omniture

REALTY ONE GROUP SEKALI LAGI DINOBATKAN SEBAGAI SATU-SATUNYA FRANCAISOR HARTANAH YANG PANTAS & SERIUS DALAM SENARAI FRANCHISE TIMES

Realty ONE Group
2022-01-19 20:31 2180

LAS VEGAS, 19 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang di dunia, dinobatkan sekali lagi sebagai satu-satunya francaisor hartanah yang 'Pantas & Serius', dalam kedudukan eksklusif Franchise Times bagi 40 jenama terbaik yang berkembang pesat dan strategik di samping menunjukkan kegigihan yang mengagumkan.

Realty ONE Group menduduki tempat ke-12, satu-satunya syarikat hartanah yang tersenarai di antara jenama besar lain yang berkembang 'pada kadar yang pantas dan pintar,' menurut Franchise Times. Francaisor global yang berpangkalan di Las Vegas itu telah menyelesaikan 118,000 transaksi hartanah dan membayar lebih $1.1 bilion komisen ke atas jualan rumah yang berjumlah $47 bilion, satu peningkatan sebanyak 46% dari tahun ke tahun.

"Berada di dalam senarai ini adalah sangat penting bagi kami kerana ia mengesahkan bahawa kami merupakan sebuah francaisor yang pintar dan strategik dengan model perniagaan dan COOLTURE yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Kami terus mengikuti pelan pengembangan berdisiplin yang menyelaraskan kami dengan rakan kongsi yang mempercayai kejayaan jangka panjang kami yang dikongsi bersama."

Ini dikecapi sebaik selepas meraikan satu lagi kejayaan kedudukan yang menyaksikan Realty ONE Group menduduki tempat pertama bagi francaisor hartanah dalam senarai Franchise 500® Entrepreneur bagi tahun 2022 yang sangat kompetitif.

UNBrokerage, seperti mana yang dikenali dalam industri ini, kini mempunyai lebih 17,000 ahli profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Singapura dan Sepanyol, selain wilayah A.S., Puerto Rico.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Awards