ASTANA, Kazakhstan, 26 September 2013 /PRNewswire/ --
Pada 21 Oktober 2013 di ibu negara Kazakhstan, Astana, perasmian besar-besaran panggung terbesar Eurasia "ASTANA OPERA" bakal berlangsung. Pembinaan Panggung Opera ketiga terbesar di dunia telah dilaksanakan oleh pakar dari Itali, Jerman, Switzerland, Republik Czech.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/62434-astana-opera-house-grand-opening
Bangunan panggung yang tersergam itu dibina dengan teknologi paling moden dan pentasnya yang seluas lebih 1000 meter persegi membenarkan sebarang persembahan dipentaskan, tanpa mengira kerumitannya. Pentas adegannya termasuklah dua "poket" sisi dan 'l'arrière-scène'. Di bawah pentasnya di tingkat paling rendah – terletaknya dewan dengan sistem kawalan automatik. Tempat pemain orkestranya direka untuk 120 pemuzik. Peralatan pentas disediakan oleh pakar dari Jerman, akustik pula dipersembahkan oleh pakar Itali. Auditorium panggungnya direka dalam gaya Itali, dan menempatkan 1250 tempat duduk. Dewan utama dihias dengan ukiran berhias yang diukir atas kayu dan panel tembaga, yang menyediakan akustik yang hebat. Teknologi seperti ini juga diaplikasikan dalam dewan latihan, terdapat sejumlah 26 dewan latihan dalam panggung itu dalam pelbagai saiz, atau lebih tepat lagi, pelbagai bentuk, dan lebih 60 bilik bersolek. Laluan masuk panggung itu mempesonakan pemandangan dengan keindahan kemasan yang diperbuat daripada batu marmar pelbagai warna yang berselang-seli dengan pelbagai corak geometri, friz di anjungnya telah direka dengan hiasan olahan gaya Kazakh. Pada dindingnya, mural pada satu belah dinding menunjukkan keagungan alam semula jadi Kazakh – Ngarai Charyn, dan pada belah dinding yang lainnya pula – pemandangan indah kawasan rizab Kazakhstan – Burabaj dipamerkan. Bahagian luaran panggung itu pun tidak kurang hebatnya: di kedua-dua belah pintu masuk utama terletaknya arca para pemuzik yang sedang memainkan alat muzik Kazakh purba - kobyz dan zhetygen. Pedimennya dihias dengan Quadriga tradisional, dikendalikan oleh Saka Tsarina Tomiris.
"ASTANA OPERA" mempersembahkan pertunjukan perdana opera Giuseppe Verdi «Attila». Pengarah Muzik dan Konduktor - Valery Gergiev (The Mariinsky Theatre, St. Petersburg). Penerbitan - Pier Luigi Pizzi (Teatro dell'Opera di Roma, Itali).
Watak utama dalam opera itu, yang memerlukan gabungan vokal "berkuasa" dan suara virtuoso padu, dipersembahkan oleh Ildar Abdrazakov, yang dianggap sebagai pelantun suara terbaik dunia untuk watak «Attila».
Acara budaya seluruh dunia – Kelahiran panggung "ASTANA OPERA" dimungkinkan oleh inisiatif peribadi Presiden Republik Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.
Hubungi: Tatyana Burlakova, tatyana77750@mail.ru, +7-701-998-54-66
Sumber: Panggung Opera Negara dan Balet "Astana Opera"