![]() |
VALCOURT, Quebec, 17 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Jenama Can-Am Off-Road di BRP (TSX: DOO) (NASDAQ: DOOO) terus memperkukuh penguasaan perlumbaan globalnya pada permulaan tahun baharu, kali ini dengan menyapu bersih kedudukan teratas dalam dua kategori berbeza di Rali Dakar yang terkenal di Arab Saudi. Kemenangan ini mengukuhkan kejuaraan luar biasa yang kelima berturut-turut bagi jenama tersebut di Rali Dakar yang dianggap sebagai perlumbaan luar jalan raya yang paling mencabar di dunia.
Pelumba Can-Am Factory, Austin Jones (Amerika Syarikat), bersama-sama dengan pemandu arahnya, Gustavo Gugelmin (Brazil), menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan terbaik dalam kategori T4, iaitu kategori kenderaan luar jalan raya sebelah-menyebelah yang berasaskan pengeluaran. Gerard Farrés (Sepanyol) menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Rokas Baciuska (Lithuania) pula di tempat ketiga, melengkapkan kemenangan di atas podium sepenuhnya bagi kenderaan Can-Am. Malah, 17 penamat perlumbaan terbaik dalam kategori T4 memandu kenderaan Can-Am, dan kenderaan bukan Can-Am pertama yang melepasi garisan penamat berada di tempat ke-18 dengan jurang catatan masa selama 9 jam dan 30 minit di belakang Jones dan Gugelmin.
Dalam kategori T3, iaitu kenderaan prototaip yang dihasilkan oleh pembuat khusus dengan langkah terakhir sebelum mencapai kategori kereta, para pelumba Can-Am menduduki tempat pertama dan kedua. Francisco Lopez dan pemandu arahnya, Juan Pablo Latrach Vinagre (kedua-duanya dari Chile) menduduki tempat pertama, diikuti dengan Sebastian Eriksson (Sweden) dan pemandu arahnya, Wouter Rosegaar (Belanda).
"Memenangi Rali Dakar adalah sesuatu yang amat menakjubkan," kata Jones. "Acara ini sememangnya merupakan ujian perlumbaan luar jalan raya yang terhebat. Apa-apa sahaja boleh berlaku dan kami berusaha dengan keras sehinggalah ke penghujung pertandingan yang sangat sengit ini. Pemandu arah dan pasukan saya telah melakukan tugas dengan baik dan Can-Am menunjukkan prestasi dan ketahanannya yang sangat mengagumkan."
Rali Dakar 2022 ini meliputi jarak sejauh kira-kira 5,200 batu (8,400km) dengan melalui beberapa bentuk rupa bumi yang paling mencabar dan teknikal di Arab Saudi. Para pemandu berdepan dengan tebing, ngarai, bukit pasir dan denai berbatu yang mencabar kemahiran dan kenderaan mereka dengan begitu hebat.
Pelumba Can-Am disokong oleh South Racing Can-Am yang mempunyai lebih daripada 150 kakitangan di Arab Saudi bagi membantu menyediakan segala-galanya daripada mekanik hingga logistik dan makanan untuk lebih 21 orang pelumba Can-Am Maverick X3. Kenderaan Can-Am binaan South Racing mempunyai 100% rekod tamat perlumbaan di Rali Dakar dan telah memenangi kategori sebelah menyebelah setiap tahun sejak tahun 2018.
"Usaha berpasukan yang sebenar diperlukan untuk mencapai kejayaan pasukan 'Can-Am Off-Road' seperti yang baru sahaja dilakukan di Dakar Rali," kata Sandy Scullion, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan dan Peruncitan Global Powersports, BRP. "Kami mempunyai yang terbaik daripada yang terbaik, daripada pemandu hingga kakitangan sokongan dan platform Can-Am Maverick X3 yang luar biasa. Kami tidak sabar menantikan perlumbaan yang dirancang sepanjang tahun ini kerana kami merancang untuk meneruskan momentum luar biasa kami dengan menjulang kejuaraan di seluruh dunia."
Kini tersedia di pusat edaran Can-Am di seluruh dunia ialah Maverick X3 2022 yang dibina untuk memberikan prestasi hebat. Ia merupakan sebuah kenderaan perlumbaan luar jalan raya yang terbukti, yang akan membawa anda lebih jauh, tidak kira sama ada anda mengharungi denai di tempat anda, memandu di kawasan bukit pasir, atau bersiap sedia untuk perlumbaan besar yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut tentang butiran teknikal dan spesifikasi produk, serta maklumat tentang barisan kenderaan Can-Am Off-Road MY22 yang lengkap, sila layari https://can-am.brp.com/off-road/.
Tentang BRP
Kami ialah peneraju global dalam dunia kenderaan sukan berkuasa, sistem pendorongan dan bot berdasarkan kepintaran dan tumpuan pengguna yang intensif selama lebih 75 tahun. Portfolio produk kami yang terkemuka dalam industri dan tersendiri merangkumi kereta salji Ski-Doo dan Lynx, kenderaan air Sea-Doo, kenderaan atas dan luar jalan raya Can-Am, Alumacraft, Manitou, Quintrex, bot Stacer dan Savage, sistem pendorong marin Rotax serta enjin Rotax untuk go-kart, motosikal dan pesawat rekreasi. Kami melengkapkan barisan produk kami dengan perniagaan alat ganti, aksesori dan pakaian yang khusus untuk meningkatkan pengalaman pemanduan sepenuhnya. Dengan jualan tahunan sebanyak CA$6.0 bilion daripada lebih 130 buah negara, tenaga kerja global kami terdiri daripada kira-kira 14,500 orang pekerja yang bermotivasi dan bijaksana.
Ski-Doo, Lynx, Sea-Doo, Can-Am, Rotax, Evinrude, Manitou, Alumacraft, Quintrex, Stacer, Savage dan logo BRP merupakan tanda dagangan Bombardier Recreational Products Inc. atau ahli gabungannya. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing.
Brian Manning, Ketua Perhubungan Awam Pengguna Global, Telefon: +1 913-424-9709 | brian.manning@brp.com, media@brp.com