CSafe Global melakukan penambahan strategik kepada pasukan kepimpinan kanan dengan melantik Bridget Johnson sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran
DAYTON, Ohio, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- CSafe Global , peneraju inovasi dalam penyelesaian kontena dengan kawalan suhu untuk pengangkutan farmaseutikal yang meningkatkan kehidupan, hari ini mengumumkan bahawa Bridget Johnson telah menyertai pasukan kepimpinan kanan syarikat sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran.
Cik Johnson membawa lebih daripada 25 tahun kepakaran pemasaran huluan dan hiliran kepada CSafe, setelah mengetuai pelbagai pasukan pemasaran global untuk organisasi biofarma dan sains hayat yang terkemuka dalam industri. Dalam peranan yang baru diwujudkan ini, beliau akan mengetuai strategi pemasaran global bersepadu CSafe, termasuk pembangunan kedudukan jenama dan portfolio global, kepimpinan pemikiran, penjanaan permintaan saluran omni dan pengalaman pelanggan digital yang dipertingkatkan.
Pewujudan peranan tersebut telah didorong oleh strategi jangka panjang agresif CSafe. Syarikat ini telah menyampaikan pertumbuhan tahun ke tahun yang kukuh secara konsisten dan telah meningkatkan sahamnya dalam pasaran rantaian sejuk farmaseutikal yang sedang berkembang pesat. Pada bulan Disember, CSafe telah menyelesaikan pengambilalihan Softbox Solutions, peneraju dalam penyelesaian penghantaran pasif. Syarikat gabungan ini mempunyai rangkaian penyelesaian pengangkutan kawalan haba yang paling komprehensif di pasaran.
"Pertumbuhan pesat kami yang digabungkan dengan pengambilalihan Softbox baru-baru ini, telah mewujudkan keperluan untuk menambah eksekutif pemasaran yang sangat berpengalaman bagi membantu kami mencapai tahap kepimpinan pasaran seterusnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif CSafe, Patrick Schafer berkaitan keputusan untuk menambah peranan baharu tersebut.
"Bridget mempunyai pengalaman yang luas dalam industri farmaseutikal dan sains hayat, setelah membangun dan mengetuai pelbagai organisasi pemasaran bertaraf dunia," sambung Schafer. "Kepakaran beliau dalam strategi, penjenamaan dan penjanaan permintaan merupakan gabungan yang sempurna untuk membantu menggerakkan CSafe ke masa depan."
Sebelum menyertai CSafe Global, Cik Johnson memegang peranan kepimpinan pemasaran global dengan Thermo Fisher Scientific, Covance Laboratories dan Baxter International. Dalam jawatan terbarunya sebagai Naib Presiden Pemasaran Global di Metabolon, beliau bertanggungjawab terhadap portfolio dan pemasaran produk, penjanaan permintaan dan pengurusan reputasi di seluruh dunia. Cik Johnson memperoleh MBA daripada Kellogg School of Management, Northwestern University dan BA dalam bidang Kewartawanan dari Marquette University.
"Csafe dan industri rantaian sejuk mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang," kata Johnson. "Ini merupakan masa yang menarik untuk menyertai syarikat dan membantu memberi kesan."
Hubungan Media:
Lori Conaway
Komunikasi Pemasaran Global
+1 405.633.2344
lconaway@csafeglobal.com
Tentang CSafe Global
CSafe Global menyediakan penyelesaian penghantaran termal yang menyeluruh bagi industri farmaseutikal dan sains hayat di seluruh dunia. Sebagai sebuah inovator industri, CSafe menyediakan ramalan pajakan yang didayakan AI untuk memastikan ketersediaan kontena aktif dan kebolehlihatan penghantaran masa nyata kepada pelanggan bagi memantau penghantaran dan campur tangan untuk memelihara muatan apabila diperlukan. CSafe menawarkan program penyelenggaraan dan penggunaan semula yang terkemuka di dalam industri untuk kontena aktif dan pasif yang menyediakan prestasi produk yang unggul dan sejajar dengan objektif kelestarian pelanggan. Dengan kehadirannya di 150 buah negara, sokongan 24/7 dan 100% ketersediaan kontena, CSafe berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam rantaian sejuk. csafeglobal.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1729987/BridgetJohnson.jpg?p=medium600