WAYNE, Pennsylvania dan LANGENFELD, Jerman, 25 September 2013 /PRNewswire/ --
arcplan 8 dilancarkan pada 26 September walaupun dengan lambakan telefon pintar dan tablet di tempat kerja dan arah aliran "bawa peranti anda sendiri" (BYOD). Sementara kepintaran perniagaan mudah alih beralih daripada sifat untung jika ada kepada sifat sangat perlu ada, penyedia perisian kepintaran perniagaan inovatif arcplan bersedia untuk melancarkan versi terbaharu suite Analisis Perniagaannya, dengan klien HTML5 yang membolehkan Rekaan Responsif agar pengguna boleh melaksanakan strategi kepintaran perniagaan mudah alih mereka dengan cara yang paling menjimatkan kos dan paling berkesan.
arcplan 8 - sebelum ini dikenali dengan nama kod Xenon - menawarkan lebih fleksibiliti untuk pengguna dan juga pembangun. Dengan asas sokongan HTML5 dan Rekaan Responsif sebagai konsep dasar, arcplan telah membangunkan penyelesaian yang mengubah suai secara automatik kepada peranti pengguna dan mengoptimumkan antara muka pengguna untuk sebarang saiz atau orientasi skrin. Tambahan lagi, pulangan pelaburan arcplan adalah lebih kukuh berbanding sebelum ini: arcplan 8 memberikan sehingga 70% penurunan dalam kos pembangunan dan penyelenggaraan app kepintaran perniagaan. Baca untuk lebih maklumat di sini: http://bit.ly/16E0lZV
Tentang arcplan
arcplan ialah peneraju penyelesaian perisian Kepintaran Perniagaan, Papan Pemuka, Prestasi Korporat dan Perancangan inovatif bagi penggunaan komputer meja dan mudah alih. Sejak tahun 1993, arcplan telah membolehkan lebih 3,200 pelanggan seluruh dunia menggunakan kelebihan prasarana sedia ada mereka untuk pengambilan keputusan yang lebih baik. Memperkasakan semua pengguna agar boleh berhubung dan berkolaborasi dengan maklumat yang relevan adalah penting bagi mempertingkatkan prestasi perniagaan. Dengan arcplan – ia memang berkesan.
Produk utama arcplan arcplan Enterprise® telah diperingkatkan sebagai alat pihak ketiga #1 untuk SAP BW (SAP), Oracle Essbase (ORCL), dan IBM Cognos TM1 (IBM) dalam kaji selidik kepintaran perniagaan bertajuk The BI Survey 12 (2012).
PERHUBUNGAN AWAM LEWIS
Shushila Pandya
T +49(0)211-522-946-14
arcplan@lewispr.com
Sumber: arcplan Inc