omniture

Airbiquity Mengukuhkan Kerjasama dengan Renesas untuk Usaha Integrasi Teknologi Berterusan

Airbiquity
2022-01-20 19:34 11

Menyediakan Keupayaan yang Dipertingkatkan untuk Kemas Kini Perisian Melalui Udara yang Cekap dan Selamat;  Menguasakan Bantuan Pemandu yang Canggih dan Fungsi Pemanduan Berautonomi

SEATTLE, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan satu kemajuan dalam kerjasamanya bersama-sama Renesas, pembekal utama penyelesaian semikonduktor yang canggih. Integrasi teknologi yang diperluaskan ini melibatkan platform sistem pada cip (SoC) R-Car S4 Renesas dan pengurusan perisian OTAmatic® Airbiquity.

Kebergantungan yang semakin meningkat terhadap perisian, unit kawalan elektronik (ECU), sensor dan mikropemproses untuk menghidupkan sistem dan ciri-ciri kenderaan berautonomi—digabungkan dengan kekompleksan dan kerumitan menguruskan kemas kini perisian melalui udara (OTA) dengan selamat untuk berjuta-juta kenderaan secara serentak—telah mewujudkan permintaan untuk penyelesaian bagi gred automotif yang terdiri daripada pemproses telematik berprestasi tinggi yang disokong oleh platform pengurusan perisian OTA yang kukuh. Menggabungkan R-Car S4 Renesas bersama-sama dengan OTAmatic Airbiquity membolehkan satu penyelesaian yang selamat dan berprestasi tinggi untuk menggerakkan gelombang seterusnya bagi keupayaan pemanduan berautonomi yang canggih untuk pembuat kenderaan.

Pada mulanya, gabungan R-Car S4 dan OTAmatic menyediakan kemas kini perisian kepada ECU utama berasaskan Linux. Integrasi tambahan akan menyediakan kemas kini perisian kepada ECU sekunder dan pematuhan piawaian seni bina perisian AUTOSAR Adaptive untuk memudahkan integrasi dengan platform dan teknologi perisian automotif.

"Menyediakan perkhidmatan dan teknologi canggih yang membolehkan sistem bantuan pemandu dan pemanduan berautonomi yang canggih merupakan keperluan kritikal bagi industri automotif," kata Keefe Leung, Naib Presiden Pengurusan Produk Airbiquity. "Airbiquity dan Renesas sedang memajukan integrasi platform pengurusan perisian OTAmatic kami pada SoC R-Car Renesas dengan menambah kemas kini berbilang ECU yang selamat menggunakan piawaian seni bina perisian AUTOSAR Adaptive terkini untuk menguruskan fungsian terkini yang muncul."

"Ketika seni bina kenderaan terus berkembang, pengurusan perisian dalam kenderaan yang boleh dipercayai dan selamat akan terus menjadi cabaran bagi industri ini," kata Naoki Yoshida, Naib Presiden Bahagian Pemasaran Produk Digital Automotif Renesas. "Airbiquity mempunyai teknologi perisian dan perkhidmatan awan OTA terkemuka yang membolehkan OTA serta pengalaman kenderaan terhubung berfungsi dengan SoC R-Car Renesas. Melalui kerjasama ini, kami akan memberikan penyelesaian canggih yang sedia untuk pengeluaran kepada pelanggan SoC R-Car yang akan mengurangkan cabaran OTA ini sambil menyumbang kepada penerimagunaan pemanduan terhubung dan berautonomi yang meluas."

Maklumat tentang integrasi awal antara SoC R-Car H3 Renesas dan OTAmatic Airbiquity boleh didapati di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OTAmatic Airbiquity, sila klik di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SoC R-Car S4 Elektronik Renesas, sila klik di sini.

Tentang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan dan kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai syarikat yang sentiasa menerajui inovasi automotif, Airbiquity membangunkan teknologi perisian kenderaan terhubung dan perkhidmatan awan yang paling maju dalam industri. Melalui kerjasama dengan Airbiquity, pembuat kenderaan dan pembekal automotif telah menggunakan program perkhidmatan kenderaan terhubung yang amat boleh diskala, boleh diurus dan selamat untuk berjuta-juta buah kenderaan di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbincangan di @Airbiquity.

Hubungan:
airbiquity@finnpartners.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/airbiquity_logo.jpg?p=medium600

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Semiconductors Transportation Contracts