omniture

Perkongsian ABS & Afimilk Baharu: Afimilk, ABS Memperkenalkan Bersama Peranti Pengesan Kesediaan Mengawan Lembu Tenusu Inovatif

Afimilk Ltd
2013-09-27 09:00 159

MADISON, Wisconsin, 27 September 2013 /PRNewswire/ --

Dua peneraju global dalam ekosistem penternakan haiwan tenusu, Afimilk dan ABS, bekerjasama untuk memasarkan penyelesaian mengesan kesediaan mengawan automatik generasi seterusnya, AfiAct II.

Sebagai sistem yang paling tepat seumpamanya, AfiAct II menggunakan radio jarak jauh untuk mengumpul data kelakuan di mana-mana sahaja di ladang - daripada apa-apa saiz kelompok – dan mengemas kini keputusan dengan sela masa yang pendek. Berdaya skala tinggi dan mudah terubah suai, sistem ini boleh didapati sebagai penyelesaian fungsi sendiri, atau disepadukan dengan sistem pengurusan ladang dan parlur pemerusuan Afimilk. AfiAct II juga boleh diakses melalui web pada sebarang jenis peranti.

Dengan sistem pengesan kesediaan mengawan AfiAct, pelanggan A.S. sudah pun mencapai kadar kebuntingan melebihi 25 peratus. Beroperasi secara wayarles, AfiAct II mengurangkan bilangan hari tanpa aktiviti haiwan serta kos pengendalian, lalu menghasilkan penjimatan sebanyak $100-$150 untuk setiap sesi pemerahan bagi setiap ekor lembu.

Afimilk, syarikat pengurusan haiwan tenusu yang meneraju di dunia, membangunkan sistem pengesan kesediaan mengawan yang pertama dan merupakan yang paling tepat buat masa kini. Baru-baru ini, syarikat itu melancarkan penyelesaian generasi seterusnya untuk mengesan kesediaan mengawan. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, ABS akan melanjutkan lagi portfolio tawaran pengawanannya dengan memperkenalkan sistem AfiAct II kepada pelanggan di A.S. dan Kanada.

Tentang ABS

Beribu pejabat di DeForest, Wisconsin, ABS Global ialah penyedia yang meneraju di dunia bagi perkhidmatan dan teknologi genetik lembu, pengawanan serta produk penjagaan kantung susu. Dengan pemasaran yang dilakukan di lebih 80 negara seluruh dunia, ABS telah berada di kedudukan hadapan dalam teknologi dan genetik haiwan sejak penubuhannya pada tahun 1941. ABS Global ialah divisyen Genus plc. 

Tentang Afimilk

Afimilk membekalkan pengeluar tenusu dengan teknologi dan ilmu pengetahuan untuk menghasilkan susu berkualiti tinggi sambil menjana keuntungan. Pemikiran kreatif dan kepakaran terbukti Afimilk terus memacu industri tenusu dengan memajukan teknologi dan memperkenalkan peningkatan inovatif agar sesuai dengan perubahan sektor tenusu yang berubah-ubah. Syarikat itu menerajui dalam sensor dan perisian pengurusan, dengan sistem yang telah dipasang di lebih 50 negara.

Bagi maklumat lanjut, lawati laman web kami: http://www.afimilk.com & http://www.absglobal.com  

Hubungi:

Afimilk:
Cik Noa Yonis 
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Telefon: +972-50-7589973
E-mel: noa@afimilk.co.il

ABS:
Tom Hershberger
Pengarah Pemasaran Strategik – Amerika Utara
Telefon: +1-608-836-1406
E-mel: Tom.hershberger@genusplc.com

Sumber: Afimilk Ltd

Source: Afimilk Ltd
Keywords: Agriculture Food/Beverages Licensing/marketing agreements New products/services