omniture

GSMA Umum Kerjasama Dengan Pengendali Mudah Alih Filipina Dan Agensi Kerajaan Untuk Membawa Peluang Pendidikan Baharu Kepada Belia Filipina Keciciran

GSMA
2013-09-25 23:46 185

- Inisiatif Perintis Boleh Memperluas Akses Pendidikan kepada Lebih 6 Juta Individu Seluruh Filipina

MANILA, Filipina, 25 September 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan kerjasama perintis antara rakan kongsi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan Filipina (DepEd) dan Lembaga Pendidikan Teknikal dan Pembangunan Kemahiran (TESDA), bersama dengan Digitel Mobile Philippines Inc. (DMPI), Globe Telecom, dan Smart Communications.  

Dalam kerjasama bersama untuk mEducation, GSMA akan bekerjasama dengan agensi kerajaan Filipina dan semua pengendali rangkaian mudah alih merentasi spektrum K-12 untuk menyediakan peluang tambahan untuk mengakses pendidikan termasuklah pendidikan vokasional teknikal (tech-voc) melalui media mudah alih kepada hampir satu juta belia Filipina yang keciciran (OSY). Para pengendali turut bekerjasama untuk melengkapkan usaha pelbagai agensi kerajaan dengan memperluas ilmu pengetahuan kepada OSY, terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan komuniti kurang liputan dan terpencil secara geografi dengan sokongan dan capaian teknologi mudah alih. Pejabat Statistik Kebangsaan Filipina melaporkan pada tahun 2011, terdapat sekurang-kurangnya 6.24 juta belia yang keciciran di negara ini [1].

"Kami amat berbesar hati dapat bertindak sebagai penasihat bagi inisiatif mEducation ini untuk menyediakan sokongan untuk menyertakan kepakaran model perniagaan dan latihan terbaik kepada projek ini," kata Irene Ng, Ketua Asia, GSMA. "Belum pernah wujud kerjasama mEducation yang bercita-cita tinggi seumpama ini di Filipina, yang melibatkan kesemua tiga pengendali rangkaian mudah alih dan dua agensi kerajaan utama. Pasaran mEducation Asia dijangka mencecah $6.8 bilion menjelang 2017[2]. Inisiatif seperti ini, terutamanya yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, akan memacu pertumbuhan yang lebih hebat dan membantu mempercepat pencapaian objektif yang dikehendaki bagi program seperti itu."

Teknologi mudah alih adalah sangat penting bagi membantu memberikan penyelesaian pendidikan kepada para pelajar termasuklah OSY di Filipina. Filipina mempunyai penggunaan teknologi mudah alih yang amat tinggi dan turut dikenali sebagai 'Ibu negara SMS dunia' dengan penghantaraan pesanan oleh rakyat Filipina melebihi dua bilion pesanan setiap hari. Kadar kemasukan mudah alih negara ini juga adalah sebanyak 105 peratus menjelang akhir tahun 2012 dan kadar kemasukan telefon pintar pula mencecah hampir dua kali ganda antara tahun 2010 hingga 2011, peningkatan daripada sembilan peratus kepada 24 peratus[3].

Projek mEducation global GSMA ini bertujuan untuk mempercepat penggunaan penyelesaian pendidikan mudah alih, terutamanya peranti mudah alih dibolehkan mudah alih, seperti e-Readers dan tablet. Ia merupakan sebahagian daripada visi GSMA, 'Kehidupan Terhubung', yang merupakan dunia dengan segala-galanya terhubung secara pintar melalui rangkaian mudah alih, memberikan perkhidmatan beraneka untuk perniagaan dan pengguna dalam setiap aspek kehidupan mereka.

