omniture

Glenmark Specialty S.A. dan Lotus International Pte. Ltd. memeterai Perjanjian Pelesenan Eksklusif untuk pengkomersialan Penyembur Nasal Ryaltris™ di Singapura, Hong Kong dan Vietnam

Glenmark Pharmaceuticals Ltd
2022-01-21 14:19 17
  • Di bawah terma perjanjian tersebut, Glenmark akan bertanggungjawab untuk pembuatan dan bekalan Ryaltris, manakala Lotus International Pte. Ltd. akan bertanggungjawab untuk pengkomersialan Ryaltris™ (tertakluk kepada penerimaan kelulusan kawal selia) di seluruh pasaran ini.
  • Glenmark akan menerima bayaran pendahuluan serta pembayaran mengikut pencapaian berdasarkan jualan dan kawal selia daripada Lotus. 
  • Ryaltris yang dibangunkan oleh Glenmark merupakan penyembur nasal berdos tetap yang baharu dalam gabungan antihistamin (olopatadin hidroklorida) dengan steroid (mometasone furoate), ditunjukkan untuk rawatan gejala yang berkaitan dengan rinitis alahan (AR) pada pesakit dewasa dan pediatrik yang berusia 12 tahun dan ke atas.

MUMBAI, India, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Glenmark Pharmaceuticals Ltd. (Glenmark), sebuah syarikat farmaseutikal bersepadu global yang didorong inovasi, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya di Switzerland iaitu Glenmark Specialty S.A., telah memeterai sebuah perjanjian pelesenan eksklusif dengan Lotus International Pte. Ltd., sebuah anak syarikat milik penuh Lotus Pharmaceutical Co., Ltd. (Lotus), untuk mengkomersialkan penyembur nasalnya yang inovatif, Ryaltris™ di Singapura, Hong Kong dan Vietnam.

Di bawah terma perjanjian tersebut, Glenmark akan bertanggungjawab untuk pembuatan dan bekalan Ryaltris™, manakala Lotus akan bertanggungjawab untuk pengkomersialan Ryaltris™ (tertakluk kepada penerimaan kelulusan kawal selia) di pasaran ini. Glenmark akan menerima bayaran pendahuluan serta pembayaran mengikut pencapaian berdasarkan jualan dan kawal selia daripada Lotus.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Lotus untuk Ryaltris  kerana ia merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan terkenal di rantau ini serta sejajar dengan objektif Glenmark untuk menyediakan produk baharu yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pesakit yang menghidap rinitis alahan yang tidak dipenuhi. Kerjasama ini akan memberikan para pesakit dengan akses kepada rawatan rinitis alahan yang sangat berkesan dan terbukti di pasaran utama di Asia Tenggara ini," kata Robert Crockart, Ketua Pegawai Komersial Glenmark Pharmaceuticals Ltd.

Menyentuh tentang perkembangan ini, Petar Vazharov, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus berkata, "Disebabkan amat komited untuk melakukan perubahan kepada semua pesakit, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Glenmark bagi memastikan ubat penyembur baharu ini boleh diakses oleh pesakit di Asia Tenggara. Ini juga merupakan produk Jenama pertama yang bakal dimasukkan ke dalam portfolio pernafasan kami yang memiliki data klinikal yang kukuh dan perlindungan IP.   Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan daya saing keseluruhan portfolio produk kami tetapi juga mempercepat pengembangan kami di negara-negara utama Asia Tenggara ."

Rinitis alahan (AR) ialah gangguan heterogen yang walaupun prevalens tinggi namun sering tidak didiagnosis. Ia dicirikan oleh satu atau lebih gejala termasuk bersin, gatal, hidung tersumbat dan rinorea[i]. Rinitis alahan boleh menjadi bermusim (berlaku semasa musim tertentu) atau berpanjangan (berlaku sepanjang tahun)[ii]. AR menyebabkan kehilangan masa atau masa yang tidak produktif di tempat kerja, masalah tidur dan pengurangan penglibatan dalam aktiviti luar. Prevalens AR ialah sebanyak 4.2% di Hong Kong, 4.9% di Singapura dan 12.3% di Vietnam[iii]. Sebagai terapi topikal, Ryaltris™ menawarkan banyak kelebihan berbanding terapi oral, seperti memberikan kepekatan ubat yang lebih tinggi kepada tapak penerima pada sumber keradangan alahan dan mengurangkan risiko kesan sampingan sistemik[iv].

Rujukan: 


[i] https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11449200/ 

[ii] https://www.uptodate.com/contents/allergic-rhinitis-beyond-the-basics#:~:text=Seasonal%20versus%20perennial%20allergic%20rhinitis,(occurring%20year%2Dround).&text=The%20allergens%20that%20most%20commonly,and%20weeds%20(figure%201).

