omniture

Kit PCR Masa Nyata Diagnosis CoronaMeltVAR Menarini mengesan SARS CoV-2 dan mengenal pasti Varian Omicron secara serentak

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2022-01-18 18:10 14

FLORENCE, Itali, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Varian Omicron baharu ini merebak dengan pantas menyebabkan peningkatan jangkitan pada kepantasan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Pada 28 November, WHO secara rasmi mengesyorkan makmal-makmal untuk menggunakan kit pengesanan PCR Masa Nyata yang mampu mengenal pasti jangkitan yang disyaki sebagai varian Omicron secara langsung apabila ujian positif didapati.

Bagi menyokong cadangan ini, Menarini menawarkan CoronaMeltVAR iaitu sebuah kit PCR Masa Nyata CE-IVD berdasarkan analisis pewarna saling selit atau 'intercalating dye' dan lengkung lebur. Kit ini mengesan sampel positif dengan kepekaan yang tinggi melalui pembesaran dua sasaran yang kedua-duanya serasi dengan semua varian dan bentuk jenis liar yang mendedahkan kehadiran Varian Omicron BA.1, BA.2 serta Alpha, Beta/Gamma dan WT/Delta yang disyaki dengan isyarat yang berbeza secara serentak.

Semua tindak balas diperoleh dengan hanya satu ujian bagi setiap sampel, tanpa kehilangan kepekaan berbanding kit normal dan tanpa perlu melakukan ujian refleks kedua pada sampel positif. Kit ini serasi dengan kebanyakan protokol pengekstrakan RNA dan alat PCR Masa Nyata ini mampu melakukan analisis lengkung lebur pada resolusi sederhana. CoronaMeltVAR menyediakan pengesanan CE IVD SARS CoV-2 dan pengawasan Omicron dalam masa kurang daripada 2 jam.

"Kami amat berbangga kerana telah menyediakan penyelesaian unik ini dengan begitu pantas. Ia membantu para profesional penjagaan kesihatan memberikan penyelesaian yang khusus, pantas dan tepat untuk diagnosis dan pengenalpastian varian Omicron Covid-19," kata Fabio Piazzalunga, Pengurus Besar & Ketua Global A.Menarini Diagnostics yang juga Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Silicon Biosystems.

A.Menarini Diagnostics, Teknologi Sentuhan Manusia: Berbakti selama lebih 35 tahun untuk membantu para profesional penjagaan kesihatan menghasilkan diagnosis yang selamat dan mapan dengan meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai di seluruh dunia.

A.Menarini Diagnostics merupakan sebahagian daripada Menarini Pharmaceutical Group yang ditubuhkan pada tahun 1886. Pada hari ini, ia berada di 140 buah negara di seluruh dunia serta memiliki lebih 17,000 orang pekerja dan mencapai perolehan sebanyak €3.750 bilion pada tahun 2020.

www.menarinidiagnostics.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1584634/Menarini_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services