omniture

StaffAny kumpul US$3.4 juta dalam Pendanaan Siri A

Pelaburan baharu akan membolehkan StaffAny mengembangkan syarikat, berkembang di peringkat serantau dan membangunkan fungsi dan penyelesaian baharu untuk pelanggan.
StaffAny Private Limited
2022-01-24 09:27 50

SINGAPURA, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula penyelesaian pengurusan tenaga kerja, StaffAny, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak US$3.4 juta dalam pusingan pendanaan Siri A. Pelaburan ini dipimpin oleh GGV Capital dengan penyertaan daripada East Ventures, FreakOut Shinsei Fund, Far East Ventures, Farquhar Venture Capital dan para pelabur persendirian perniagaan yang prolifik seperti Allen Shim, bekas Ketua Pegawai Kewangan Slack. StaffAny akan menggunakan pelaburan baharu ini untuk mengembangkan syarikat, berkembang di peringkat serantau dan membangunkan ciri-ciri baharu untuk penyelesaian pengurusan tenaga kerjanya.

"Kami berbangga dapat menyokong StaffAny kerana mereka memperkasa PKS untuk mengurus tenaga kerja mengikut jam. Walaupun industri makanan dan minuman (F&B) menjadi industri yang paling teruk dilanda oleh COVID-19, StaffAny menyaksikan pertumbuhan yang kukuh dan penerimaan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam kalangan PKS, bukti produknya dan kebingkasan pasukan kepimpinannya. Teknologi SMB merupakan sektor yang dilabur oleh GGV secara global. Kami teruja untuk bekerjasama dengan StaffAny ketika mereka berkembang dan meningkat maju," kata Jixun Foo, Rakan Pengurusan Global di GGV Capital.

StaffAny disokong oleh NUS Enterprise, cabang keusahawanan National University of Singapore, diinkubasikan di BLOCK71 Singapore dan ditubuhkan oleh sepasukan alumni daripada NUS dan program NUS Overseas Colleges.

Menghubungkan HR dan operasi 

StaffAny membantu perniagaan dengan tenaga kerja kolar biru mengoptimumkan penjadualan operasi mereka, pengesanan masa dan penyatuan lembaran masa hujung-bulan HR. Dengan StaffAny, perniagaan dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan mereka dan dalam masa yang sama mengurangkan kos pengendalian. Ini dapat dilakukan melalui fungsi-fungsi yang berikut:

  • Penjadualan pekerja – dengan jadual senarai tugas dalam talian, pengurus menugaskan kakitangan hanya dengan klik pada butang. Pengurus dapat melihat jadual kakitangan dengan mudah merentas pelbagai outlet serta meramalkan keperluan buruh dan kos untuk minggu berikutnya. Sebarang kemas kini penjadualan saat akhir disampaikan dengan cepat dalam kalangan pasukan bagi memastikan semua orang peka terhadap maklumat tersebut secara automatik.
  • Jam masa/lembaran masa – Kakitangan mendaftar masuk dan keluar menggunakan peranti mudah alih mereka serta jam masa awan. Perniagaan dapat menjejaki kehadiran pekerja mereka merentas lokasi yang berbeza tanpa memerlukan kad tebuk yang menyusahkan atau daftar masuk manual yang tidak tepat. Sekiranya syif pekerja bertukar, lembaran masa mereka dikemas kini secara automatik untuk pengurusan gaji pekerja yang lancar. Lembaran masa adalah telus demi kepercayaan yang lebih baik dan agar kakitangan dapat menunjukkan sebarang kesilapan dengan cepat dan menghapuskan percanggahan pada slip gaji.
  • Permohonan Cuti – Kakitangan memohon cuti secara dalam talian dan pihak pengurusan/ HR hanya perlu meluluskan atau menolak. Sistem automatik ini membolehkan pengurus melihat pekerja yang bersedia untuk dijadualkan dan pekerja yang tiada. Memandangkan pekerja bekerja lebih lama dan layak mendapat lebih banyak hari cuti, baki cuti ditambah secara automatik. Sebarang cuti yang dibawa ke hadapan dikira apabila lengkap setahun. Laporan Cuti menyatukan semua maklumat cuti yang diperlukan pada satu tempat untuk kejelasan, kebolehlihatan dan ketelusan yang lebih baik.
  • Laporan waktu sebenar – Pengurus dapat mengetahui perkembangan terkini melalui laporan akhir bulan yang boleh dieksport yang mendedahkan semua maklumat. Laporan yang dikemas kini boleh dimuat turun daripada penyelesaian awan StaffAny pada bila-bila masa, di mana-mana. Ini bukan sahaja berguna untuk pengurus bagi memantau prestasi kerja pekerja, ia juga memberi ketenangan minda memandangkan semua data adalah telus untuk laporan audit.
  • Tenaga kerja terhubung – Melalui penyelesaiannya yang bersepadu sepenuhnya dan telus, StaffAny memperhebatkan kakitangan untuk mengawal prestasi kerja mereka dengan lebih baik. Kakitangan diingatkan secara proaktif mengenai syif mereka bagi mengurangkan daftar masuk yang lewat selain pujian dan amaran dapat dikeluarkan bagi menggalakkan peningkatan prestasi. Pengurus terpilih boleh dimaklumkan apabila berlaku masalah, untuk tindakan yang pantas.

Bersiap sedia mendepani pandemik dan pertumbuhan masa depan

"Ekoran keperluan penjarakan sosial dan ketetapan bekerja dari rumah, pandemik yang berlaku ketika ini telah mempercepatkan keperluan terhadap pendigitalisan pengurusan tenaga kerja. Syarikat-syarikat semakin menyedari betapa alat-alat sedemikian membolehkan mereka meningkat maju dengan cekap serta menghasilkan data yang dapat memperbaiki operasi dan meningkatkan keuntungan," kata Janson Seah, Pengasas Bersama StaffAny.

