omniture

Festival Sajian Perlahan Antarabangsa akan Dibuka Minggu Hadapan

2013 Namyangju International Slow Food Conference Committee
2013-09-27 11:24 113

NAMYANGJU, Korea Selatan, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- Minggu hadapan, Korea Selatan akan menganjurkan satu festival antarabangsa dengan mempamerkan ratusan makanan berbeza dari seluruh dunia, kata pihak penganjur pada hari Rabu.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/26/20130926175750214706.html )

AsiO Gusto 2013 bakal dibuka di Namyangju, timur Seoul, Selasa hadapan, dengan penyertaan 40 negara Asia dan Oceania, lalu membuatkannya festival makanan yang terbesar dalam rantau ini, kata pihak penganjur.

Festival itu dijadualkan untuk berlangsung selama enam hari dengan tema, "Sajian Perlahan, Mengubah Dunia Melalui Rasa." Programnya termasuklah satu upacara perasmian, bengkel dan persidangan antarabangsa, serta pelbagai acara istimewa yang dianjurkan oleh pavilion tempatan dan antarabangsa.

Para pelawat boleh merasai pelbagai sajian dari seluruh dunia, termasuk hidangan gourmet yang dimasak oleh chef terkemuka dunia, sajian tradisional, dan makanan yang jarang didapati daripada pelbagai budaya.

Persidangan itu akan dimulakan pada 2 Oktober dan akan berlangsung selama tiga hari, dengan hampir 90 pakar dari 20 negara akan membincangkan arah aliran dan kajian terbaharu tentang sajian perlahan dari seluruh dunia.

Festival itu juga bakal menyajikan pertandingan muzik, tarian, masakan dan pelbagai pameran serta acara amali, kata pihak penganjur.

Ia dijangka menarik kunjungan kira-kira 300,000 pelawat, kata mereka lagi.

Source: 2013 Namyangju International Slow Food Conference Committee
Keywords: Food/Beverages Trade show news