omniture

RAIKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN JOHNNIE WALKER BLUE LABEL

Johnnie Walker
2022-01-21 19:00 48

LONDON, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- HARI INI, Johnnie Walker, wiski Scotch nombor satu di dunia1, melancarkan Johnnie Walker Blue Label edisi terhad bagi Tahun Baharu Cina yang eksklusif. Reka bentuk edisi terhad 2022 yang menakjubkan ini telah dicipta oleh artis China, Shan Jiang bagi meraikan Tahun Harimau.

Johnnie Walker has just released the new Johnnie Walker Blue Label Lunar New Year Limited Edition Design, with stunningly intricate illustrations.
Johnnie Walker has just released the new Johnnie Walker Blue Label Lunar New Year Limited Edition Design, with stunningly intricate illustrations.

Ilustrasi rumit oleh Shan Jiang ini didedikasikan kepada mereka yang tidak pernah berjalan sendirian... kepada mereka yang perjalanannya memberikan inspirasi kepada anda. Imej yang dihasilkan memberi penghormatan kepada Harimau sebagai simbol kekuatan dan kemajuan, dengan haiwan yang hebat itu digambarkan bersama sayap emas yang mengingatkan semula kepada simpulan bahasa Cina yang terkenal.

Visual ini dilengkapkan dengan Harimau yang berada tinggi di antara awan-awan pada gunung dan bergerak menuju ke arah metropolis moden – satu tanda kemakmuran dan kemajuan yang menandakan nasib baik untuk semua orang pada tahun yang akan datang.

Seniman Shan Jiang berkata: "Sejak dua tahun yang lalu, kita telah berjaya mengatasi cabaran yang luar biasa. Saya menggunakan buah pemikiran tersebut untuk melihat tahun yang mendatang dengan bersikap positif dan menggunakan mitologi orang Cina serta idea kemajuan yang sentiasa bergerak ke hadapan untuk memberi inspirasi kepada reka bentuk saya dan meneroka idea-idea daripada budaya saya yang serasi dengan Johnnie Walker.

"Sebab itulah saya memilih harimau dengan sayap untuk Johnnie Walker Blue Label kerana ia merupakan pepatah biasa orang Cina. Ia terus mengingatkan saya kepada ibu dan ayah saya, mereka sentiasa menyokong saya sebagai seorang seniman tidak kira apa jua yang berlaku, mereka memberikan saya kekuatan yang besar untuk mencapai kejayaan - seperti Harimau bersayap terbang di atas gunung menuju ke langit. Ia memberikan saya tenaga untuk memikirkan perkara ini dan mencipta sesuatu yang indah daripada idea ini."

Ilustrasi rumit Shan Jiang ini telah dipadankan dengan wiski yang jarang ditemui dan seni penghasilan selama berabad-abad yang menciptakan rasa buah-buahan yang kaya; serta rasa berasap yang begitu seimbang yang terdapat dalam setiap botol Johnnie Walker Blue Label.

Beliau berkata: "Saya suka berfikiran bahawa segala idea dan masa yang dihabiskan untuk reka bentuk saya menggambarkan kesenian Johnnie Walker Blue Label. Di dalam setiap botol Blue Label adalah wiski yang jarang ditemui dan dipilih dengan teliti - masing-masing membawa karakter yang tersendiri. Saya berharap untuk membawakan semua itu ke dalam hasil karya saya."

Johnnie Walker Blue Label ialah wiski Scotch yang lembut dan bertenaga dengan lapisan rasa buah-buahan, rempah dan rasa berasap yang lama dan berlarutan. Di dalam simpanan besar kami yang mengandungi lebih 10 juta tong kayu wiski Scotch yang sedang dimatangkan, hanya 1 daripada 10,000 tong kayu tersebut yang mempunyai kekayaan rasa dan keistimewaan yang diperlukan untuk menghasilkan Johnnie Walker Blue Label yang rumit, termasuk beberapa buah tong kayu yang tidak boleh ditukar ganti daripada kilang penyulingan "berhantu" yang telah lama ditutup.

Reka bentuk edisi terhad ini tersedia di pasaran terpilih di seluruh dunia. Johnnie Walker juga melancarkan Reka Bentuk Edisi Terhad Tahun Baharu Cina John Walker & Sons King George V dan Reka Bentuk Edisi Terhad Tahun Baharu Cina John Walker & Sons XR 21 – kedua-duanya diilustrasi dengan cantik oleh Shan Jiang.

Tentang Johnnie Walker: 
Johnnie Walker ialah jenama wiski Scotch nombor satu di dunia (IWSR 2019), yang dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Sejak pengasasnya John Walker memulakan perniagaan ini 200 tahun yang lalu, para pengadun wiskinya telah mengutamakan rasa dan kualiti melebihi segala-galanya.

Pada hari ini, rangkaian wiski yang memenangi anugerah adalah merangkumi Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Semua itu menyumbang kepada lebih 14 juta kotak terjual setiap tahun (IWSR, 2020) dan menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch yang paling popular di dunia.

Tentang Diageo: 
Diageo ialah peneraju global dalam minuman beralkohol dengan koleksi jenama yang terkemuka termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) serta produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, para pekerja, jenama dan prestasi kami, sila layari kami di www.diageo.com. Sila layari sumber minuman global Diageo yang bertanggungjawab, www.DRINKiQ.com untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.

[1] IWSR 2020

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1730695/Johnnie_Walker_Lunar_New_Year.jpg?p=medium600

Source: Johnnie Walker
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail New products/services