu dan bersuara. Ia bukan lagi tentang kesihatan awam atau memisahkan individu kepada kumpulan divaksin dan yang tidak divaksin. Ia adalah tentang menyatukan rakyat dan bersuara tentang hak-hak asasi manusia kita. 

Jemputan untuk sidang media 

Penyertaan: Ahli lembaga pengarah, wakil-wakil parti, wartawan dan lain-lain.

Tempat: Stockholm, Sweden. Alamat tepat akan disiarkan di laman web kami.

Tarikh: Sabtu 22 Januari 2022 pukul 10.00 pagi                                           

Pengerusi parti Svenska Rikslagen

Sila hubungi: 
Martin Zetterstedt
+46 709769977
martinzetterstedt@hotmail.com
val@svenskarikslagen.se

www.svenskarikslagen.se 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1726814/Svenska_Rikslagen_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Svenska Rikslagen
Keywords: Publishing/Information Service European Government