omniture

Gegelung RePneu PneumRx, Inc. Menjadi Terapi Pilihan Pesakit Emfisema Teruk

PneumRx, Inc.
2013-09-27 00:26 221

MOUNTAIN VIEW, California, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- PneumRx, Inc., peneraju dalam pulmonologi intervensi mengumumkan lebih 1500 prosedur telah dijalankan dengan menggunakan Sistem Gegelung Pengurangan Udara Peparu RePneu (LVRC) untuk pesakit yang menghidap emfisema teruk.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120514/SF06703LOGO)

LVRC RePneu merupakan alat invasif minimum yang bertujuan untuk memperbaiki fungsi peparu, kapasiti senaman dan kualiti hidup di kalangan pesakit emfisema dengan cara mengimplan gegelung Nitinol ke dalam peparu menggunakan bronkoskop untuk memampatkan tisu yang berpenyakit, memulihkan keanjalan tisu dan memberi ketegangan semula kepada saluran udara. Rawatan invasif minimum ini berkesan untuk merawat pelbagai peringkat penyakit emfisema.

Penerimaan pasaran yang mengagumkan terhadap LVRC RePneu adalah terbukti melalui fakta bahawa lebih 1500 rawatan LVRC RePneu telah dijalankan yang melibatkan penggunaan lebih 15,000 Gegelung walaupun LVRC hanya berada di pasaran sejak dua tahun yang lalu. LVRC RePneu turut disediakan secara komersil di Jerman, Itali, Switzerland dan Turki dan ia juga menjadi pilihan Kementerian Kesihatan Perancis yang sedang menjalankan suatu kajian keberkesanan kos  pusat berbilang (STIC) di Perancis yang mendapat sokongan Kementerian Kesihatan Perancis. Lebih 75 subjek telah terlibat dalam kajian tersebut, yang dinamakan sebagai REVOLENS, sejak Mac 2013 dan ia dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu sebelum akhir tahun ini.

LVRC RePneu semakin menjadi rawatan pilihan bagi pesakit emfisema dalam pasaran Eropah memandangkan kemampuannya untuk merawat pesakit emfisema di pelbagai peringkat tanpa melibatkan penilaian diagnosis yang kompleks. Gegelung RePneu tidak menghalang saluran udara, tidak menghalang capaian distal atau memusnahkan tisu peparu, sebaliknya ia memberikan satu penyelesaian mekanikal ringkas yang direka untuk merawat kesan fisiologi utama emfisema dan mengatasi kekangan rawatan emfisema. Ini dibuktikan melalui data yang dibentangkan di mesyuarat Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) baru-baru ini di Barcelona, Sepanyol yang Gegelung RePneu adalah unik kerana ia mampu memberikan rawatan kepada pesakit emfisema heterogenus dan homogenus, pada lobus yang tinggi dan rendah termasuklah bagi pesakit yang diramalkan mempunyai Jumlah Udara 175% dan ke atas. Tambahan pula, LVRC RePneu turut berkesan tanpa ventilasi kolateral dan dijalankan melalui prosedur perlahan dan teliti dengan tempoh pemulihan yang cepat.

Gegelung RePneu turut digunakan secara meluas di Belanda dan United Kingdom. Dr. Dirk-Jan Slebos daripada Pusat Perubatan Universiti, Groningen, Belanda telah mengimplan lebih 1,000 Gegelung dalam pesakit emfisema dan dijangka merawat 40 subjek pada tahun ini dalam kajian penting pelbagai pusat melibatkan 315 subjek yang dinamakan sebagai RENEW dengan keputusan ujikaji yang akan dikemukakan untuk kelulusan komersil LVRC RePneu di Amerika Syarikat. Dr. Pallav Shah daripada Hospital Kebangsaan Brompton dan Hareford DiRaja dan Hospital Kebangsaan Chelsea dan Westminster di London, UK turut terlibat dalam Kajian RENEW ini. Sebelum ini, Dr. Shah telah terlibat dalam satu kajian melibatkan LVRC di UK (Kajian RESET) iaitu satu kajian saintifik dengan pelbagai pusat, rawak dan terkawal dan keputusan bagi kajian tersebut telah diterbitkan dalam The Lancet Respiratory pada tahun ini. Antara penemuan kajian itu ialah subjek yang diberikan rawatan LVRC RePneu menunjukkan perubahan signifikan secara statistik dan klinikal bagi kapasiti senaman (6MWT), fungsi peparu (FEV1, Jumlah Udara) dan kualiti hidup (SGRQ) berbanding subjek yang menerima rawatan perubatan terbaik tanpa prosedur LVRC. Subjek yang menerima rawatan LVRC RePneu menunjukkan perubahan purata melebihi 63 meter dalam 6MWT berbanding subjek yang hanya menerima rawatan perubatan terbaik.

