omniture

Swiss Pharma Company - IDEOGEN mengambil alih Program Akses Khas BELEODAQ® (belinostat)

IDEOGEN AG
2022-01-24 16:18 9

HURDEN, Switzerland, 22 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bahagian Akses Terurus IDEOGEN GROUP  mengambil alih Program Akses Khas BELEODAQ® (belinostat) di Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara, Rusia dan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS).

BELEODAQ® ialah ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap sejenis kanser darah yang jarang ditemui yang dikenali sebagai limfoma sel T periferal (PTCL) yang berulang atau tidak bertindak balas terhadap rawatan sebelum ini. PTCL ialah sekumpulan limfoma bukan Hodgkin (NHL) yang jarang ditemui dan agresif yang merupakan sejenis gangguan limfoproliferatif yang malignan. PTCL menyumbang kepada kira-kira 10% hingga 15% daripada kesemua kes NHL.

BELEODAQ® (belinostat) ialah satu-satunya Perencat Histon Deacetilase ('perencat HDAC') di seluruh dunia untuk merawat PTCL tegar/berulang. Produk ini menerima kelulusan yang dipercepat oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS ('FDA') disebabkan keperluan perubatan yang tidak dipenuhi bagi penyakit yang jarang ditemui ini. 

Murat Göker, Ketua Pegawai Komersial Ideogen Group mengulas: "Modus operandi kami adalah untuk memenuhi keperluan perubatan pesakit yang tidak dipenuhi dengan teramat pantas. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kami memberikan akses kepada pesakit di seluruh dunia yang menghidapi penyakit yang kurang mendapat rawatan. Program Akses Khas kami membolehkan pakar perubatan mengakses ubat-ubatan seperti BELEODAQ® (belinostat) untuk keadaan khusus pesakit individu apabila pilihan rawatan alternatif diperlukan. 

"Kami berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi pengedaran eksklusif yang membawa BELEODAQ® untuk ketersediaan segera di kebanyakan wilayah*. Disebabkan oleh keadaan penyakit yang sensitif masa bagi pesakit PTCL berulang/tegar ini, BELEODAQ® disimpan di gudang di EU dan tersedia untuk penghantaran  kepada mana-mana pesanan ahli farmasi atau pakar perubatan di benua Eropah dengan penghantaran yang pantas," jelas Mehmet Göker, Ketua Pegawai Operasi.

Para profesional penjagaan kesihatan boleh mendapatkan butiran tentang Program Akses Khas BELEODAQ® dengan menghubungi wakil Ideogen di +800 22 44 77 00 atau melalui e-mel kepada healthcare@Ideogen.com.

Tentang IDEOGEN: Kami memberi tumpuan kepada pengkomersialan ubat-ubatan khusus dengan dinamik penjagaan kesihatan yang mencabar dan berkembang. Dengan infrastruktur operasi dan pengetahuan untuk mengendalikan aktiviti ubat-ubatan daripada peringkat tidak berlesen hingga berlesen, Ideogen mengekalkan rangkaian profesional dan pengurus yang berwibawa bagi memupuk pakatan perubatan yang mapan untuk manfaat pesakit.

Portfolio kami memberi tumpuan kepada ubat-ubatan yang memerlukan kepakaran dalam menyelesaikan syarat-syarat Kawal Selia, Akses Pasaran, Kualiti, PV dan pengedaran yang mencabar untuk segmen penyakit khusus. Daripada pertanyaan awal hingga penghantaran yang tepat pada masanya, kami boleh dihubungi 24 jam sehari di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ideogen.com

*Wilayah Liputan Eksklusif:   Albania, Algeria, Armenia, Austria, Bahrain, Belgium, Bosnia, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Djibouti, Mesir, Estonia, Finland, Perancis, Georgia, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Iran, Iraq, Ireland, Israel, Itali, Jordan, Kazakhstan, Kirgizstan, Kuwait, Latvia, Lebanon, Libya, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Moldova, Monaco, Montenegro, Morocco, Belanda, Norway, Oman, Palestin, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Rusia, Arab Saudi, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Syria, Turki, Tunisia, Ukraine, UK, Uzbekistan, UAE dan Yaman

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1730926/Ideogen_Logo.jpg?p=medium600

­­­­­­­­­­­­­­­Untuk Perhubungan Media, sila hubungi: info@idoegen.com; bettina.wassmann@ideogen.com; phone: +41 43 311 5252

 

 

Source: IDEOGEN AG
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services