YIWU, China, 26 September 2013 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Jawatankuasa Penganjur Pesta Komoditi Antarabangsa Yiwu China ke-19 mengesahkan perkhidmatan istimewa akan terus disediakan di Pesta akan datang itu.
Keistimewaan keahlian VIP akan disediakan untuk pelanggan yang memohon untuk Pensijilan Pembeli atau mendaftar awal pada laman itu sebanyak tiga kali dan klien yang telah menyertai Mesyuarat Pembelian Pesta Yiwu dan Pesta Import dan Eksport China sebelum ini. Sementara itu, saudagar luar negara boleh mendaftar dalam talian (http://en.yiwufair.com) dan menyertai KELAB VIP untuk perkhidmatan istimewa.
Ahli KELAB VIP boleh menikmati penginapan hotel dan perkhidmatan istimewa sepanjang Pesta itu, seperti:
1. Perkhidmatan kad KP semua dalam satu untuk akses percuma ke pameran. Ahli VIP boleh melawat semua pameran berkaitan berikut yang dianjurkan oleh Marketplace Group tanpa perlu mendaftar: Pesta Barangan Pengguna Yiwu, Pesta Perkakas, Ekspo Budaya Yiwu, Pesta Komoditi Pelancongan Antarabangsa China, Pesta Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu, Eksposisi Penghasilan Peralatan Antarabangsa Yiwu China, dan Pesta Komoditi Antarabangsa Yiwu China.
2. Keutamaan lebih tinggi diberikan untuk perkhidmatan.
3. Kawasan rundingan: Klien VIP boleh mendapat akses kepada perkhidmatan termasuk akses Internet percuma, kopi, makanan ringan, makan tengah hari dan kawasan untuk proses rundingan perdagangan.
4. Pihak penganjur juga telah menyediakan sistem untuk membekalkan klien VIP secara khusus dengan perkhidmatan seperti pra-pendaftaran, kenderaan ulang-alik percuma, harga istimewa di restoran terpilih, hotel berkeistimewaan, makan tengah hari pelanggan, perkhidmatan penterjemahan, jualan tiket, aktiviti sokongan di tapak, dan perkhidmatan perjalanan perniagaan.
5. Semua ahli KELAB VIP diberikan Bulan Pempamer Cemerlang di Pesta Yiwu.
6. Tambahan lagi, pihak penganjur telah menyediakan cenderamata kecil-kecilan daripada Yiwu untuk ahli KELAB VIP, seperti pencucuk buah plastik, bekas simpanan makanan, pemegang pencungkil gigi, cawan, payung, dan kad telefon.
Bagi menggalakkan lebih ramai lagi untuk mendaftar, pihak penganjur telah meringkaskan prosedur dan syarat, dan butirannya adalah seperti berikut:
1. Daftar di http://en.yiwufair.com. Apabila pra-pendaftaran berjaya dihantar, keahlian VIP akan disediakan serta-merta.
2. Hantar maklumat peribadi anda.
3. Dapatkan kad keahlian VIP di tapak pesta mulai 21 ke 25 Oktober 2013.
Saudagar yang belum memohon untuk keahlian VIP boleh berbuat demikian di tapak pesta itu pada hari pesta itu dengan kad perniagaan dan kad pengenalan/pasport mereka. Ahli VIP sebelum ini boleh memperbaharui keahlian mereka di Pejabat Pendaftaran Saudagar VIP dengan dokumen yang sama. Walau dengan apa jua butiran, Jawatankuasa Penganjur akan berusaha sedaya-upaya agar boleh memberikan pelanggan perkhidmatan yang mesra, bertimbang rasa dan profesional.