omniture

Eastman akan melabur sehingga $1 bilion untuk mempercepat ekonomi kitaran melalui pembinaan kemudahan kitar semula plastik molekul terbesar di dunia di Perancis

Eastman
2022-01-18 00:24 37

PARIS, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada pagi ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Pengerusi Lembaga Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eastman (NYSE:EMN), Mark Costa akan bersama-sama mengumumkan rancangan Eastman untuk melabur sehingga $1 bilion ke dalam kemudahan kitar semula molekul bahan-ke-bahan di Perancis. Kemudahan ini akan menggunakan teknologi pembaharuan poliester Eastman untuk mengitar semula sehingga 160,000 tan metrik setiap tahun bagi sisa plastik yang sukar dikitar semula yang ketika ini dihapuskan melalui pembakaran.

"The investment in France is a significant step forward in Eastman’s strategy to accelerate a circular economy globally. Eastman is proud to partner with the French government to actively contribute to France’s and the EU’s bold commitments,” Eastman Board Chair and CEO Mark Costa said.
"The investment in France is a significant step forward in Eastman’s strategy to accelerate a circular economy globally. Eastman is proud to partner with the French government to actively contribute to France’s and the EU’s bold commitments,” Eastman Board Chair and CEO Mark Costa said.

Pelaburan ini akan mengitar semula sisa plastik setiap tahun yang cukup untuk mengisi stadium bola sepak negara Stade de France sebanyak 2.5 kali ganda, di samping menghasilkan bahan berkualiti tulen dengan jejak karbon yang jauh lebih rendah. Eastman ialah pelabur terbesar dalam acara "Pilihlah Perancis" pada tahun ini yang difokuskan untuk menarik pelaburan asing ke Perancis.

Projek berbilang fasa ini merangkumi unit-unit yang akan menyediakan sisa plastik campuran untuk pemprosesan, unit metanolisis untuk menyahpolimer sisa dan barisan polimer untuk menghasilkan pelbagai bahan berkualiti terbaik untuk penggunaan khusus, pembungkusan dan tekstil. Eastman juga merancang untuk mewujudkan sebuah pusat inovasi kitar semula molekul yang membolehkan Perancis mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam ekonomi kitaran. Pusat inovasi ini akan memajukan kaedah dan aplikasi kitar semula alternatif untuk menghentikan pembakaran sisa plastik dan mengekalkan bahan mentah fosil di dalam tanah. Kilang dan pusat inovasi tersebut dijangka akan mula beroperasi menjelang tahun 2025, mencipta peluang pekerjaan untuk kira-kira 350 orang dan mendorong 1,500 pekerjaan tambahan secara tidak langsung dalam bidang kitar semula, tenaga dan infrastruktur.

Ekonomi kitaran adalah penting untuk menangani krisis sisa plastik dan iklim global, dua isu yang menjadi tumpuan utama di Perancis dan di seluruh Eropah. Kerjasama jangka panjang antara Perancis dan Eastman ini akan menyumbang kepada pencapaian matlamat kelestarian Kesatuan Eropah dengan mengurangkan pelepasan karbon dan mendayakan ekonomi kitaran. Perancis telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa dengan mengiktiraf peranan penting kitar semula molekul dan menyokong pelaburan dalam bidang inovasi.

Projek Eastman juga berjaya meraih sokongan daripada beberapa jenama global yang mengagumkan yang berkongsi komitmennya untuk menyelesaikan masalah sisa plastik dunia dan melihat kitar semula molekul sebagai alat penting untuk mencapai ekonomi kitaran. LVMH Beauty, Estée Lauder Companies, Clarins, Procter & Gamble, L'Oréal dan Danone menerajui usaha ini dengan menandatangani surat hasrat untuk perjanjian bekalan berbilang tahun daripada kemudahan ini. 

