omniture

DARKTRACE MENANDATANGANI PERJANJIAN BERNILAI JUTAAN DOLAR DENGAN SYARIKAT PENERBANGAN TERKEMUKA DUNIA

Darktrace
2022-01-19 20:19 45

CAMBRIDGE, England, 19 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Darktrace, peneraju global dalam keselamatan siber berasaskan AI, hari ini mengumumkan bahawa salah satu syarikat penerbangan terbesar di dunia telah menandatangani pembaharuan penting dengan Darktrace sambil ia terus mengguna pakai teknologi AI dalam Pembelajaran Kendiri untuk mengelakkan daripada serangan siber. 

Syarikat penerbangan global yang mengoperasikan hampir seribu penerbangan setiap hari ke lebih 100 buah destinasi, telah menggunakan Sistem Imun Perusahaan Darktrace dan Rangkaian Antigena untuk melindungi perniagaan daripada ancaman ancaman yang canggih – daripada awan hingga kepada rangkaian korporat. Ia bergantung kepada AI Darktrace untuk mengambil tindakan berkelajuan mesin secara autonomi terhadap serangan yang bergerak pantas tanpa mengganggu operasi perniagaan.

Sektor penerbangan telah lama disasarkan oleh musuh siber disebabkan oleh jumlah data sensitif yang tinggi yang dimiliki oleh syarikat penerbangan – sama ada data Manifestasi Penumpang yang bernilai kepada Agensi Perisikan dunia atau data yang berkaitan dengan transaksi bernilai tinggi yang boleh dieksploitasi oleh penjenayah. Dengan tahap gangguan perjalanan yang belum pernah terjadi sebelum ini yang disebabkan oleh pandemik, risiko penipuan dan penyalahgunaan akan menjadi semakin tinggi. Kelajuan menaiki pesawat tanpa sentuhan dan perkhidmatan digital lain telah memperkenalkan satu lagi tahap risiko apabila penyerang mencari kaedah baharu untuk menembusi salah satu sektor keselamatan paling kritikal di dunia.

"Darktrace gembira dapat bekerjasama dengan syarikat penerbangan utama ini untuk memastikan ia kekal dilindungi dalam persekitaran ancaman yang kompleks pada masa kini," kata Poppy Gustafsson OBE, Ketua Pegawai Eksekutif Darktrace. "Sebagai ancaman baharu dalam industri penerbangan yang menyasarkan teknologi yang sangat penting kepada operasi perniagaannya, peranan AI dalam membendung dan memerangi serangan ini telah menjadi satu keutamaan yang sangat penting."

Tentang Darktrace 

Darktrace (DARK.L), peneraju global dalam keselamatan siber AI, menyampaikan teknologi bertaraf dunia yang melindungi hampir 6,500 pelanggan di seluruh dunia daripada ancaman yang canggih, termasuk perisian tebusan dan serangan awan serta SaaS . Pendekatan asas Darktrace yang berbeza mengguna pakai AI Pembelajaran Kendiri untuk membolehkan mesin memahami perniagaan bagi mempertahankannya secara autonomi. Beribu pejabat di Cambridge, UK, syarikat ini mempunyai 1,700 orang pekerja dan lebih 30 buah pejabat di seluruh dunia. Darktrace telah dinobatkan sebagai salah sebuah 'Syarikat Paling Berpengaruh' oleh majalah TIME bagi 2021.

 

Source: Darktrace
Related Stocks:
LSE:DARK OTC:DRKTY
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Contracts