"Saya gembira dengan tahap kerjasama yang wujud dalam pasaran mEducation di Filipina," menurut komen Mario A. Deriquito, Setiausaha Rendah Perkongsian dan Hubungan Luar DepEd. "Daripada perspektif kerajaan, sokongan terhadap belia yang keciciran ialah satu keutamaan bagi tahun 2014 dan selanjutnya. Kami mengalu-alukan sokongan menerusi pendidikan mudah alih kerana kami percaya ia merupakan medium fleksibel yang mampu membantu kami menangani pelbagai cabaran dalam sektor pendidikan dan latihan di negara kami. Memandangkan kebanyakan usaha bagi membantu OSY adalah setempat, teknologi mudah alih mampu bertindak sebagai wadah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan usaha ini walau dari jarak jauh."

"Filipina berpotensi menjadi peneraju dunia dalam penyediaan perkhidmatan latihan teknologi vokasional mudah alih," kata Setiausaha Joel Villanueva, Ketua Pengarah TESDA. "Peranti mudah alih merupakan satu alat yang ideal bagi menyediakan peluang pendidikan dan latihan yang mungkin tidak mampu diakses di negara dengan banyak pulau, terutamanya kepada generasi muda yang sukar menghadiri kelas atau latihan secara sendiri atas kekangan kos. Dengan kerjasama ini, kami percaya lebih ramai lagi OSY yang mampu berintegrasi semula ke dalam komuniti mereka melalui program inovatif dan perkhidmatan yang dibentuk untuk menyokong mereka. Ini boleh membantu menangani isu belia berhenti sekolah awal."

"Melalui jenama Sun Cellular kami, kami telah memberikan sokongan kepada teknologi mudah alih yang meluas, bersesuaian dan berpatutan sebagai alat yang boleh memberi kemudahan kepada orang ramai dan komuniti," kata Orlando B. Vea, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DMPI. "Melalui kerjasama ini juga, kami berharap untuk melihat lebih banyak peluang yang memberi ruang kepada ciri mudah alih dalam Pendidikan serta pembangunan sosial secara amnya."

"Kerjasama Pendidikan Mudah Alih ini diterajui oleh GSMA bersama kerajaan dan penyedia telekomunikasi Filipina merupakan peluang besar bagi pihak berkepentingan industri untuk memanfaatkan kemampuan ICT yang membolehkan bagi tujuan yang wajar," kata Ernest L. Cu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Globe. "Globe Telecom telah lama komited untuk memanfaatkan penyelesaian ICT untuk membantu sektor pendidikan menerusi hubungan mudah alih dan jalur lebar, kandungan yang dibolehkan ICT bagi mempromosikan kaedah pengajaran abad ke-21 dan pembangunan bilik darjah. Kita mempunyai sejarah yang panjang dalam kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi institusi swasta dan kerajaan. Projek mEducation GSMA ini merupakan inisiatif penting yang membolehkan Globe mempromosikan pembangunan belia dalam negara dan membantu mereka ke arah masa depan yang lebih cerah. " 

"Smart mula menyedari akan peranan penting yang dimainkan oleh peranti mudah alih dalam pendemokrasian akses kepada pelajar golongan muda dan dewasa kepada pendidikan formal sejajar dengan teras Jabatan Pendidikan bagi menyediakan peluang pendidikan kepada semua," menurut komen Napoleon L. Nazareno, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Smart. "Dengan pengalaman selama bertahun-tahun dengan program kerjasama komuniti dalam pendidikan, kami amat berbesar hati dengan inisiatif ini. Penyelesaian mudah alih tiba tepat pada masanya dalam meningkatkan proses pembelajaran."

GSMA akan memaparkan projek mEducation pada Minggu Pembelajaran Mudah Alih UNESCO dan Kongres Dunia Mudah Alih GSMA yang akan berlangsung pada Februari 2014.

Nota

[1] http://thefilipinoconnection.net/osys-to-get-second-chance-under-abot-alam-program/
[2] Ambient Insight, 2013
[3] Ambient Insight, 2013

Tentang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan merangkumi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuklah pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan. GSMA turut menyediakan acara yang meneraju industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web GSMA korporat di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Children-related news Corporate Social Responsibility Joint ventures Trade show news