omniture

Deliverect Memperoleh $150 Juta dalam Pembiayaan Siri D, ketika ia Mencapai 100 juta Pesanan Terproses

Deliverect
2022-01-25 18:10 11

Syarikat ini turut mengumumkan pelancaran Gedung Aplikasi Deliverect, iaitu binaan ekosistem yang dikhususkan untuk automasi pesanan dalam talian

NEW YORK dan LONDON, 25 Januari 2022 /PRNewswire/-- Deliverect, sebuah syarikat berskala global yang memudahkan pesanan dalam talian untuk lebih 20,000 lokasi merentasi 40 pasaran, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh dana bernilai lebih $150 juta (€130 juta) dalam pembiayaan Siri D. Pembiayaan ini yang diketuai oleh Coatue dan Alkeon Capital serta pelabur sedia ada iaitu OMERS Ventures, DST Global, Redpoint Ventures, Newion dan Smartfin, meningkatkan pembiayaan Deliverect kepada $240 juta setakat ini. Pusingan ini menandakan pentaksiran syarikat pada nilai melebihi $1.4 bilion.

Dengan pusingan pembiayaan terkini ini, Deliverect akan melabur dalam kemajuan kejuruteraan dan teknologi, memperluas portfolio produknya dan berkembang untuk memberikan perkhidmatan kepada beratus-ratus ribu buah kedai yang kini merangkumi kedai serbaneka dan kedai runcit selain restoran. Bagi menyokong para pelanggan ini dengan lebih baik, Deliverect akan turut melancarkan Gedung Aplikasi khusus. Usaha yang didorong oleh pembiayaan ini akan menyumbang kepada pengembangan jejak syarikat dan mempercepat pertumbuhannya. Deliverect telah menerima 100 juta pesanan setakat ini dan memproses satu setengah juta pesanan setiap minggu pada tahun 2021 sahaja, iaitu peningkatan sebanyak 300% dalam tempoh kurang daripada setahun.

"Memandangkan pendigitalan menjadi semakin popular, kami dapat melihat betapa perlunya restoran, kedai runcit dan kedai serbaneka untuk memperkemas pesanan dalam talian mereka bagi mencapai kepuasan pelanggan, terutamanya dalam kalangan pembeli Generasi Milenium dan Generasi Z," kata Zhong Xu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Deliverect. "Pembiayaan ini akan meningkatkan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan kepada semua orang dalam komuniti hospitaliti melalui Gedung Aplikasi kami dan seterusnya. Kami teruja dengan fasa Deliverect seterusnya sebagai peneraju automasi pesanan dalam talian, terutamanya apabila ramai yang lebih menyukai kemudahan penghantaran makanan sedia dimakan pada hari ini."

Sarah Venning, Ketua Pegawai Digital dan Maklumat Pret A Manger berkata, "Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah mengubah perniagaan kami untuk menampilkan Pret kepada lebih ramai orang yang turut merangkumi peningkatan platform penghantaran dalam talian dan memperbaharui cara pelanggan membuat pesanan dengan kami. Dengan bantuan Deliverect, kami telah mendayakan pertumbuhan yang signifikan untuk perniagaan rakan penghantaran kami dan memperkenalkan suatu sistem yang disukai dan mudah digunakan oleh pasukan kedai kami, membantu kami memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan secara digital berbanding sebelum ini."

Ditubuhkan pada tahun 2018, platform perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) Deliverect mengautomasikan aliran pesanan dalam talian restoran melalui satu titik tunggal, menerima penghantaran, aplikasi meja atau permintaan bawa keluar daripada perkhidmatan seperti Uber EAT, Grubhub, Deliveroo, Doordash, Foodora, Shopify dan banyak lagi serta memindahkan mereka terus ke dapur. Restoran kecil yang bebas dan rantaian global yang besar seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Chipotle, Time Out Market, Taco Bell, Le Pain Quotidien dan Outback Steakhouse menggunakan perkhidmatan Deliverect untuk menyampaikan makanan mereka yang lazat kepada para pelanggan yang berpuas hati. 

"Deliverect memperkemas ekonomi pesanan atas permintaan dengan platform saluran omninya yang terkemuka dalam industri yang menghubungkan para pengguna kepada restoran dan jenama terkemuka," kata Mark McLaughlin, Rakan Kongsi Am Alkeon Capital. "Pengasas bersama Deliverect – semua veteran perdagangan generasi seterusnya – telah mengumpulkan pasukan yang paling kukuh dalam sektor hospitaliti untuk membawa hala tuju Deliverect yang berwawasan serta teknologi baharu ke dalam pasaran dan kes penggunaan baharu."

Sebastian Duesterhoeft, Rakan Kongsi Am Coatue menambah, "Pasaran bernilai berbilion dolar untuk teknologi sisi restoran ini didorong oleh pelbagai jenis keadaan semasa termasuk perubahan dari segi amalan pengguna berkaitan pandemik yang berterusan, keperluan untuk menyesuaikan diri dengan landskap rangkaian penghantaran yang sentiasa berubah dan peralihan kepada peruncitan perkhidmatan makanan seperti dapur gelap dan jenama restoran maya. Kami percaya bahawa Deliverect sedang memanfaatkan trend ini dengan matlamatnya untuk menjadi peneraju dalam kategori ini serta mempunyai misi untuk memperkasakan restoran di seluruh dunia. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Zhong dan pasukannya."

Tentang Deliverect

Deliverect ialah sebuah syarikat SaaS yang memudahkan urusan penghantaran makanan dalam talian. Deliverect menyepadukan pesanan dalam talian dengan lancar daripada saluran penghantaran makanan (Uber Eats, Doordash, Just Eat Takeaway.com dan lain-lain) yang membolehkan 20,000 buah kedai meningkatkan perkhidmatan kendalian dan kepuasan pelanggan mereka. Beroperasi di lebih 40 pasaran di seluruh dunia, Deliverect dipercayai oleh restoran dan Barangan Pengguna Cepat Laris seperti Taco Bell, Burger King dan Unilever, restoran kecil dan sederhana serta dapur gelap di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.deliverect.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1732977/Deliverect_Logo.jpg?p=medium600

Source: Deliverect
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Social Media New products/services Venture Capital