omniture

Permulaan App Mudah Alih Singapura TradeHero Mendapat Pembiayaan Sebanyak US$10 juta daripada KPCB China dan IPV Capital

MyHero Limited
2013-09-27 09:00 161

SINGAPURA, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- MyHero Limited, syarikat pemegangan untuk app simulasi pasaran saham mudah alih TradeHero, mengumumkan ia telah mendapat pembiayaan berjumlah US$10 juta daripada dana Kleiner Perkins Caufield Byers China (KPCB China) dan IPV Capital. Ini merupakan salah satu daripada pusingan Siri A terbesar untuk syarikat permulaan Internet bagi pengguna yang bertapak di Singapura.

Pendanaan ini akan menyediakan modal pertumbuhan untuk membenarkan MyHero Limited memperluaskan operasinya, jangkauannya dan mengukuhkan lagi portfolio sedia adanya yang terdiri daripada tawaran produk termasuklah TradeHero, app simulasi pasaran saham mudah alih percuma. Permainan itu menggunakan maklumat pasaran saham dunia sebenar dan bertindak sebagai platform penglibatan yang menggalakkan perkongsian maklumat antara pedagang baharu dan berpengalaman dalam rangkaian pelaburan sosial global yang tiada tandingan.

TradeHero telah mencapai kedudukan #1 dalam kategori kewangan kedai app iOS di 75 negara dan berada dalam kedudukan 10 teratas di lebih 100 negara. Sejak pelancarannya enam bulan lalu, TradeHero telah mendapat 250,000 pengguna yang tersebar di lebih 200 negara. TradeHero juga sedang menjalankan kempen dengan Macquarie Group di Singapura untuk menggalakkan perdagangan waran dan sedang berbincang dengan institusi kewangan antarabangsa lain yang berminat untuk menggunakan kelebihan platform dan jangkauan luas app itu.

"Dana yang datang pada waktu yang tepat ini akan membenarkan kami meluaskan jangkauan dan skala tapak pengguna kami, mengembangkan lagi teknologi dan memacu ketersediaan produk pada platform berbeza untuk memenuhi permintaan yang kuat," kata Dinesh Bhatia, Ketua  Pegawai Eksekutif dan Pengasas, MyHero. "Separuh daripada 170 juta akaun pembrokeran di China hari ini adalah dalam talian, dan fokus TradeHero terhadap tip saham membuatkannya sangat relevan bagi pelabur Asia. Kami rasa bersemangat dan teruja dengan potensi untuk memberi perhatian kepada pasaran yang semakin bertambah ini," tambah beliau lagi.

"Populariti dan keterujaan banyak yang dijana oleh TradeHero merentasi industri, daripada dunia kewangan kepada para pemain, membuatkan ini peluang sama-sama untung bagi kami," kata Alex Banh, Rakan Kongsi, IPV Capital.

"TradeHero ialah platform penglibatan kewangan unik yang membenarkan pengguna belajar tentang perdagangan dalam persekitaran terkawal dengan maklumat pasaran kewangan sebenar. Ia ada harapan untuk berjaya dan kami mengiktiraf potensi besar platform itu dalam ruang pelaburan kewangan," kata Wei Zhou, Rakan Kongsi Pengurusan KPCB China.

Sila klik pada pautan web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang MyHero, IPV Capital dan KPCB China.

Bagi maklumat lanjut dan pertanyaan media, sila hubungi:

Yik Wai Yi
The Hoffman Agency
T: +65-6361-0250
E: wyik@hoffman.com

Sumber: MyHero Limited

Source: MyHero Limited
Keywords: Banking/Financial Service Mobile Entertainment Telecommunications Financing agreements