"Walaupun dengan pandemik ini, tahun lalu, kami berupaya meningkatkan jangkauan geografi kami ke tujuh buah negara. Pada tahun 2021, penyelesaian pengurusan tenaga kerja kami mengesan lebih 11 juta jam pekerja dan membantu menjimatkan lebih daripada 350,000 jam kerja," tambah Pengasas Bersama Eugene Ng.

Tahun lalu, StaffAny mengemas kini penyelesaian pengurusan tenaga kerja mereka bagi memastikan ia menyokong perniagaan yang bergelut dengan isu-isu peraturan COVID-19. Ini termasuk aliran kerja bersepadu bersama TraceTogether (di Singapura) dan MySejahtera (di Malaysia), demi pematuhan waktu masuk yang mudah dan pengesanan kontak dalam kalangan pekerja, peringatan ujian untuk kakitangan melakukan ujian ART mereka serta kemas kini status vaksinasi kakitangan.

Pada tahun 2021, StaffAny turut menaik taraf penyelesaian pengurusan tenaga kerjanya untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi dan menyokong matlamat hasil pelanggan. Ini termasuk menambah fungsi baharu bagi meningkatkan kecekapan operasi seperti Penjadualan-Auto yang mana kakitangan terbaik dijadualkan dalam syif kosong, berdasarkan kepada kriteria dan peraturan yang boleh disesuaikan serta Penjadualan berasaskan Jualan yang membolehkan pengurus menguntukkan tenaga kerja bagi mencapai sasaran jualan dan jualan bagi setiap jam buruh.

Melangkah ke hadapan, bagi meningkatkan penyelesaian terasnya, StaffAny akan membangunkan produk baharu, dalam bidang Penglibatan Pekerja untuk membantu perniagaan meningkatkan prestasi pekerja dan mengekalkan pekerja yang bernilai. Ketika ini, StaffAny sedang menguji secara berasingan penyelesaian ini dan mana-mana perniagaan yang berminat untuk menerokainya dialu-alukan bagi mendapatkan akses awal. StaffAny merancang untuk meluaskan pasukannya pada tahun ini dan berkembang melangkaui Singapura, menyasarkan khususnya pasaran Malaysia dan Indonesia.

"Sebelum ini kami menggunakan sistem pengecaman wajah untuk mengendalikan waktu masuk dan waktu keluar pekerja kami. Malangnya, perisian tersebut tidak begitu tepat dan biasanya pekerja yang salah akan dikenal pasti yang bererti HR perlu melakukan banyak pelarasan secara manual. Di samping itu, fungsi penjadualan waktu StaffAny menjimatkan banyak masa pengurus kami setiap minggu. Proses menghubungkan lembaran masa kepada gaji pekerja adalah lancar dan produktiviti meningkat dengan ketara! Selain itu, StaffAny mampu membuat penyesuaian tertentu untuk disesuaikan dengan cara unik organisasi kami distrukturkan," jelas Claudia Lin, Pengurus HR, SaladStop!

Latar Belakang StaffAny 

StaffAny bermatlamat untuk memperkasa tenaga kerja terhubung hari ini melalui penyediaan pendekatan berpandukan data untuk mengurus pekerja setiap jam. Penyelesaian pengurusan tenaga kerja StaffAny menghubungkan HR dan Operasi dalam organisasi bagi membolehkan perniagaan dihubungkan dengan tenaga kerja masa depan yang lebih cekap. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.staffany.com

Latar Belakang GGV Capital

Ditubuhkan secara bersama di Silicon Valley dan Singapura pada tahun 2000, GGV Capital ialah sebuah firma usaha niaga global yang melabur dalam pengasas tempatan. Dengan $9.2 bilion di bawah pengurusan kami, kami memiliki pelaburan di Amerika Syarikat, Kanada, China, Asia Tenggara, India, Amerika Latin dan Israel. Sebagai sebuah firma berfokuskan sektor yang berbilang tahap, GGV Capital melabur dalam syarikat-syarikat peringkat benih-hingga-pertumbuhan dalam tiga sektor: Sosial/Internet, Teknologi Perusahaan dan Teknologi Pintar. Sepanjang dua dekad yang lalu, kami telah menyokong lebih daripada 400 syarikat di serata dunia termasuk Affirm, Airbnb, Alibaba, Big Commerce, Boss Zhipin, Grab, HashiCorp, Hello, JD MRO, Keep, Kujiale, Manbang, NIU, Opendoor Technologies, Peloton, Poshmark, Qunar/Ctrip, Slack, Square, StockX, Udaan, Wish, XPeng, Zendesk dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ggvc.com/

Latar Belakang NUS Enterprise 

NUS Enterprise, cabang keusahawanan NUS, memainkan peranan penting dalam memajukan inovasi dan keusahawanan di NUS dan selanjutnya. Ia menggalakkan keusahaan dengan aktif dan memupuk penetapan minda dan bakat global melalui sinergi antara pendidikan keusahawanan berasaskan pengalaman, perkongsian industri yang aktif, sokongan keusahawanan yang holistik dan bantuan keusahawanan bermangkin. Inisiatif dan hubungan globalnya menyokong pelbagai perjalanan keusahawanan dan mendorong pembinaan ekosistem dalam pasaran baharu. Inisiatif ini menambah dan melengkapkan program akademik Universiti dan bertindak sebagai jambatan unik kepada industri ini jauh di luar pantai Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://enterprise.nus.edu.sg.

Source: StaffAny Private Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Financing agreements