omniture

Festival Sajian Perlahan Antarabangsa di Korea Selatan bakal Mengetengahkan Aneka Kulinari Asia

2013 Namyangju International Slow Food Conference Committee
2013-09-27 11:36 123

NAMYANGJU, Korea Selatan, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- Festival makanan antarabangsa yang bakal diadakan di Korea Selatan mempunyai matlamat untuk menawarkan peluang unik bagi menikmati kepelbagaian kulinari dalam rantau Asia dan Oceania, kata pihak penganjur pada hari Khamis.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/26/20130926185517887571.html )

AsiO Gusto 2013 bakal dibuka di Namyangju, timur Seoul, Selasa hadapan dan berlangsung selama enam hari, dengan penyertaan 40 negara Asia dan Oceania, lalu membuatkannya festival makanan yang terbesar dalam rantau ini.

Perkataan "AsiO" ialah gabungan nama Asia dan Oceania, dan "Gusto" bermaksud rasa dalam Bahasa Itali.

Dengan tema "Sajian Perlahan, Mengubah Dunia Melalui Rasa," projek itu dianjurkan oleh Pusat Budaya Sajian Perlahan dan majlis perbandaran Namyangju dengan kolaborasi bersama organisasi Slow Food International.

Organisasi sajian perlahan itu mencipta versi Asia untuk acara ini tahun lepas. Ia telah menganjurkan dua acara besar sekali setiap dua tahun – acara Salone del Gusto dan Terra Madre di Itali dan Euro Gusto di Perancis.

"Di luar Asia, ramai orang mempunyai pandangan terbatas tentang sajian berbeza dalam rantau ini…AsiO Gusto bakal menawarkan kembara sepanjang pemandangan dan rasa Asia yang hidup," kata para penganjurnya di laman webnya.

Festival minggu hadapan dijangka akan menyajikan pelbagai acara, termasuk persidangan antarabangsa, bengkel, dan pertandingan masakan serta pameran, kata pihak penganjur.

Persidangan itu akan dimulakan pada 2 Oktober dan akan berlangsung selama tiga hari, dengan hampir 90 pakar dari 20 negara dijadualkan akan membincangkan arah aliran dan kajian terbaharu tentang sajian perlahan dari seluruh dunia.

"Selain mengetengahkan nilai budaya tempatan, acara itu akan mencerminkan bagaimana prinsip panduan Sajian Perlahan – lazat, bersih dan wajar; perlindungan biodiversiti; dan kepentingan pendidikan rasa – semakin banyak dikongsi pada peringkat global," kata seorang pegawai organisasi itu.

SUMBER: Jawatankuasa Persidangan Makanan yang Dimasak Antarabangsa Namyangju 2013

 

Source: 2013 Namyangju International Slow Food Conference Committee
Keywords: Food/Beverages Trade show news