[iii] "American Journal of Rhinology & Allergy" (September–Oktober 2011, Vol. 25, No. 5 (Suppl 1)

[iv] Watts AM, Cripps AW, West NP, Cox AJ. Modulation of Allergic Inflammation in the Nasal Mucosa of Allergic Rhinitis Sufferers With Topical Pharmaceutical Agents. Front Pharmacol. 2019;10:294. Diterbitkan pada 29 Mac 2019. doi:10.3389/fphar.2019.00294

Tentang Ryaltris

Ryaltris™ yang dibangunkan oleh Glenmark, ialah sejenis penyembur nasal gabungan berdos tetap yang baharu. Ia merupakan penyembur nasal iaitu produk preskripsi ubat-ubatan yang bermeter, berdos tetap dan ampaian akueus untuk rawatan gejala yang berkaitan dengan rinitis alahan (AR) pada pesakit dewasa dan pediatrik yang berusia 12 tahun ke atas. Setiap unit penyembur nasal Ryaltris™ mengandungi 665 olopatadin hidroklorida, sejenis perencat reseptor histamin-1(H1) dan 25 mcg mometasone furoate, sejenis kortikosteroid.

Ryaltris™ diluluskan oleh FDA AS untuk rawatan gejala yang berkaitan dengan rinitis alahan bermusim (SAR) pada pesakit dewasa dan pediatrik yang berusia 12 tahun dan ke atas. Ia akan dipasarkan dan diedarkan di Amerika Syarikat melalui rakan kongsi Glenmark iaitu Hikma Specialty U.S.A. Inc., Columbus, Ohio. Australia merupakan negara pertama tempat Ryaltris™ dilancarkan melalui rakan kongsi Glenmark, Seqirus Pty. Ltd. dan ia terus berjalan dengan baik.  Ryaltris™ juga telah diluluskan dan dipasarkan di Republik Czech, Poland, Rusia, Afrika Selatan, Ukraine, United Kingdom dan Uzbekistan. Pada bulan April 2021, Glenmark memuktamadkan prosedur kawal selia DCP di Eropah yang membolehkannya mendapat kelulusan di 17 buah negara di EU dan UK.

Glenmark juga telah memeterai perjanjian komersial dengan beberapa rakan kongsi di seluruh dunia termasuk dengan Menarini untuk pengkomersialan Ryaltris™ di pasaran terpilih di EU, dengan Bausch Health di Kanada (yang sedang disemak oleh Health Canada), dengan Grand Pharma di China dan Yuhan Corporation di Korea Selatan untuk pengkomersialan Ryaltris™.

Tentang Glenmark Pharmaceuticals Ltd. 

Glenmark Pharmaceuticals Limited (Glenmark) ialah sebuah syarikat farmaseutikal global yang didorong inovasi dan mempunyai kehadiran di seluruh perniagaan khusus, generik dan perniagaan OTC serta beroperasi di lebih 80 buah negara. Fokus bidang terapeutik utama Glenmark ialah pernafasan, dermatologi dan onkologi. Ia tersenarai dalam kalangan 50 buah syarikat Generik dan Bioserupa terbaik di dunia (Kedudukan 50 Syarikat Terbaik 2020 oleh Generics Bulletin Informa). Syarikat ini telah disenaraikan di Indeks Kelestarian Dow Jones (DJSI), di bawah kategori pasaran baru muncul selama empat tahun berturut-turut; terbaharu pada tahun 2021. DJSI ialah salah satu penanda aras kelestarian yang paling dihormati dan diterima secara meluas di seluruh dunia yang menampilkan hanya syarikat dengan kedudukan terbaik dari segi Kelestarian Korporat dalam setiap industri, dalam indeks tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.glenmarkpharma.com.

Tentang Lotus Pharmaceutical Co., Ltd. 

Ditubuhkan pada tahun 1966, Lotus (1795: TT) merupakan syarikat farmaseutikal terbesar di Taiwan dengan produk generik bernilai tinggi yang meliputi CNS, CVS, kesihatan wanita dan ubat antiobesiti dalam tablet dan kapsul gel lembut/keras dengan tumpuan khusus terhadap onkologi oral untuk pasaran global. Dengan menawarkan platform R&D dan pembuatan terbaik di Asia, Lotus bermatlamat untuk memberi manfaat kepada pesakit, para pekerja dan pihak berkepentingannya. Tambahan pula, Lotus boleh mencapai hampir setiap pasaran global dengan perancangannya yang bernilai tinggi melalui pasaran langsungnya yang kini merangkumi Taiwan, Korea, Thailand, Vietnam, Singapura, Hong Kong, Malaysia, Filipina dan China atau melalui pakatan dengan syarikat farmaseutikal peringkat tertinggi berdasarkan infrastruktur peneraju industrinya yang diperakui oleh kebanyakan pihak berkuasa kawal selia yang termaju di seluruh dunia termasuk FDA AS, EMA EU, PDMA Jepun, FDA China dan ANVISA Brazil. Lotus International Pte. Ltd. ialah sebuah anak syarikat milik penuh Lotus yang bertindak sebagai hab serantau untuk pasaran Asia Tenggara.

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/451507/PRNE_Glenmark_Logo.jpg

Source: Glenmark Pharmaceuticals Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements