![]() |
M&M'S, sebahagian entiti milik Mars, Incorporated, melancarkan platform global untuk meningkatkan semangat kekitaan bagi sepuluh juta orang menjelang tahun 2025, membantu untuk berhubung dan meraikan satu sama lain
NEWARK, New Jersey, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- M&M'S®, sebahagian daripada jenama portfolio Mars, Incorporated, telah mengumumkan komitmen global untuk mewujudkan suasana di mana semua orang merasakan dunia adalah milik mereka dan masyarakat adalah inklusif. Pengumuman jenama gula-gula yang ikonik ini dibuat berdasarkan lebih 80 tahun pengalaman menghimpunkan orang ramai dengan perisa dan gula-gula berwarna-warni bersaiz gigitan dan merupakan sebahagian daripada strategi jenama M&M'S yang dibuat berdasarkan matlamat serta ikrar untuk menggunakan kuasa keseronokan untuk merangkum semua orang, dengan tujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan 10 juta orang di seluruh dunia menjelang tahun 2025.
"M&M'S telah lama komited untuk mencipta keseronokan yang pelbagai buat semua orang dan matlamat ini berfungsi sebagai komitmen yang lebih konkrit terhadap apa yang selama ini kami yakini sebagai sebuah jenama: bahawa setiap orang berhak untuk menikmati detik-detik bahagia dan keseronokan adalah alat yang paling berkuasa untuk membantu orang ramai merasakan bahawa mereka adalah milik bersama," kata Cathryn Sleight, Ketua Pegawai Pertumbuhan, Mars Wrigley. "Sebagai salah satu jenama gula-gula yang paling ikonik di dunia, siapa lagi yang lebih komited terhadap dunia dengan detik-detik menyeronokkan dengan meningkatkan rasa kekitaan di seluruh dunia berbanding M&M'S?"
Kajian1 menunjukkan bahawa keinginan kami untuk rasa dimiliki seiring dengan keinginan kami untuk disayangi dan keinginan tersebut adalah perkara biasa bagi semua orang tanpa mengira budaya, bangsa, etnik, geografi atau lokasi. M&M'S menggunakan pandangan ini untuk mewujudkan M&M'S FUNd bagi mengesan impak jenama terhadap misi kami, yang akan menawarkan sumber, bimbingan, peluang dan sokongan kewangan dalam bidang seni dan hiburan bagi membantu memastikan orang ramai berpeluang menikmati pengalaman untuk merasai semangat kekitaan.
Pada tahun ini, para peminat jenama M&M'S yang ikonik juga akan melihat perubahan dalam penampilan dan perasaan jenama ini sebagai sebahagian daripada evolusi, setiap satunya bertujuan untuk mencerminkan komitmen baharunya:
"Kami teruja untuk memperkenalkan penampilan dan citarasa jenama M&M'S kami yang baharu, yang akan dilihat oleh para peminat secara langsung di semua pusat jualan M&M'S di seluruh dunia," kata Jane Hwang, Naib Presiden Pemasaran Global, Mars Wrigley. "Daripada inovasi produk baharu hingga kempen jenama dengan watak kami yang berkembang dan pusat jualan runcit kami yang berpengalaman, kami akan menggabungkan visual berwarna-warni, mesej yang inklusif dan matlamat kami dalam semua yang kami lakukan bagi membuktikan bahawa apabila kita bersama, kita lebih seronok. "Malah, matlamat ini sudah pun dipamerkan sepenuhnya di kedai M&M'S yang baharu di Berlin, dengan pelbagai bahasa yang dipaparkan pada papan tanda sebagai jemputan kepada semua, serta pangkalan Rakan Sekutu kami yang paling pelbagai yang meraikan golongan dengan budaya, latar belakang dan generasi yang berbeza."
Komitmen global baharu daripada M&M'S hanyalah salah satu daripada beberapa tindakan yang diambil di seluruh Mars, Incorporated untuk mewujudkan sebuah dunia yang inklusif untuk seluruh masyarakat. Ini termasuk komitmen terhadap pasukan kepimpinan yang seimbang daripada segi jantina, menjalankan audit kepelbagaian tahunan bebas bagi pengiklanan syarikat (dijalankan oleh Geena Davis Institute berkaitan Jantina dalam Media) dan peranannya sebagai Naib Pengerusi Unstereotype Alliance, sebahagian daripada pertubuhan Wanita PBB.
Untuk maklumat lanjut tentang matlamat jenama baharu M&M'S dan untuk melihat kemunculannya, para peminat boleh melawat M&M'S di Facebook, Instagram, Twitter dan mengikuti bersama-sama melalui #ForAllFunkind atau layari kami di MMS.com.
TENTANG MARS, INCORPORATED
Selama lebih satu abad, Mars, Incorporated telah didorong oleh kepercayaan bahawa dunia yang kita mahukan esok bermula dengan cara kita menjalankan perniagaan pada hari ini. Idea ini menjadi keutamaan kepada syarikat kami yang merupakan perniagaan milik keluarga dan beroperasi di seluruh dunia. Hari ini, Mars berubah, berinovasi dan berkembang dalam cara yang mengesahkan komitmen kami untuk memberi kesan positif kepada dunia di sekeliling kita.
Di seluruh portfolio kami yang pelbagai dan luas dalam perkhidmatan dan produk manisan, makanan dan penjagaan haiwan peliharaan, kami melantik 133,000 Rakan Sekutu khusus yang semuanya bergerak ke arah yang sama: ke hadapan. Dengan jualan tahunan sebanyak $40 bilion, kami menghasilkan beberapa jenama popular di dunia seperti DOVE®, EXTRA®, M&M's®, MILKY WAY®, SNICKERS®, TWIX®, ORBIT®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, SKITTLES®, BEN'S ORIGINAL™, WHISKAS®, COCOAVIA® dan 5™; serta melindungi separuh daripada haiwan peliharaan di dunia melalui perniagaan pemakanan, perkhidmatan dan kesihatan haiwan termasuk AniCura, Banfield Pet Hospitals™, BluePearl®, Linnaeus dan VCA™.
Kami tahu bahawa kami hanya boleh benar-benar berjaya sekiranya rakan kongsi dan komuniti tempat kami beroperasi turut maju. Lima Prinsip Mars — Kualiti, Tanggungjawab, Kebersamaan, Kecekapan dan Kebebasan — memberi inspirasi kepada Rakan Sekutu untuk mengambil tindakan pada setiap hari bagi membantu mewujudkan masa depan dunia di mana planet ini, manusia dan haiwan peliharaannya dapat berkembang maju. Mars Compass, yang diilhamkan oleh Ekonomi Kebersamaan, digunakan untuk mengukur kemajuan syarikat dalam perkhidmatan ke arah mencapai matlamatnya; Dunia yang kita inginkan esok bermula dengan cara kita berniaga hari ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Mars, sila layari mars.com. Sertai kami di Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.
1 Maslow and the Motivation Hierarchy: Measuring Satisfaction of the Needs; |
|
Sila hubungi: |
Angelina Franco |
Katie Durkin |
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1730087/M_Ms_Characters.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1730089/M_Ms_Different_Shapes.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1730088/M_Ms_logo_Logo.jpg?p=medium600