Teknologi pembaharuan poliester Eastman yang terbukti ini menghasilkan kitaran sebenar bagi sisa plastik yang sukar dikitar semula yang masih kekal dalam ekonomi linear pada hari ini. Bahan ini biasanya dibakar kerana ia tidak boleh dikitar semula secara mekanikal atau mesti dikitar rendah dengan teknologi sedia ada. Sisa yang sukar dikitar semula ini dipecahkan kepada blok binaan molekulnya dan kemudian digabungkan semula untuk menjadi bahan berkualiti yang terbaik tanpa sebarang kompromi dari segi prestasi. Teknologi pembaharuan poliester Eastman memberikan potensi nilai bahan yang tiada batasan dengan mengekalkannya di dalam pengeluaran bagi setiap kitaran hayat. Dengan kecekapan yang wujud dalam teknologi ini dan sumber tenaga boleh baharu yang tersedia di Perancis, bahan-bahan boleh dihasilkan dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80% berbanding kaedah tradisional.

"Mempercepat peralihan ke arah ekonomi kitaran merupakan salah satu cabaran utama pada tahun-tahun yang akan datang. Pelaburan besar Eastman di Perancis menunjukkan kesediaan negara kami untuk menerima teknologi inovatif yang akan membantu kami mencapai matlamat ekologi dan ekonomi kami dengan merevolusikan kapasiti kitar semula plastik negara kami," kata Barbara Pompili, Menteri Peralihan Ekologi Perancis. "Perancis sentiasa menjadi peneraju dalam perjalanan ini dan kerjasama dengan Eastman memberikannya kaedah untuk mencapai sasaran kitar semula plastik yang tinggi yang ditetapkan untuk tahun 2025. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan sebuah syarikat yang mempunyai sejarah inovasi pada skala global selama 100 tahun dan lebih 30 tahun pengalaman dalam kitar semula molekul."

Agnès Pannier-Runacher, Menteri Perwakilan Industri Perancis menyatakan, "Projek berskala dunia Eastman akan membolehkan Perancis meletakkan dirinya sebagai peneraju teknologi baharu kitar semula dan pemulihan sisa plastik di Eropah. Pelaburan ini merupakan hasil daripada pendekatan bermatlamat besar untuk menakluki semula industri yang diterajui oleh Kerajaan sejak tahun 2017, menjadikan Perancis sebagai negara projek perindustrian yang paling menarik di Eropah sejak tahun 2018. Dengan projek ini yang menjadi langkah penting untuk kedaulatan negara kami, kami memperoleh kaedah untuk mencapai cita-cita kami dari segi peralihan ekologi sambil mewujudkan pekerjaan yang lestari dalam bidang pembuatan, infrastruktur dan tenaga. Kami tidak sabar untuk membina hubungan kerjasama ini dengan Eastman."

"Pelaburan di Perancis merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam strategi Eastman untuk mempercepat ekonomi kitaran di seluruh dunia. Eastman berasa bangga dapat bekerjasama dengan kerajaan Perancis untuk menyumbang secara aktif terhadap komitmen berani Perancis dan Kesatuan Eropah," kata Costa. "Perancis telah menunjukkan komitmen mereka ke arah masa depan yang lestari dan Eastman telah menetapkan matlamat karbon dan ekonomi kitaran yang sama. Pengumuman hari ini telah berjaya dilakukan atas sokongan Presiden Macron, kerajaan Perancis dan agensinya Business France yang telah berusaha dengan pantas dan mengagumkan untuk menggerakkan dan menggalakkan projek yang besar dan kompleks ini. Kami berharap untuk bekerjasama dalam jangka panjang dan menawarkan inovasi yang diperlukan untuk mengitar semula sisa plastik dan melindungi planet kita untuk generasi akan datang.

"Rancangan untuk membina kemudahan kitar semula plastik terbesar di dunia di Perancis ini merupakan bahagian penting dalam keseluruhan strategi ekonomi kitaran kami," tambah Costa. "Pengumuman hari ini merupakan satu pencapaian penting terhadap komitmen kami dan kami berharap untuk mencapai pencapaian tambahan dalam masa beberapa bulan akan datang, termasuk perjanjian yang berkaitan dengan pemerolehan sisa plastik iaitu bekalan bahan mentah, mendapatkan insentif kerajaan dan keputusan bagi lokasi tapak."

