omniture

PEDAGANG SAHAM MENANG KEJOHANAN PELABURAN A.S. BUAT KALI KEDUA - MEMECAHKAN REKOD

Minervini Private Access
2022-01-25 21:11 37

LOS ANGELES, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ --Kejohanan Pelaburan Amerika Syarikat mengumumkan para pemenang pertandingan 2021 yang melibatkan seramai 338 orang pedagang antarabangsa. Pemenang yang telah memenangi lebih $1,000,000 bahagian saham dengan pulangan tahunan lebih 334.8% ialah Mark Minervini. Penyelaras pertandingan, Norm Zada menggelar prestasi Minervini sebagai "memecahkan rekod." Rekod terdahulu pulangan tahunan yang dilakukan oleh George Tkaczuk pada tahun 2020 ialah lebih 119.1%. Encik Minervini turut memenangi tempat pertama dalam Kejuaraan Pelaburan A.S. pada tahun 1997 dengan pulangan tahunan sebanyak 155%. 

Bermula dengan hanya beberapa ribu dolar dan pendidikan setakat gred 8 sahaja, Minervini menjadi jutawan hasil usaha sendiri pada awal usia 30-an dan seterusnya memberi tunjuk ajar kepada beberapa pedagang terkemuka Wall Street termasuk para pedagang Soros Management. Beliau muncul sebagai seorang bintang perdagangan di Wall Street apabila kejayaannya dengan prestasi yang amat tinggi dan pengurusan risiko yang ketat dari tahun 1990-an telah dipopularkan oleh pengarang terkenal, Jack Schwager. Dalam buku beliau yang menjadi rebutan ramai bertajuk Stock Market Wizards: Interviews with America's Top Stock Traders, Schwager menulis: "Minervini adalah lebih baik berbanding mereka yang berkelulusan PhD yang cuba mencipta sistem untuk menghasilkan pulangan yang lebih baik daripada pasaran." Sejak itu, Minervini dianggap sebagai salah seorang pengendali saham yang paling berjaya di Amerika dan dianggap sebagai legenda perdagangan dalam kalangan pelabur saham.

Minervini ialah pengarang buku terlaris bertajuk: Trade Like a Stock Market Wizard, Think & Trade Like a Champion and Mindset Secrets for Winning. Beliau juga merupakan Pengasas Minervini Private Access dan pencipta Master Trader Program Superperformance Workshop yang popular dan dianggap sebagai salah sebuah seminar perdagangan saham yang paling komprehensif dan sangat berjaya dari segi komersial di dunia. 

Anda boleh mengikuti Mark Minervini di Twitter pada https://twitter.com/markminervini atau mengetahui lebih lanjut di www.minervini.com.

Kejuaraan Pelaburan Amerika Syarikat merupakan sebuah pertandingan menggunakan wang sebenar yang disahkan. Kejuaraan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1983. Selama bertahun-tahun, kejuaraan pelaburan ini telah menarik minat pedagang legenda termasuk Paul Tudor Jones, Louis Bacon, Dr. Edward O. Thorpe, Mark Strome, Mark Minervini, David Ryan, Doug Kass, Sheen Kassouf, Marty Schwartz, Frankie Joe, Tom Basso, Cedd Moses, Gil Blake, Robert Prechter, Jr. dan Bruno Combier. Kedudukan muktamad pemenang bagi tahun 2021 boleh didapati di laman web financial-competitions.com.

 

Source: Minervini Private Access
Keywords: Banking/Financial Service Awards