omniture

JTI diiktiraf dalam kalangan elit Majikan Terbaik Global atas pendekatan inovatifnya terhadap kesaksamaan dan kesejahteraan

JTI
2022-01-20 16:00 13

GENEVA, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Top Employers Institute telah memperakui JTI sebagai salah satu daripada 11 'Majikan Terbaik Global' untuk tahun kelapan berturut-turut, mengiktiraf komitmen berterusan serta pendekatan inovatif terhadap kesaksamaan dan kesejahteraan syarikat tersebut.  Di samping pengiktirafan global ini, JTI turut diperakui selama 3 tahun berturut-turut di kesemua enam wilayah tempat ia beroperasi: Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika. Syarikat itu menambah dua negara lagi ke dalam senarai anugerahnya dan kini merupakan Majikan Terbaik di 66 buah negara di seluruh dunia.

Top Employers Institute ialah pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan kakitangan dan pada tahun ini ia begitu memuji JTI kerana: menerapkan peluang dan gaji yang sama rata di seluruh syarikat, yang diiktiraf EY pada bulan November 2021 apabila mereka menganugerahkan JTI dengan salah satu sijil Piawaian Kesaksamaan Global (GES) yang pertama; dan komitmennya terhadap kesejahteraan pekerja melalui inisiatif terkemuka di dunia seperti langkah-langkah kerja yang fleksibel, dasar globalnya bagi cuti untuk keluarga yang progresif, serta pendekatan yang terkemuka di pasaran terhadap penyertaan LGBT+ dan program pemerkasaan wanita TOGETHER yang dilancarkan pada tahun 2021.

"Kami gembira apabila JTI telah mengekalkan kedudukannya dalam kalangan elit Majikan Terbaik Global. Mereka harus berbangga dengan status mereka sebagai peneraju dunia dalam amalan kakitangan dan komitmen berterusan yang mereka tunjukkan untuk meningkatkan kesejahteraan semua pekerja mereka di seluruh dunia. Kejayaan mereka yang terkini dalam pengiktirafan sebagai majikan kesaksamaan global merupakan satu piawaian untuk dicontohi oleh syarikat-syarikat yang turut ingin menjadi Majikan Terbaik," kata David Plink, Ketua Pegawai Eksekutif Top Employers Institute.

"Ia merupakan suatu penghormatan apabila sekali lagi diperakui oleh Top Employers Institute. Kakitangan kami merupakan teras kepada semua perkara yang kami lakukan, itulah sebabnya kami berhasrat untuk menawarkan kepada mereka persekitaran kerja yang terbaik. Memberi peluang kepada lebih 40,000 rakan sekerja kami untuk berkembang serta menyediakan mereka dengan keadaan dan sokongan yang optimum untuk memenuhi potensi mereka adalah amat penting kepada kami," kata Howard Parks, Naib Presiden Kanan Manusia & Budaya JTI.

JTI telah menetapkan matlamat yang tinggi untuk tahun-tahun akan datang bagi memanfaatkan, menyokong dan menarik bakat semasa dan yang akan datang. Organisasi ini akan terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan pekerja dengan menyesuaikan dan menambah baik persekitaran kerja syarikat, sama ada di pejabat atau di rumah. Pekerja semasa akan mempunyai akses kepada pelbagai inisiatif pembinaan pasukan jarak jauh yang memberi tumpuan kepada keseimbangan kerja/kehidupan yang sihat serta pembangunan peribadi; manakala bakal pekerja yang berpotensi akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam 'Make It Bright Challenge' JTI, di mana para pelajar dari seluruh dunia bersaing untuk latihan amali global berbayar yang boleh membawa kepada jawatan tetap. Program-program ini bersama-sama inisiatif terkemuka di dunia yang lain akan mengukuhkan status JTI sebagai Majikan Terbaik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Perhubungan Media Korporat
+41 22 703 02 91
pressoffice@jti.com 

Top Employers Institute merupakan pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam Amalan Kakitangan. Organisasi ini membantu mempercepat amalan ini untuk memperkayakan dunia pekerjaan. Melalui Program Pensijilan Top Employers Institute, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh diperakui dan diiktiraf sebagai majikan pilihan. Ditubuhkan pada 30 tahun yang lalu, Top Employers Institute telah memperakui 1,691 organisasi di 120 buah negara/wilayah. Majikan Terbaik yang diperakui ini memberi impak positif kepada kehidupan lebih 7 juta orang pekerja di seluruh dunia.

JTI ialah sebuah syarikat tembakau dan rokok elektronik antarabangsa terkemuka yang beroperasi di lebih 130 buah negara. Ia merupakan pemilik global kepada Winston, jenama rokok nombor dua di dunia dan Camel yang dijual di luar Amerika Syarikat. Jenama global lain termasuklah Mevius dan LD. JTI juga merupakan pemain utama dalam pasaran rokok elektronik antarabangsa dengan jenama rokok tembakau yang dipanaskan, Ploom dan jenama rokok elektronik, Logic. Beribu pejabat di Geneva, Switzerland, Syarikat ini mempunyai lebih 40,000 orang pekerja dan telah dianugerahkan Majikan Terbaik Global untuk tahun kelapan berturut-turut. JTI ialah ahli kumpulan JT Group of Companies. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jti.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1697909/JTI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: JTI
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Tobacco Workforce Management/Human Resources Awards Women-related news MAT (Mature Audience)