omniture

Green Coffee Company Membiayai Pusingan Siri B Sebanyak $13.2 juta untuk menjadikan jumlah pelaburan ekuiti kepada $25 juta; Dalam Perjalanannya untuk Menjadi Pengeluar Kopi Terbesar #1 di Colombia

Legacy Group
2022-01-24 19:00 16

MEDELLIN, Colombia, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Green Coffee Company (GCC), sebuah syarikat portfolio Legacy Group, dengan sukacitanya melaporkan bahawa ia telah membiayai pusingan pembiayaan Siri B sepenuhnya, yang baru-baru ini syarikat tersebut meningkatkannya sebanyak $3.5 juta dan menjadikannya berjumlah $13.2 juta (dalam USD) disebabkan permintaan yang tinggi. Pada masa ini terdapat lebih 220 pelabur individu dalam perniagaan ini dengan pangkalan pelabur bertauliahnya yang berkembang dengan pantas.

Ketika Green Coffee Company memandang ke arah masa depan, tumpuan akan diberikan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kopi terbesar #1 di seluruh Colombia. Hala tuju syarikat ini untuk mencapai kejayaan telah menjadi semakin jelas apabila ia memperoleh peningkatan modal ini. GCC menggunakan pelaburan ini untuk (1) menggandakan keluasan ladangnya kepada 4,700 ekar - menjadi pengeluar kopi terbesar #2 di Colombia - dan (2) menjadi pengeluar kopi dengan teknologi yang paling termaju di Colombia dan kami percaya ia paling termaju di seluruh dunia.

Penambahan sebanyak $3.5 juta kepada Siri B yang pada asalnya berjumlah $9.6 juta ini telah dibiayai dalam masa hanya tiga minggu oleh pangkalan pelabur bertauliah syarikat tersebut. Sepanjang enam bulan yang lalu, syarikat tersebut telah menerima kedatangan puluhan pelabur dan penyokong perniagaan ke ladang-ladangnya di Salgar, Colombia untuk melihat perkembangannya secara langsung. GCC telah melancarkan kemudahan yang pertama daripada dua buah kemudahan pemprosesan kopi bertaraf dunia, manakala yang kedua dijangka akan dilancarkan dalam talian pada suku pertama tahun 2022 (sila tonton di sini).

Green Coffee Company merupakan operasi perladangan kopi yang disatukan yang beribu pejabat di A.S. dengan operasi yang berpangkalan di Medellin, Colombia. Model perniagaan inovatif syarikat ini membolehkan kawalan sepenuhnya terhadap rantaian bekalan: daripada penanaman hingga pemprosesan dan perdagangan langsung dengan pelanggan akhir. Pendekatan holistik GCC terhadap sektor kopi dan komitmennya terhadap amalan terbaik alam sekitar bukan sahaja mewujudkan kemampanan dan keuntungan jangka panjang perniagaannya, malah turut meningkatkan kualiti kopi yang dihasilkan di ladang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus aset syarikat ini, Legacy Group, di investor.relations@legacy-group.co atau layari laman web syarikat tersebut di https://legacy-group.co/.

Ikuti Legacy Group di Linkedin untuk komunikasi berkaitan Green Coffee Company dan peluang pelaburan alternatif yang lain: di https://www.linkedin.com/company/legacygroup/.

Green Coffee Company Farms - Salgar, Colombia
Green Coffee Company Farms - Salgar, Colombia

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1730901/Green_Coffee_Company_Logo.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1730902/Green_Coffee_Company_Farms.jpg?p=medium600  

 

Source: Legacy Group
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Financing agreements Hispanic-oriented news Venture Capital