omniture

Lifebit bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Bioperubatan Cambridge NIHR untuk melancarkan platform CYNAPSE bagi penyelidikan genomik generasi seterusnya

Lifebit Biotech
2022-01-25 18:04 10

LONDON, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Lifebit hari ini mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan teknologinya, Lifebit CloudOS yang akan memperkasakan Persekitaran Penyelidikan Terpercaya (TRE) berasaskan awan untuk berfungsi sebagai platform pengurusan dan analisis data yang boleh diskala dan selamat untuk para penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioperubatan (BRC) Cambridge, Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan (NIHR).

Lifebit partners with NIHR Cambridge Biomedical Research Centre to launch the CYNAPSE platform for next-generation genomics research
Lifebit partners with NIHR Cambridge Biomedical Research Centre to launch the CYNAPSE platform for next-generation genomics research

Sebagai salah satu organisasi penyelidikan bioperubatan UK yang terkemuka, BRC Cambridge NIHR mengekalkan sumber data klinikal genomik yang selamat yang telah mendapat kebenaran sepenuhnya daripada pesakit yang menghidap penyakit kronik dan kanser. Data bioperubatan ini mempunyai potensi besar untuk membolehkan para penyelidik kesihatan meneroka sesuatu penyakit bagi menyokong penemuan terkini seperti pembangunan algoritma klinikal untuk membimbing rawatan kanser yang tepat

Dengan pelancaran CYNAPSE, BRC Cambridge NIHR menyertai organisasi penyelidikan yang semakin bertambah bilangannya iaitu TRE yang berdiri teguh, yang memanfaatkan teknologi rintis bersekutu Lifebit yang direka untuk membawa pengiraan dan analisis penyelidik ke tempat data disimpan, membolehkan data bioperubatan yang sensitif diakses dengan selamat. Contoh lain termasuk Genomics England dan Hong Kong Genome Institute

Berita ini diumumkan susulan pengumuman tentang usaha konsortium DARE UK melibatkan Genomics England, BRC Cambridge NIHR, Eastern AHSN, Rakan Kongsi Kesihatan Universiti Cambridge dan Lifebit yang akan menyaksikan teknologi bersekutu unik Lifebit menghubungkan TRE bagi semua organisasi terkemuka ini.

"Lifebit berasa bangga dapat menghasilkan platform penyelidikan bersekutu generasi seterusnya ini yang akan membolehkan para penyelidik BRC Cambridge NIHR bekerjasama dengan lebih berkesan pada skala yang besar dan memacu gelombang data terhubung baharu di UK dan di seluruh dunia sekali gus mempercepat impak penyelidikan dan kemajuan dalam penjagaan pesakit." kata Thorben Seeger, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Lifebit.

Untuk mendapatkan siaran lengkap, sila klik di sini.

Tentang Lifebit Biotech, Ltd. 

Lifebit membangunkan platform data perusahaan untuk kegunaan organisasi yang mempunyai set data bioperubatan yang kompleks dan sensitif. Teknologi bersekutu Lifebit yang dipatenkan membuka akses kepada data bioperubatan dengan selamat. Daripada penyediaan Persekitaran Penyelidikan Terpercaya untuk program perubatan kepersisan kebangsaan hinggalah kepada membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal meneroka sasaran ubat-ubatan baharu dengan lebih cepat, Lifebit memperkasa para pelanggan untuk mengubah cara mereka memanfaatkan data bioperubatan yang sensitif.

Tentang NIHR

Misi Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan (NIHR) adalah untuk meningkatkan kesihatan dan kekayaan negara melalui penyelidikan. Kami melakukannya dengan:

  • Membiayai penyelidikan berkualiti tinggi tepat pada masanya yang memberi manfaat kepada NHS, kesihatan awam dan penjagaan sosial;
  • Melabur dalam kepakaran, kemudahan dan tenaga kerja perkhidmatan mahir bertaraf dunia untuk menterjemahkan penemuan kepada rawatan dan perkhidmatan yang lebih baik;
  • Bekerjasama dengan pesakit, pengguna perkhidmatan, penjaga dan komuniti, meningkatkan perkaitan, kualiti dan impak penyelidikan kami;
  • Menarik, melatih dan menyokong para penyelidik terbaik untuk menangani cabaran kesihatan dan penjagaan sosial yang kompleks;
  • Bekerjasama dengan pembiaya awam, badan amal dan industri yang lain untuk membantu membentuk sistem penyelidikan yang padu dan berdaya saing di peringkat global;
  • Membiayai latihan dan penyelidikan kesihatan global yang diguna pakai untuk memenuhi keperluan golongan termiskin di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

NIHR dibiayai oleh Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial. Kerjasamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana kebanyakannya dibiayai melalui UK Aid daripada kerajaan UK.

Tentang Pusat Penyelidikan Bioperubatan Cambridge NIHR

Berpangkalan di dalam kawasan perkongsian antara NHS dengan Universiti yang paling cemerlang di negara ini, Pusat Penyelidikan Bioperubatan merupakan peneraju dalam terjemahan saintifik. Terletak di Kampus Bioperubatan Cambridge, ia menerima pembiayaan yang besar daripada Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan (NIHR) untuk menterjemahkan penyelidikan bioperubatan penting kepada penyelidikan klinikal yang memberi manfaat kepada pesakit dan mereka merupakan pengguna awal bagi rawatan baharu.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1732901/Lifebit.jpg?p=medium600

 

 

Source: Lifebit Biotech
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Joint ventures