omniture

Oliver Wyman Digital Melancarkan Edge, sebuah Platform Perbankan dan Insurans Pasang dan Pakai

Oliver Wyman
2022-01-19 02:25 29

Ia hanya mengambil masa 6-9 bulan untuk membina bank digital atau penyelesaian insurans dengan Edge. 

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia dan HONG KONG, 19 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Oliver Wyman Digital hari ini mengumumkan pelancaran Edge, sebuah platform digital dengan penyelesaian Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) dan Insurans sebagai Perkhidmatan (IaaS) untuk membantu bank sedia ada dan pencabar digital mempercepat usaha niaga digital dan meningkatkan pengalaman pelanggan mereka.

Dibangunkan oleh pasukan pereka dan jurutera dalaman Oliver Wyman Digital, Edge ialah platform yang berasal daripada teknologi awan modular, boleh diskala dan direka bentuk mengikut keperluan kawal selia di Asia Pasifik untuk mengurangkan kos permulaan dan mengurangkan risiko. Ia termasuk pangkalan hadapan yang tersedia untuk masa hadapan, perkhidmatan pertengahan dan khidmat sokongan yang telah disepadukan dan infrastruktur yang dihasilkan. Ini diterjemahkan kepada keupayaan untuk meningkatkan pengedaran produk ke beberapa tapak web atau aplikasi rakan kongsi, akses kepada produk perkhidmatan kewangan prakonfigurasi terkini dan fleksibiliti untuk penyepaduan dengan berbilang penyedia pihak ketiga seperti eKYC. Selain itu, produk, perkhidmatan dan penambahbaikan digital Edge yang terus berkembang disesuaikan untuk membantu pelanggan kekal mengikuti perkembangan pasaran.

"BaaS dan IaaS menyediakan peluang yang besar bagi para penyedia sedia ada untuk bekerjasama dengan perniagaan bukan kewangan dan seterusnya mencipta pertumbuhan hasil baharu pada kos yang rendah. Tetapi ia juga boleh menimbulkan ancaman, kerana mereka membuka pasaran perkhidmatan kewangan kepada pencabar baharu," kata Dan Jones, Rakan Kongsi, Oliver Wyman Digital.

Setakat ini, 21 lesen perbankan digital baharu telah dikeluarkan di seluruh Asia Pasifik dan sehingga lima lesen baharu akan dianugerahkan di Malaysia pada suku pertama tahun 2022. Oleh itu, para pelanggan akan mempunyai pilihan yang lebih besar dan seterusnya jangkaan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan kewangan yang intuitif, mengutamakan kaedah mudah alih dan mempunyai nilai tambah. "Satu faktor kejayaan utama untuk kemasukan bank digital baharu di Malaysia ialah keupayaan untuk menyediakan rangkaian produk kewangan yang lengkap dengan kaedah yang menjimatkan. Edge menawarkan penyelesaian yang sedia digunakan yang merangkumi suai tugas, pembayaran, pinjaman dan perjalanan insurans, menjadikannya suatu penyelesaian sehenti yang mudah," kata Anirudh Singh, Rakan Kongsi merangkap Ketua Oliver Wyman, Malaysia.

Bagi firma teknologi dan bukan bank yang ingin memasuki pasaran perkhidmatan kewangan dengan cepat, Edge membuka peluang kepada mereka untuk meneroka model perniagaan alternatif dan aliran pendapatan baharu. Edge ialah produk pelengkap kepada pendekatan holistik Oliver Wyman untuk membina usaha niaga digital baharu yang menyokong para pelanggan daripada strategi hingga kepada reka bentuk, membina dan pelancaran.

Dengan Edge, Oliver Wyman menganggarkan bahawa pelanggan hanya akan mengambil masa 6 hingga 9 bulan secara purata untuk dipasarkan. "Membangunkan platform insurans dan perbankan digital tidak pernah sepantas dan sejimat ini. Dengan persaingan yang semakin meningkat untuk bank sedia ada dan baharu di seluruh Asia Pasifik, penting untuk memasuki pasaran dan memperoleh pelanggan secepat mungkin. Dengan melancarkan Edge, kami menawarkan penyelesaian yang tangkas dan boleh dipercayai kepada para pelanggan kami yang membolehkan mereka kekal berdaya saing," tambah Jones.

Tentang Oliver Wyman
Oliver Wyman ialah peneraju global dalam perundingan pengurusan. Dengan pejabat di 60 buah bandar di 29 buah negara, Oliver Wyman menggabungkan pengetahuan industri yang mendalam dengan kepakaran khusus dalam strategi, operasi, pengurusan risiko dan transformasi organisasi. Firma ini mempunyai lebih 5,000 orang profesional di seluruh dunia yang bekerjasama dengan pelanggan untuk mengoptimumkan perniagaan mereka, meningkatkan profil operasi dan risiko mereka dan mempercepat prestasi organisasi mereka untuk merebut peluang yang paling menarik. Oliver Wyman ialah sebuah perniagaan Marsh McLennan [NYSE: MMC]. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.oliverwyman.com. Ikuti Oliver Wyman di Twitter @OliverWyman.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1330561/Oliver_Wyman_Logo.jpg?p=medium600

Source: Oliver Wyman
Related Stocks:
NYSE:MMC
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance New products/services Financial Technology