SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2013 /PRNewswire/ --
- Penghormatan oleh Waterkeepers Alliance yang berpusat di AS, satu Yayasan Kennedy
Waterkeepers Alliance menamakan Gyalwang Drukpa, pengasas dan penaung Live to Love International dan ketua spiritual Buddha Drukpa sebagai 'Penjaga Himalaya'. Penghormatan ini telah diberikan kepada Gyalwang Drukpa dan Live to Love atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan dalam bidang pemuliharaan air dan kesedaran di Himalaya oleh Live to Love yang diketuai oleh Gyalwang Drukpa di New York pada 23 September.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130314/601417-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130924/642509 )
Waterkeepers Alliance (diasaskan oleh Robert F. Kennedy Jr. - http://www.waterkeeper.org/) komited terhadap sokongan hingga ke akar umbi dan kepercayaan sepenuhnya setiap individu berhak memperoleh air bersih. Ia turut bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai tujuan yang sama di seluruh dunia dan menyediakan ruang bagi komuniti untuk mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan air bersih dan untuk kegunaan sumber air yang bijak dan saksama, secara global dan setempat.
Live to Love yang dibimbing dan dinaungi oleh Gyalwang Drukpa telah terlibat dalam mewujudkan kesedaran hingga ke akar umbi tentang pemuliharaan air dan pemeliharaan glasier. Pada tahun 2012, Live to Love telah mencipta rekod Guinness serta rekod dunia dengan menanam 99,103 pokok di rantau Leh yang beriklim teruk (di Himalaya) di India. Usaha ini dilakukan sebagai inisiatif alam sekitar untuk mengukuhkan tanah, mencipta dan memangkinkan penahanan air dan menghentikan tanah runtuh dan juga hakisan tanah. Ini merupakan kejayaan kali kedua selepas Live to Love berjaya mencipta rekod Guinness kali pertama pada tahun 2010 dengan menanam sebanyak 66,000 pokok di rantau Leh.
Bercakap pada majlis itu, Gyalwang Drukpa berkata, "Live to Love komited untuk memelihara alam sekitar dan mencipta sistem ekologi mampan yang memastikan pemulangan kepada alam sekitar yang daripadanya kita ambil tanpa putus-putus. Dengan pengiktirafan global dan sokongan seperti ini, kami akan meneruskan usaha kecil ini ke arah memelihara planet bagi generasi kita yang akan datang."
Imej majlis Anugerah itu boleh didapati di sini https://docs.google.com/file/d/0B-6vv782JslHQ00yWTFXWVp5b3c/edit?usp=sharing
Tentang Live to Love
Live to Love merupakan satu inisiatif kemanusiaan global yang diasaskan oleh dermawan yang memenangi Anugerah Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Gyalwang Drukpa yang menumpukan terhadap 5 arah untuk memperbaiki dunia: Pendidikan, Perkhidmatan Perubatan, Bantuan Perubatan, Pemeliharaan Warisan dan Kelestarian Alam Sekitar. Ia turut memberi sokongan terhadap aktiviti di Brazil, Perancis, Jerman, India, Malaysia, Mexico, Nepal, Peru, Singapura, Sepanyol, Switzerland, Taiwan, Vietnam, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Live to Love telah mempelopori pelbagai inisiatif
Lagi tentang Live to Love di http://www.LiveToLove.org
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Swati Jain, communications@drukpa.com, +91-9910734054
Sumber: Live to Love