omniture

Berita baik untuk peminat kung fu di serata dunia - Shaolin Temple lancar permainan kung fu dalam talian

Shaolin Temple
2022-01-19 06:29 114

DENGFENG, China, 19 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Songshan Shaolin Temple China dan Pusat-pusat Budaya Shaolin di serata dunia telah melancarkan pertandingan kung fu global - "Happy Chinese New Year: Shaolin Kung Fu Online Games" ("Selamat Tahun Baharu Cina: Permainan Dalam Talian Kung Fu Shaolin").


"Kung fu Shaolin mempunyai nilai kecergasan, pencerahan dan keharmonian," kata ketua kuil Shaolin Temple, Master Shi Yongxin. "Ketika negara-negara di serata dunia memerangi pandemik COVID-19, Shaolin Temple melancarkan pertandingan secara dalam talian dengan aspirasi untuk mendorong keamanan, persahabatan dan kesihatan, dengan harapan agar peminat kung fu di serata dunia memperoleh kesihatan, kecergasan dan kegembiraan," tambah ketua kuil tersebut.

Shaolin Temple mengadakan peperiksaan kung fu akhir tahun untuk sami pada penghujung setiap tahun bagi menggalakkan sami kung fu untuk menjadi lebih berani dan tekun.

Tahun ini, peperiksaan akan dilancarkan secara dalam talian untuk peminat kung fu melibatkan semua peringkat umur di serata dunia. Peserta-peserta hanya akan perlu memuat naik video ke laman sesawang rasmi aktiviti ini.

Permainan kung fu dalam talian ini menggalakkan komunikasi dan interaksi antara orang ramai di serata dunia berlatarbelakangkan pembendungan wabak.

Tanda zodiak Cina bagi tahun 2022 ialah Harimau dan harimau mewakili keadilan, keagungan, keberanian dan ketekunan dalam budaya Cina yang amat berkait rapat dengan konsep kung fu Shaolin.

Kung fu Shaolin memiliki sejarah yang panjang iaitu selama lebih daripada 1,500 tahun dan merupakan salah satu sekolah seni mempertahankan diri peringkat tertinggi China dengan sistem yang lengkap. Sebagai warisan budaya tak ketara negara China, kung fu Shaolin menggambarkan keinginan untuk memiliki kuasa sakti dan semangat mengejar kebijaksanaan yang luar biasa.

Shaolin Temple telah menubuhkan Pusat-pusat Budaya Shaolin di lebih daripada 120 bandar di lima benua dengan lebih daripada puluhan juta pengikut. Bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela memuji budaya Shaolin atas nilai-nilai kemanusiaan yang diterapkan olehnya. Tambahan pula, Stephen Orlins, presiden Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan Amerika Syarikat-China mengimbau legasi "diplomasi ping-pong" apabila berbicara mengenai kung fu Shaolin selepas menyaksikan persembahan kung fu di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pendaftaran untuk permainan ini kini dibuka hingga 20 Januari jam 24:00, waktu tempatan. Sila kunjungi laman sesawang rasmi dan App of the Shaolin Temple untuk butiran lanjut.

Source: Shaolin Temple
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports New products/services