Penerimaan pesat terhadap teknologi RePneu LVRC ini menjana penambahan data yang menunjukkan Gegelung RePneu boleh memberikan rawatan yang selamat dan berkesan secara konsisten bagi merawat pesakit emfisema pelbagai peringkat. Kebanyakan data ini telah dibentangkan di ERS pada awal bulan lalu. Tujuh pakar pulmonologi intervensi dari Jerman, Perancis, Itali, United Kingdom dan Belanda telah membentangkan data kajian yang menunjukkan tahap keselamatan dan keberkesanan LVRC RePneu. Di samping itu, simposium teknologi LVRC RePneu yang melibatkan pembentangan oleh pakar pulmonologi intervensi dari Jerman, Perancis, Belanda dan Switzerland telah meningkatkan minat secara signifikan terhadap teknologi ini.

Bagi maklumat lanjut tentang LVRC RePneu dan kajian RENEW, sila layari www.pneumrx.com atau http://www.clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT01608490?term=RENEW&rank=1

Tentang Emfisema Peringkat Lanjutan
Seramai lebih 15 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit emfisema peringkat lanjutan, yang merupakan satu penyakit kronik dan melemahkan yang berpunca akibat tabiat merokok selama bertahun-tahun. Emfisema menyebabkan kerosakan kekal pada tisu peparu yang mengakibatkan kesesakan nafas yang boleh menyebabkan seseorang berasa lemas dan turut menyebabkan pengurangan kualiti hidup. Emfisema dicirikan daripada segi perubatan oleh pengurangan fungsi  peparu, penambahan udara di dalam peparu dan kehilangan sifat semula jadi keanjalan peparu, yang mengakibatkan kesukaran bernafas.

Apabila penyakit ini merebak dan memusnahkan sifat keanjalan semula jadi peparu, udara berlebihan akan terperangkap di dalam peparu, menjadikan pesakit sukar untuk menghembuskan nafas. Proses ini dikenali sebagai hiperinflasi dan ia menyebabkan seseorang berasa "sesak nafas". LVRC RePneu bertindak dengan cara memampatkan tisu peparu terhiperinflasi untuk mengurangkan udara di dalam peparu sementara memulihkan sifat keanjalan semula jadi peparu. LVRC juga membantu membuka saluran udara dalam peparu, menghalang pengenduran saluran udara yang mengakibatkan udara terperangkap dan hiperinflasi. LVRC yang diimplan hanya melibatkan prosedur yang tidak melibatkan pembedahan dan invasif secara minimum dan kebanyakan pesakit boleh pulang ke rumah pada hari berikutnya.

Apabila penyakit ini merebak dan memusnahkan tisu peparu, udara berlebihan akan terperangkap di dalam peparu menjadikan pesakit sukar untuk menghembuskan nafas. Proses ini dikenali sebagai hiperinflasi dan ia menyebabkan seseorang berasa "sesak nafas". Pesakit emfisema teruk mengalami kesesakan nafas yang kerap termasuk ketika berehat dan mengalami keletihan yang berterusan, batuk kronik, ronkus dan jangkitan respiratori yang kerap. Pesakit turut berhadapan risiko tinggi menghidap jangkitan peparu, keradangan dan pelbagai masalah pernafasan lain dan juga masalah sistemik lain seperti diabetes[1] dan masalah jantung.[2]

Memandangkan masih belum ada penawar bagi emfisema, matlamat kaedah rawatan semasa seperti terapi ubatan (menyedut steroid, bronkodilator dan antibiotik), penambahan oksigen dan rehabilitasi pulmonari (senaman pernafasan) hanya mampu mengurangkan simptom dan mendidik setiap individu untuk menghadapi penyakit tersebut. Akhirnya, kaedah rawatan itu tidak mampu menangani penyakit ini dalam tempoh masa yang lama, meninggalkan pesakit dengan pilihan yang sangat sedikit untuk kelegaan simptom.[3]

Tentang PneumRx, Inc.
PneumRx, Inc. merupakan tapak permulaan alatan perubatan berpusat di Mountain View, CA, yang memberi tumpuan terhadap membangunkan penyelesaian invasif minimum bagi keperluan perubatan yang belum dapat dipenuhi dalam bidang perubatan pulmonari. Produk utamanya iaitu Gegelung Pengurangan Udara Peparu RePneu® dicipta bagi mengurangkan udara di dalam peparu dan memulihkan sifat keanjalan tisu bagi memperbaiki fungsi peparu, kapasiti senaman dan kualti hidup pesakit emfisema. Gegelung RePneu dihasilkan daripada Nitinol dan direka untuk memampatkan tisu terhiperinflasi dan melekatkan saluran udara kecil bagi menghalang pengenduran saluran udara tanpa menyekat saluran pernafasan atau menyebabkan fibrosis. LVRC RePneu adalah terhad kepada penggunaan dalam kajian di Amerika Syarikat. Baca selanjutnya di www.pneumrx.com.

[1] Emma H Baker MD dan Derek Bell MD. Blood glucose: of emerging importance in COPD exacerbations. Thorax 2009;64:830-832.

[2] Kaiser Permanente Medical Care Program. COPD and Incident Cardiovascular Disease Hospitalizations and Mortality. Chest 2005: 128: 2068-075

[3] Centers for Disease Control and Prevention. Chronic Obstructive Pulmonary Disease Surveillance – Amerika Syarikat, 1971-2000. Morbidity and Mortality Weekly Report. 2 Ogos 2002; 51(SS06):1-16.

Source: PneumRx, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries