omniture

Eksklusif CGTN: Pekerja Cina kini bekerja di Tonga beri gambaran

CGTN
2022-01-24 15:12 83

BEIJING, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Seorang pekerja berbangsa Cina yang kini bekerja di Tonga menggambarkan mengenai letusan gunung berapi yang jarang berlaku itu dan keadaan semasa beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama CGTN melalui telefon satelit pada hari Rabu, dengan berkata bahawa beliau dan rakan-rakan sekerja bergantung kepada air botol yang dibeli dari pasar raya untuk terus hidup.

"Saya rasa semua penduduk selamat," kata Zhao Yongming, seorang pekerja China Civil Engineering Construction Corporation di Tonga kepada CGTN. "Tetapi kami tidak pasti sama ada air telah tercemar oleh abu yang jatuh atau tidak."

Beliau berkata perkara paling mendesak untuk dilakukan sekarang adalah untuk memulihkan perkhidmatan selular dan internet.

Mengimbau kembali letusan 

Zhao menggambarkan apa yang dialami oleh beliau selepas letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai yang digelar oleh sesetengah orang sebagai peristiwa yang berlaku sekali dalam satu alaf.

"Kira-kira jam 5 petang, letusan berlaku," kata beliau. "Setengah jam kemudian, saya nampak abu yang jatuh di kawasan sekeliling."

"[Abu tersebut] turut meliputi langit. Seluruh langit agak gelap," kata beliau.

Menurut penerangan oleh Zhao, abu yang jatuh itu menghalang lalu lintas dan merosakkan tanaman.

Beliau berkata bahawa beliau juga melihat abu "tergantung pada pokok."

Orang ramai 'bimbang' apa yang akan berlaku seterusnya 

Zhao memberitahu CGTN bahawa penduduk tempatan "amat bimbang" mengenai apa yang akan berlaku selepas letusan tersebut.

"Kebanyakan tempat mengalami sekatan," beliau memberitahu CGTN. "Komunikasi pula masih dimatikan, maka kami tidak dapat menghubungi pihak lain."

Kerajaan tempatan sedang "melakukan apa yang termampu" bagi memberi bantuan, kata beliau. "Mereka memperuntukkan beberapa jentera untuk membuang segala halangan di jalan raya."

Zhao juga berkata beberapa orang rakan sekerja beliau dan sesetengah penduduk tempat juga berusaha untuk membuang segala halangan di jalan raya.

3G sedang dalam perjalanan 

Kedutaan Cina di Tonga membantu Zhao dan rakan-rakan sekerja beliau menghubungi ibu pejabat syarikat beliau di China.

"Kami bekerjasama dengan pihak kedutaan untuk mendapatkan maklumat terkini," kata beliau. "Sekarang, kami dapat menghubungi rakan-rakan sekerja kami di China melalui telefon satelit kami sendiri."

Selain daripada komunikasi satelit, rangkaian selular juga sedang dipulihkan.

Anthony Seuseu, Ketua Pegawai Eksekutif operator telekomunikasi Digicel, memberitahu CGTN bahawa syarikat telefon mungkin dapat menyediakan 3G di pulau tersebut dalam tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya.

"Dalam penerbangan pertama yang tiba di Tonga dari New Zealand dan Australia, kami bekerjasama dengan kerajaan untuk meminta mereka meletakkan beberapa peralatan kami di sana, peralatan satelit, yang akan membolehkan kami meningkatkan kapasiti," kata beliau. "Jadi, dalam tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya, kami akan memasang peralatan satelit baharu."

"Kemudiannya kami akan dapat menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan emel, penyemakan imbas internet yang digelar oleh industri ini sebagai 3G, bukan 4G lagi, tetapi 3G."

China turut menyediakan bekalan kepada Tonga pada hari Rabu, termasuk air minuman dan makanan.

Red Cross Society of China juga menderma sejumlah $100,000 sebagai bantuan wang tunai kecemasan kepada negara tersebut, jurucakap Kementerian Luar Negeri Cina Zhao Lijian mengesahkan hal tersebut di sidang media tetap pada hari Khamis.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-21/Exclusive-Chinese-employee-in-Tonga-relies-on-bottled-water-to-live-16Z4GibX4EE/index.html

Source: CGTN
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Natural Disasters