CHICAGO, 18 Januari 2022 /PRNewswire/ -- FarEye, sebuah platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) global yang mengubah logistik destinasi terakhir, telah diiktiraf sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran 2021 Gartner ® untuk Teknologi Laluan & Penjadualan Kenderaan serta Destinasi Terakhir*. Ini merupakan kali keempat berturut-turut nama FarEye disebut dalam Panduan Pasaran terkemuka ini yang diterbitkan pada 13 Disember 2021.
Seperti yang disebut oleh Gartner, "Pasaran aplikasi laluan dan penjadualan kenderaan serta destinasi terakhir terus berkembang kerana organisasi sedang mencari cara untuk mengoptimumkan operasi armada. Perkembangan aplikasi ini yang disebabkan oleh keperluan perniagaan baharu telah membuatkan para vendor memperluas keupayaan mereka dalam bidang tertentu atau turut mengkhususkan produk mereka dalam bidang tertentu seperti operasi destinasi terakhir". FarEye telah diiktiraf sebagai Wakil Vendor dalam laporan tersebut.
"Di FarEye, kami berusaha dengan gigih untuk menjadikan penghantaran lebih baik kepada semua orang. Matlamat kami ialah untuk membawa pembaharuan kepada landskap destinasi terakhir bagi penghantaran ke rumah dengan menjadikannya cekap dan berpusatkan pelanggan. Kami berbesar hati menerima pengiktirafan bagi kali keempat berturut-turut dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Teknologi Laluan & Penjadualan Kenderaan serta Destinasi Terakhir ini. Melalui inovasi yang berterusan, kami memperkasakan para pelanggan kami dalam mengendalikan jumlah penghantaran yang semakin meningkat, memastikan penghantaran yang tepat pada masanya, mengoptimumkan penggunaan armada dan memberikan pengalaman yang unggul," kata Kushal Nahata, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama FarEye.
Dengan peningkatan dalam e-dagang, perusahaan turut meningkatkan operasi destinasi terakhir mereka yang bertujuan bukan sahaja untuk mengurangkan kos pengangkutan tetapi juga meningkatkan pengalaman pelanggan. Penyelesaian VRS FarEye iaitu Penyusunan Penghantaran Pintar (IDO) membolehkan perusahaan memberikan pengalaman destinasi terakhir yang sempurna kepada para pelanggan dengan cekap melalui pelbagai tawaran seperti penjadualan penghantaran, laluan dinamik, sumber awam pemandu, aplikasi pemandu, penjejakan masa nyata, pengesanan dan banyak lagi.
Penafian Gartner
'Gartner, Market Guide for Vehicle Routing and Scheduling and Last-Mile Technologies' oleh Oscar Sanchez Duran, Bart De Muynck, Carly West, 13 Disember 2021
Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Sila layari www.getfareye.com untuk maklumat lanjut.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1494125/FarEye_Logo.jpg?p=medium600