omniture

Hakkasan Limited Bakal Membuka Resort Mewah Pertama Di Pulau Palm Jumeirah Dubai

Hakkasan Ltd.
2013-09-27 08:56 129

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 27 September 2013  /PRNewswire/ -- Restoran global dan kumpulan hiburan malam, Hakkasan Ltd. mengumumkan rancangan untuk membuka resort mewah pertama di Pulau Palm Jumeirah Dubai. Hartanah ini yang diberikan konsep dan dibangunkan oleh HKK Hospitality, dijadualkan untuk memulakan pembinaannya pada tahun 2014. Projek ini akan mewujudkan hotel pesisiran pantai paling canggih di tanjung eksklusif Palm Jumeirah. Hartanah itu juga akan menampilkan pelbagai kemudahan mewah merangkumi unsur teras melambangkan Hakkasan - masakan bertaraf dunia, hiburan elit, perkhidmatan cemerlang tanpa mengganggu yang dijalankan di dalam persekitaran 'Chinois Chic' kontemporari lambangnya.

(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130514/LA13003LOGO)

Hartanah aabar telah dilantik untuk menyelia pembinaan projek resort Hakkasan dan telah memilih tender daripada pereka dan arkitek kumpulan terpilih dengan matlamat untuk mewujudkan destinasi yang benar-benar unik.

"Kami teruja untuk meneruskan pembangunan strategik Hakkasan menjadi jenama gaya hidup global pelbagai aspek. Perkembangan Hakkasan, yang turut terangkum dengan projek hotel kami akantermasuk tempat hiburan malam elit dan restoran baharu, kelab harian, spa, hotel butik dan tawaran gaya hidup dan hospitaliti lain di lokasi utama seluruh dunia," kata Khadem Al Qubaisi, Pengerusi Hakkasan Ltd.

"Ini merupakan waktu yang signifikan bagi jenama Hakkasan sambil kami memulakan usaha pertama ke dalam industri perhotelan. Kami turut teruja dengan peluang untuk membina resort yang sangat mewah di salah satu destinasi perniagaan dan percutian yang paling penting di dunia. Sejajar dengan perancangan kami untuk terus berkembang, projek ini merupakan satu langkah strategik ke arah memperluaskan jenama kami ke seluruh dunia," kata Neil Moffitt, Ketua Pengawai Eksekutif Hakkasan Ltd. dan HKK Hospitality.

Syarikat hiburan dan makan malam global yang terkenal ini telah meraikan debut Hakkasan Beverly Hills pada minggu lalu dan sedang menantikan pelancaran Hakkasan Shanghai pada awal tahun 2014. HKK Hospitality yang dilantik oleh Hakkasan bagi menyelia hala tuju strategik dan perkembangan portfolio turut merancang untuk memperluas jenama Hakkasan yang lain, termasuk Yauatcha, Sake no Hana dan HKK.

Tentang Hakkasan Ltd.

Ditubuhkan di London pada tahun 2001, Hakkasan pantas menjadi terkenal sebagai konsep restoran Kantonis moden yang paling berjaya hingga dianugerahkan dengan bintang Michelin pada tahun 2003. Sejak itu, ia terus berkembang di seluruh dunia hingga ke Miami, Abu Dhabi, Mumbai, Dubai, New York, Doha, San Francisco, Las Vegas dan Beverly Hills dengan satu cawangan di Shanghai yang bakal dibuka tidak lama lagi. Hakkasan dimiliki oleh Tasameem, sebuah syarikat pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.hakkasan.com.

Source: Hakkasan Ltd.
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel New products/services