omniture

CLASE AZUL MENDEDAHKAN IDENTITI JENAMA BAHARU

Clase Azul Mexico
2022-01-26 01:00 36

Identiti Baharu untuk Mencerminkan Tujuan, Budaya dan Tawaran Syarikat yang Diperluaskan apabila Jenama itu Memasuki Usia 25 Tahun.

GUADALAJARA, Mexico, 26 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Clase Azul, jenama minuman keras mewah pertama Mexico serta pencipta Clase Azul Tequila dan Clase Azul Mezcal, telah mengumumkan identiti jenama baharunya: Clase Azul Mexico. Dahulunya dikenali sebagai Clase Azul Spirits, perubahan ini akan berlaku pada 25 Januari 2022—sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 selama setahun yang akan menandakan permulaan era baharu jenama ini dari segi produk dan pengalaman. Identiti jenama baharu ini telah diumumkan hari ini oleh Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Arturo Lomeli dan Presiden, Juan Sanchez. 

"Sebagai jenama yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Mexico, 'Clase Azul Mexico' mewakili asal usul dan identiti kami," jelas Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Arturo Lomelí. "Kami akan terus menawarkan minuman tequila dan mezcal berkualiti tinggi namun kami tidak sabar untuk memperkenalkan cara baharu menggambarkan warisan Mexico kami." 

"Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk mengembangkan dunia Clase Azul dengan menawarkan pengalaman dan produk baharu, bukan hanya tequila dan mezcal kami sahaja," jelas Presiden, Juan Sanchez. "Usaha kami akan terus serasi dengan tujuan kami untuk berkongsi keajaiban budaya Mexico," sambung beliau. 

Diketuai oleh Pengarah Kreatif Clase Azul, Miguel Hernandez, penjenamaan semula ini merangkumi penghasilan logo, reka bentuk pembungkusan produk, laman sesawang dan aset digital yang baharu.  Disebabkan oleh skop dan impak penjenamaan semula, identiti baharu ini akan dilancarkan pada peringkat yang berbeza sepanjang tahun, bermula dengan saluran digital, diikuti dengan rumah jenama Clase Azul, ikon produk semasa dan tawaran jenama lain yang akan diumumkan nanti.

"Salah satu perubahan yang paling ketara adalah evolusi logo jenama kami," jelas Hernandez. "Sehingga kini, lambang agave telah menjadi gambaran tepat bagi penglibatan kami dalam dunia tequila dan mezcal.  Apabila kami berubah menjadi lebih daripada sekadar jenama spirit, kami mengguna pakai lambang baharu yang menawarkan pandangan abadi terhadap masa depan cerah yang dipenuhi dengan kemungkinan."

Pada tahun 2021, Clase Azul mula menawarkan pengunjung ke Los Cabos, Mexico dengan memberikan pengalaman merasa & kulinari yang kaya dan unik yang dipanggil A Taste of Culture, yang menjemput para tetamu untuk memulakan perjalanan mistik melalui dunia Clase Azul. Projek lain yang sedang dalam pembinaan termasuklah: Clase Azul Loft, sebuah ruang pengalaman di Dumbo, Brooklyn; sebuah ruang pengalaman di San Miguel de Allende, Mexico; serta pusat penyulingan dan pelawat di Jalisco, Mexico. 

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1997 di Guadalajara, Jalisco oleh Arturo Lomeli yang memulakan perjalanannya dalam industri minuman keras pada usia yang muda. Bertekad untuk mencipta produk sehebat tempat ia dihasilkan, dedikasi Lomeli terhadap budaya Mexico telah menjadikan Clase Azul sebagai salah satu peneraju dalam kategori minuman keras dan mewah di seluruh dunia. Clase Azul meneruskan misinya untuk berkongsi tradisi Mexico yang indah ini dengan dunia dan kini ia berada di lebih lima puluh buah negara—termasuk Mexico, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, UK, Korea Selatan dan Australia.

Syarikat tersebut yang berteraskan ketukangan artisan menyokong komuniti artisan Mexico melalui Fundación con Causa Azul, sebuah yayasan yang menyediakan pendidikan dan sumber untuk artisan yang kekurangan dana tetapi masih bersemangat. Selain itu, Clase Azul telah dianugerahkan pensijilan "Great Place to Work" selama beberapa tahun berturut-turut dan merupakan penerima "Butterfly Mark" daripada organisasi Positive Luxury, sebuah sijil yang menonjolkan jenama mewah yang komited untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1728936/logo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Clase Azul Mexico
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Retail New products/services