omniture

Kobe Bryant Terima Lesen Perdagangan DMCC untuk melakukan Perniagaan di Dubai

Dubai Multi Commodities Centre (DMCC)
2013-09-26 23:49 197

DUBAI, UAE, 26 September 2013 /PRNewswire/ --

  • Lawatan pertama pemain bola keranjang terkenal ke Timur Tengah bermula dengan persembahan media eksklusif di Menara Almas
  • Pengerusi Eksekutif DMCC, Ahmed Bin Sulayem menyerahkan Lesen Zon Bebas DMCC kepada Kobe Bryant
  • Peranan DMCC sebagai penaja utama acara hujung minggu itu menunjukkan komitmen Zon Bebas untuk mempromosikan UAE yang lebih sihat dan aktif

Hari ini menandakan permulaan Hujung Minggu Kesihatan and Kecergasan bersama Kobe Bryant yang dinanti-nantikan, dirasmikan oleh Lembaga Pusat Komoditi Berbilang Dubai ('DMCC'). Acara hujung minggu itu secara rasminya bermula hari ini dengan persembahan media yang diadakan di ibu pejabat DMCC di Menara Almas, menara perdagangan tertinggi di Timur Tengah.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130925/642692)

Acara ini dimulakan dengan ucapan pengenalan daripada Kobe Bryant; Pengerusi Eksekutif DMCC, Ahmed Bin Sulayem; Dr Ghada Aoun, Pengarah Perubatan dan Pakar Endokrin & Diabetes di Pusat Diabetes dan Endokrin Boston; dan Sarah Omolewu, Rakan Urusan, Pemasaran & Acara Maven; dengan tumpuan padu diberikan terhadap gaya hidup sihat dan kejayaan dalam sukan dan perniagaan.

Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif DMCC, juga mengambil kesempatan untuk menyerahkan lesen perniagaan Zon Bebas DMCC kepada Kobe Bryant (baru-baru ini diumumkan sebagai zon bebas terbesar di UAE) yang akan membolehkan bintang bola keranjang dan ahli perniagaan yang kaya dan berpengaruh itu untuk menjalankan perniagaan dari Dubai dengan 100 peratus pemilikan dan 0 cukai korporat.

"Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Kobe (Bryant) ke Dubai, memandangkan ini merupakan lawatan pertama beliau ke Timur Tengah, tetapi juga kerana beliau berada di sini untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta kecergasan. Kesihatan ialah komoditi yang paling berharga di dunia dan merupakan topik yang sangat menarik minat kami di DMCC ini.

"Kini, sebagai Zon Bebas terbesar dan paling pesat berkembang di UAE dengan kehadiran global yang kian meningkat, kami teruja untuk memperkenalkan Kobe kepada keluarga korporat DMCC dengan menyerahkan lesen perniagaan Zon Bebas DMCC kepada beliau, yang terus memberikan inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia dalam bidang sukan dan perniagaan," kata Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif, DMCC.

Apabila ditanya tentang tanggapan awal beliau terhadap Dubai, Kobe Bryant berkata:

"Ini merupakan lawatan pertama saya ke Dubai dan saya akan memanfaatkannya untuk belajar tentang keutamaan perniagaan dan kebudayaan di rantau ini serta untuk memahami sama ada mereka mampu seiring dengan kecekapan teras saya."

Hujung Minggu Kesihatan dan Kecergasan bersama Kobe Bryant akan diteruskan keesokannya dengan klinik kemahiran bola keranjang belia untuk 40 pelajar bertuah di Akademi Amerika GEMS di Abu Dhabi. Bryant akan disertai oleh pemain daripada pasukan "Legenda" bola keranjang Real Madrid bagi memberikan akses kepada para pelajar untuk latihan yang berkualiti oleh beberapa individu terbaik dalam bidang itu.

Hujung minggu itu akan berakhir dengan acara kemuncak permainan bola keranjang selebriti yang dinanti-nantikan pada 27 September di Arena Knights yang canggih di Universiti Amerika di Dubai. Bryant akan mengetuai acara memanaskan badan dan melatih satu pasukan pemain selebriti yang dikenali sebagai Pasukan Black Mamba. Pemain bola keranjang legenda Real Madrid akan bermain menentang Pasukan Black Mamba.

Maklumat lanjut tentang Hujung Minggu Kesihatan dan Kecergasan bersama Kobe Bryant yang dibawakan khas oleh DMCC boleh didapati di: http://www.kobefitnessuae.com.

Nota kepada editor:

Tentang Pusat Komoditi Berbilang Dubai

Pusat Komoditi Berbilang Dubai (DMCC) ialah satu inisiatif strategik Kerajaan Dubai yang ditubuhkan pada tahun 2002 dengan mandat untuk menyediakan prasarana fizikal, pasaran dan kewangan yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah pasaran komoditi di Dubai. Pusat ini menarik pelbagai individu penting di seluruh sektor komoditi, bersama-sama dengan industri sokongan yang relevan seperti kewangan, logistik dan insurans. DMCC telah mewujudkan prasarana yang mantap, termasuklah status zon bebas, platform perangkaian perdagangan, bilik kebal dan bangunan kemudahan penyimpanan dibina khas. Syarikat tetap di bawah DMCC ditawarkan manfaat yang sangat menarik dengan status zon bebas, termasuklah cukai pendapatan peribadi dan korporat sebanyak 0% dijamin selama 50 tahun, 100 peratus pemilikan perniagaan, pemilikan penuh premis perniagaan dan persekitaran yang dikawal selia dan selamat. DMCC juga telah melaksanakan dasar pematuhan khusus dalam organisasi, selaras dengan undang-undang yang berkaitan dengan pematuhan dan peraturan Kerajaan Persekutuan UAE dan badan antarabangsa yang berwibawa. DMCC memiliki tiga menara beroperasi sepenuhnya yang menjadi tuan rumah bagi prasarana fizikal, pasaran dan kewangan termasuk kemudahan Gemplex dan Barangan Kemas, pertukaran mutiara dan berlian yang dikhususkan serta peti besi emas. http://www.dmcc.ae

Pertanyaan Media:

DMCC
Henriette Svensen
Pengurus Komunikasi Korporat dan Hubungan Awam
+971-4-375-2207
henriette.svensen@dmcc.ae      

Brunswick Group
Katharine Crallé
Pengarah Bersekutu
+971-56-174-0292
kcralle@brunswickgroup.com

SUMBER  Pusat Multi Komoditi Berbilang Dubai (DMCC)

Source: Dubai Multi Commodities Centre (DMCC)
Keywords: Banking/Financial Service Sports