omniture

Amp Energy umum kemudahan penyimpanan bateri terbesar di Eropah dengan dua buah projek utama 400 MW yang terletak di Scotland

Amp Energy
2022-01-25 22:14 44

LONDON dan TORONTO, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Amp Energy, sebuah Platform Peralihan Tenaga global dan pembangun tenaga boleh baharu, hari ini mengumumkan dua buah kemudahan penyimpanan bateri yang terbesar di Eropah dengan portfolio bateri 800 MWnya di di Scotland Tengah ("Kompleks Bateri Hijau Scotland"). Portfolio ini dijadualkan untuk beroperasi pada bulan April 2024 dan akan terdiri daripada dua buah kemudahan bateri 400 MW yang setiap satunya menyediakan kapasiti penyimpanan tenaga 800 MW jam.

  • Susulan rundingan dengan pihak berkepentingan dan majlis bandaran tempatan, kedua-dua tapak ini telah menerima persetujuan perancangan daripada Unit Persetujuan Tenaga Kerajaan Scotland pada 5 Januari 2022.
  • Bateri 400 MW ini bakal menjadi dua buah kemudahan penyimpanan bateri terhubung grid yang terbesar di Eropah.
  • Amp X, platform tenaga digital dikuasakan AI proprietari milik Amp, akan digunakan untuk mengoptimumkan penghantaran kuasa daripada bateri ke grid elektrik.
  • Projek ini akan menyediakan perkhidmatan kestabilan grid dan pengurusan kuasa yang boleh dipercayai di seluruh wilayah tengah Scotland termasuk Glasgow dan Edinburgh.
  • Dengan menyimpan dan menguruskan penghantaran tenaga boleh baharu yang dijana daripada ladang angin Scotland, projek ini mempunyai infrastruktur elektrik UK yang berdaya tahan di masa depan dengan kos yang rendah berbanding kos naik taraf penghantaran yang mahal.

Dengan menetapkan standard penyimpanan tenaga di seluruh dunia, projek yang terletak di Hunterston dan Kincardine ini menyediakan langkah ke hadapan yang penting untuk UK mencapai matlamat sifar karbonnya. Susulan pengumuman angin luar pesisir ScotWind tentang rancangan penambahan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu yang baharu sebanyak 25 GW, keperluan untuk penyimpanan tenaga berskala besar yang boleh memindahkan kuasa dan menyediakan perkhidmatan kestabilan grid menjadi lebih penting. Untuk tahun-tahun akan datang, kemudahan bateri Amp di Scotland akan membolehkan tambahan tenaga boleh baharu sebanyak 1,750 GW jam setiap tahun dihasilkan di Scotland dan diangkut ke kawasan lain di UK, yang bersamaan dengan mendayakan penggunaan angin luar pesisir yang baharu sebanyak kira-kira 500 MW.

"Dengan projek baharu ini, Amp membuat pelaburan yang signifikan dalam infrastruktur hijau yang amat diperlukan ketika UK beralih kepada grid yang dinyahkarbon sepenuhnya. Projek kami bukan sahaja menyokong pertumbuhan penjanaan tenaga boleh baharu di Scotland malah turut menyediakan alternatif kepada penaiktarafan penghantaran yang mahal kepada para pengguna," kata Ben Skinner, Naib Presiden Pasaran Global Amp.

Projek di Hunterston dan Kincardine ini juga mengambil bahagian dalam tender Scottish Stability Pathfinder 2 oleh National Grid yang bertujuan untuk menangani masalah voltan dan kestabilan yang dihadapi oleh grid elektrik UK. Kemudahan Amp akan menggunakan teknologi penyongsang pembentukan grid yang canggih bersama-sama dua pemasangan Pemadat Segerak baharu yang turut membantu penstabilan grid.

"Grid elektrik UK sedang dalam proses beralih kepada pasaran sifar karbon yang lebih hijau", menurut Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Amp, Paul Ezekiel. "Peralihan ini baru sahaja dipercepatkan dengan penambahan lesen angin luar pesisir berkapasiti 25 GW yang diberi baru-baru ini sebagai sebahagian daripada program pajakan angin luar pesisir ScotWind.  Pembangunan bateri berskala utiliti terhubung penghantaran Amp yang terletak pada lokasi strategik membantu pengendali rangkaian penghantaran GB untuk menyediakan sistem elektrik bebas karbon yang stabil dan selamat kepada rakyat UK."

Pelaburan ini meneruskan pengembangan Amp ke Eropah yang merangkumi pembangunan dan pemilikan tenaga solar dan angin dengan kemudahan penyimpanan tenaga berskala besar di Sepanyol dan UK serta pembangunan beberapa projek hidrogen hijau secara aktif yang melengkapkan aktiviti pembangunan hidrogen hijaunya di Asia Pasifik.

Kompleks Bateri Hijau Scotland akan dioptimumkan dan dihantar oleh Amp X, platform tenaga digital dikuasakan AI proprietari milik Amp. Amp X bergantung kepada seni bina sistem proprietarinya yang sedia untuk urus niaga menguntungkan serta analitik termaju yang canggih dan dihoskan di awan. Platform Amp X yang beroperasi secara autonomi ini memberikan penyelesaian kepada kekangan grid, menyediakan fleksibiliti dan membolehkan peralihan tenaga yang serba lengkap.

"Dengan skala global kami dan inovasi baharu yang kami gunakan dengan platform Amp X kami, kami menerajui peralihan tenaga global." kata Paul. "Penggunaan Hidrogen Hijau dan penyimpanan tenaga berskala utiliti seperti Kompleks Bateri Hijau Scotland adalah penting untuk pertumbuhan pesat dan strategi jangka panjang kami yang berterusan." 

Tentang Amp

Amp ialah sebuah platform peralihan tenaga global. 

Kami membangunkan, memiliki dan mengendalikan aset tenaga bersih di seluruh pasaran teras kami di seluruh dunia. Di samping Amp X iaitu platform teknologi canggih kami yang inovatif dengan menggunakan kepakaran kecerdasan buatan proprietari, kami sedang memperbaharui grid dan menerajui Peralihan Tenaga. Syarikat ini beribu pejabat di Toronto dengan operasi global yang terletak di seluruh Amerika Utara, Australia, Jepun, Sepanyol, Republik Czech dan UK. 

Ditubuhkan pada tahun 2009, Amp merupakan pemaju teknologi yang berkembang pesat pada skala dengan sokongan pelaburan utama daripada rakan kongsi modal institusi termasuk yang terkini, Carlyle yang telah melabur sebanyak USD374 juta bagi pegangan minoriti dalam syarikat ini pada akhir tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari amp.energy 

Fraser Hall, Pemasaran & Komunikasi, communications@amp.energy

Source: Amp Energy
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services