omniture

Dekan Sekolah Undang-undang Antarabangsa Amalkan Prinsip Global bagi Pendidikan Undang-undang

International Association of Law Schools (IALS)
2013-09-27 22:26 121

SINGAPURA, 27 September 2013 /PRNewswire/ -- Dalam himpunan terbesar seumpamanya baru-baru ini, lebih 80 dekan sekolah undang-undang dan pengerusi fakulti undang-undang dari seluruh dunia bertemu di Singapura pada 25 – 27 September, 2013 dalam Forum Dekan Undang-undang Global untuk menerima pakai satu set prinsip piawaian dan hasil bagi pendidikan undang-undang. Prinsip global ini terhasil daripada bengkel dekan undang-undang serantau selama dua tahun yang ditaja oleh Persatuan Antarabangsa Sekolah Undang-undang (IALS) yang mengumpulkan barisan pimpinan sekolah undang-undang untuk meneroka persamaan dan piawaian untuk diguna pakai di seluruh dunia dalam pendidikan undang-undang.

Keperluan untuk menentukan prinsip global didorong oleh perubahan pesat dalam pendidikan undang-undang di tengah-tengah norma tempatan dan antarabangsa yang semakin berkembang.

Prinsip yang terhasil akan menjadi asas bagi persatuan itu untuk meneruskan penglibatan dengan para cendekiawan undang-undang, hakim, masyarakat profesional dan pihak berkepentingan lain dalam mewujudkan garis panduan dan amalan yang disyorkan untuk pendidikan undang-undang global.

Presiden persatuan itu, Prof. Francis SL Wang berkata, "Prinsip ini akan bertindak sebagai blok binaan asas bagi mentakrifkan lagi inisiatif pendidikan undang-undang global yang akan memanfaatkan setiap perbezaan yang wujud sambil menghubungkan semua tenaga pengajar dalam bidang undang-undang dengan wawasan yang dikongsi untuk mendidik graduan undang-undang generasi seterusnya."

Prof. Barbara Holden-Smith, Naib Dekan Sekolah Undang-undang Cornell dan Ketua Setiausaha IALS bersetuju dengan petikan di atas dan turut menambah, "Ini menangani keperluan dan permintaan ahli kami untuk mentakrifkan lagi parameter pendidikan undang-undang global."

Forum Dekan Undang-undang Global telah dianjurkan bersama oleh Universiti Kebangsaan Singapura, Fakulti Undang-undang yang diketuai oleh Dekan mereka, Prof. Simon Chesterman. Prinsip itu boleh dilihat secara dalam talian di laman web IALS, http://www.ialsnet.org.

Persatuan Antarabangsa Sekolah Undang-undang ialah satu persatuan berpengalaman bukan keuntungan sukarelawan untuk lebih 170 sekolah undang-undang dan fakulti yang mewakili lebih 45 negara. Ia ditubuhkan pada tahun 2005 dan merupakan wakil antarabangsa utama bagi fakulti undang-undang di dunia. Bagi memperoleh maklumat lanjut, sila hubungi sama ada Martha Delgado di md@wangff.org, Anna Williams di jpw@wangff.org atau hubungi talian +1-707-259-2811.

Source: International Association of Law Schools (IALS)
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Legal issues Not for profit