Tentang Eastman: Ditubuhkan pada tahun 1920, Eastman ialah sebuah syarikat bahan khusus global yang menghasilkan pelbagai produk yang terdapat dalam barangan kegunaan harian orang ramai. Dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan secara material, Eastman bekerjasama dengan pelanggan untuk menghasilkan produk dan penyelesaian inovatif sambil mengekalkan komitmennya terhadap keselamatan dan kelestarian. Model pertumbuhan yang didorong oleh inovasi syarikat tersebut memanfaatkan platform teknologi bertaraf dunia, penglibatan pelanggan yang kukuh dan pembangunan aplikasi yang berbeza untuk meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran akhir yang menarik seperti pengangkutan, bangunan dan pembinaan serta barangan guna habis. Sebagai sebuah syarikat yang pelbagai dan inklusif di peringkat global, Eastman mempunyai kira-kira 14,000 orang pekerja di seluruh dunia dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 100 buah negara. Syarikat ini memperoleh pendapatan kira-kira $10 bilion dan beribu pejabat di Kingsport, Tennessee, AS. Untuk maklumat lanjut, sila layari eastman.com/france.

Pelabur:
Greg Riddle, Eastman
+1 212-835-1620
griddle@eastman.com

Media Eropah:
Jean-Christophe Adler, APC – Affaires Publiques Consultants
+33 6 03 24 77 24
jc.adler@affairespubliquesconsultants.fr

Media A.S.:
Brad Lifford, Eastman
+1 423-229-6543
blifford@eastman.com

On Nov. 10, 2021 Eastman and Procter & Gamble announced that Herbal Essences will be the first P&G brand to use Eastman Renew molecular-recycled plastic in its packaging.
On Nov. 10, 2021 Eastman and Procter & Gamble announced that Herbal Essences will be the first P&G brand to use Eastman Renew molecular-recycled plastic in its packaging.

 

On June 1, 2021, Eastman announced its collaboration with LVMH Perfumes & Cosmetics, a division of luxury powerhouse LVMH, to develop packaging made possible through Eastman's molecular recycling technologies for the Dior Addict Lip Maximizer, the first luxury product featuring Eastman Cristal Renew.
On June 1, 2021, Eastman announced its collaboration with LVMH Perfumes & Cosmetics, a division of luxury powerhouse LVMH, to develop packaging made possible through Eastman's molecular recycling technologies for the Dior Addict Lip Maximizer, the first luxury product featuring Eastman Cristal Renew.

 

Eastman to invest up to $1 billion to accelerate circular economy through building world’s largest molecular plastics recycling facility in France.
Eastman to invest up to $1 billion to accelerate circular economy through building world’s largest molecular plastics recycling facility in France.

 

Eastman’s proven polyester renewal technology provides true circularity for hard-to-recycle plastic waste that remains in a linear economy today. This hard-to-recycle waste is broken down into its molecular building blocks and then reassembled to become first-quality material without any compromise in performance. Eastman’s polyester renewal technology enables the potentially infinite value of materials by keeping them in production, lifecycle after lifecycle.
Eastman’s proven polyester renewal technology provides true circularity for hard-to-recycle plastic waste that remains in a linear economy today. This hard-to-recycle waste is broken down into its molecular building blocks and then reassembled to become first-quality material without any compromise in performance. Eastman’s polyester renewal technology enables the potentially infinite value of materials by keeping them in production, lifecycle after lifecycle.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1727104/Mark_Costa_CEO_Eastman.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1727105/Herbal_Essence_Eastman.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1727106/Dior_Addict_Lip_Maximizer_Eastman.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1727107/Eastman_France_facility.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1727108/Polyester_Recycling_Technology_Eastman.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/746866/Eastman_Logo.jpg?p=medium600

Source: Eastman
Related Stocks:
NYSE:EMN
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Licensing/marketing agreements