omniture

XtalPi Bekerjasama dengan Excelra untuk GOSTAR bagi Meningkatkan platform Penyelidikan dan Pembangunan Ubat-ubatan Digital Pintarnya

Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
2022-01-20 02:33 31

HYDERABAD, India dan SHENZHEN, China, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Excelra, sebuah organisasi Data & Analitik global yang terkemuka, hari ini mengumumkan kerjasama untuk Pangkalan Data Struktur Dalam Talian bagi Hubungan Aktiviti Globalnya (GOSTAR) dengan XtalPi Inc., sebuah syarikat bioteknologi farmaseutikal berasaskan AI yang mencipta semula pendekatan industri terhadap penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan melalui platform Penyelidikan dan Pembangunan Ubat-ubatan Digital Pintarnya.

Excelra akan menyediakan set data ADMET dalam pangkalan data GOSTAR kepada XtalPi Inc. sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut. Data ADMET GOSTAR akan memperkasakan model ramalan XtalPi. Data ini membantu XtalPi dengan ketepatan dan kebolehramalan yang tinggi bagi menangani kegagalan klinikal entiti kimia baharu dengan yakin. Set data ADMET GOSTAR yang dianotasi dengan baik dan berkualiti tinggi ini dibina dengan proses kurasi yang diperakui QMS-ISO proprietari yang dikuasakan oleh NLP dan kecerdasan manusia.

GOSTAR menyediakan maklumat komprehensif yang merangkumi lebih 8 juta sebatian, yang dikurasi secara manual daripada pelbagai sumber termasuk artikel jurnal dan paten. Pangkalan data ini mengandungi lebih 29 juta titik data yang dikaitkan dengan SAR. Pangkalan data hubungan yang tersusun dengan baik ini boleh digunakan untuk pelbagai penggunaan di seluruh peringkat kitaran penyelidikan dan pembangunan ubat yang berbeza serta membantu dalam pengesahan sasaran, pengenalpastian permulaan, pengenalpastian petunjuk awal dan pengoptimuman.

Min Xu, Saintis Kanan merangkap Pengurus Penyelidikan XtalPi Inc. berkata, "Di XtalPi Inc., kami membangunkan algoritma berasaskan AI canggih untuk menangani cabaran dalam proses reka bentuk ubat-ubatan. Saiz dan kualiti set data sentiasa menjadi kebimbangan besar bagi kami dalam membina model ramalan berketepatan tinggi. Itulah sebabnya kami menganggap GOSTAR sebagai suatu sumber yang unik dan berharga. Ia mempunyai berjuta-juta titik data yang merangkumi ciri-ciri ADMET sebatian yang berbeza dan ia juga sangat boleh dipercayai, berstruktur dan dikemas kini. Kami amat mengesyorkan GOSTAR untuk sesiapa sahaja yang terlibat dalam inovasi metodologi reka bentuk ubat-ubatan."

Norman Azoulay, Ketua Produk Excelra berkata, "Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin membawakan peralihan paradigma kepada bidang penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan. Kerjasama ini akan membantu melatih model XtalPi untuk meramalkan parameter keberkesanan dan keselamatan dengan tepat dan akhirnya meningkatkan kadar kejayaan reka bentuk ubat-ubatan."

Tentang XtalPi: 

XtalPi ialah sebuah syarikat teknologi farmaseutikal yang mencipta semula pendekatan industri terhadap penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan dengan platform Penyelidikan dan Pembangunan Ubat-ubatan Digital Pintarnya. Dengan jalinan yang utuh antara fizik kuantum, kecerdasan buatan dan algoritma pengkomputeran awan berprestasi tinggi, platform XtalPi menyediakan ramalan yang tepat tentang ciri fisiokimia dan farmaseutikal calon molekul halus untuk reka bentuk ubat-ubatan, pemilihan bentuk pepejal dan aspek kritikal yang lain dalam pembangunan ubat-ubatan. XtalPi dikhususkan untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kadar kejayaan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan serta menyumbang kepada kewujudan masyarakat yang lebih sihat di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi http://www.xtalpi.com.

Tentang Excelra: 

Penyelesaian analitik dan data Excelra memperkasa inovasi sains hayat dari molekul hingga ke pasaran. Excelra Edge ditubuhkan berdasarkan set data heterogen yang harmoni, menggunakan pengetahuan dan teknologi bioinformasi yang inovatif untuk mempercepat penemuan & pembangunan ubat-ubatan anda dengan maklumat yang boleh dipercayai dan berorientasikan hasil. GOSTAR Excelra tersedia sebagai sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencari, menemui dan menerokai sebatian. Di samping itu, ia ditawarkan melalui API sebagai set data yang boleh dimuat turun untuk mendayakan pustaka dalaman dan model pembelajaran mesin.

Untuk maklumat lanjut tentang GOSTAR, sila layari www.gostardb.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/692189/Excelra_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements