omniture

Guru Bijak Teknologi Merevolusikan Bilik Darjah Serata Asia

Cambridge International Examinations
2013-09-26 14:54 230

CAMBRIDGE, England, 26 September 2013 /PRNewswire/ -- Pelajar hari ini sedang menikmati faedah teknologi dalam bilik darjah, hasil usaha guru beryakinan dan bijak teknologi, menurut kajian baharu daripada Cambridge International Examinations. Satu kaji selidik yang dijalankan terhadap lebih 500 guru seluruh dunia sempena Hari Guru Sedunia 2013 menunjukkan kebanyakan sekolah di Asia telah merancang strategi IT dan menggunakan pelbagai penyelesaian inovatif dalam bilik darjah.

Ramai guru di Asia sudah mula menggunakan teknologi terkini untuk membawa perubahan dalam pengajaran mereka, dengan lebih satu pertiga guru menggunakan telefon pintar dan tablet terbaharu dalam bilik darjah, dan bilangan yang sama itu menggunakan app atau rangkaian sosial dalam bilik darjah untuk tujuan pendidikan. Teknologi yang lebih tradisional seperti TV, radio dan pemain CD semakin jarang menjadi pilihan dan lebih 80 peratus guru kini menggunakan komputer riba dalam bilik darjah untuk membantu proses pengajaran mereka. Lebih tiga suku pelajar mempunyai akses kepada komputer riba dalam pembelajaran mereka, sementara banyak sekolah sedang menangani isu akses dengan membolehkan para pelajar menggunakan teknologi mereka sendiri. Amalan BOYD "Bawa Peranti Anda Sendiri" semakin meningkat dalam sekolah, dengan lebih 75 peratus guru mengesahkan yang pelajar mereka dibenarkan membawa peranti mereka sendiri untuk digunakan dalam bilik darjah.

Berkenaan masa hadapan pula, kaji selidik itu menunjukkan yang sebahagian besar guru di Asia percaya dalam kemampuan teknologi untuk melangkaui sempadan dan zon masa. 85% daripada guru yang memberi maklum balas ingin melihat teknologi digunakan untuk menghubungkan bilik darjah seluruh dunia untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik, sementara lebih dua pertiga daripada mereka pula ingin melihat pelajaran interaktif disampaikan dalam talian oleh pakar terhandal dalam bidang mereka. Tambahan lagi, satu daripada tiga responden merasakan dalam masa 10 tahun lagi, para pelajar akan belajar dalam bilik kelas maya, lantas membuatkan bilik darjah fizikal tiada maknanya lagi.

Di Cambridge, kami menyokong para guru dan pelajar kami dalam bidang ini melalui ruang pembelajaran dalam talian baharu untuk sekolah. Sekolah yang menawarkan Cambridge IGCSE Global Perspectives, satu subjek antara disiplin yang menajamkan kemahiran komunikasi pelajar, kini boleh mengakses ruang pembelajaran dalam talian baharu, lalu memberikan pelajar mereka pengalaman pendidikan yang menjangkau bilik darjah seluruh dunia. Ia memudahkan sekolah bekerjasama sesama sendiri dan membina komuniti dalam talian, lalu memupuk inovasi dan kecemerlangan dalam pendidikan pada skala global.

Michael O'Sullivan, Ketua Eksekutif, Cambridge International Examinations, berkata:

"Daripada segi teknologi, dunia sedang berubah pada kadar yang menakjubkan. Sambil kita meraikan sumbangan kerjaya pendidik pada Hari Guru Sedunia, saya berasa gembira kerana keputusan kaji selidik kami menunjukkan betapa positifnya maklum balas yang diberi oleh guru seluruh dunia terhadap semua perubahan ini. Ia menandakan pemahaman global antara para guru yang mengatakan kita perlu membekalkan para pelajar dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk menggunakan teknologi secara berkesan. Semua kemahiran ini bukan sahaja untuk digunakan dalam bilik darjah. Semua ini ialah kemahiran untuk kehidupan dan sangat penting bagi pemuda-pemudi dalam dunia moden."

Nota kepada editor:

Kaji selidik ini dijalankan oleh Cambridge International Examinations antara bulan Julai & Ogos 2013. 519 maklum balas telah diterima daripada para guru sekolah Cambridge seluruh dunia.

Jika anda ingin melihat kaji selidik yang lengkap, sila hubungi Alice Guttmann di Munro dan Forster.

Cambridge International Examinations

Cambridge International Examinations ialah penyedia terbesar dunia untuk pensijilan dan program pendidikan antarabangsa untuk para pelajar berusia 5 hingga 19 tahun. Kami ialah sebahagian daripada University of Cambridge, salah satu universiti terkemuka dunia dan dipercayai untuk kecemerlangan dalam pendidikan. Kelayakan kami diiktiraf oleh universiti dan majikan seluruh dunia. Ketahuilah lebih lanjut! Lawati http://www.cie.org.uk

Cambridge Global Perspectives

Cambridge Global Perspectives ialah subjek antara disiplin yang disediakan di Cambridge IGCSE, Peringkat AS Cambridge International dan Pra-Universiti Cambridge. Para pelajar menajamkan kemahiran dalam komunikasi, penyelidikan bebas dan pemikiran kritis dengan menerokai pelbagai isu global daripada perspektif peribadi, kebangsaan dan antara perseorangan.

Sumber: Cambridge International Examinations

Source: Cambridge International Examinations
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Survey, Polls & Research