omniture

Rockwell Automation Memenangi Anugerah "Penyelesaian IoT Industri Terbaik" dalam Program IoT Breakthrough Awards Tahunan ke-6

Program Berprestij Tahunan IoT Breakthrough Awards Mengiktiraf Syarikat-Syarikat dan Produk-Produk Internet Pelbagai Benda yang Menyerlah.
Rockwell Automation
2022-01-27 08:00 186

SINGAPURA, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus terhadap automasi industri dan transformasi digital, mengumumkan bahawa penyelesaian FactoryTalk Edge Gateway telahpun dipilih sebagai pemenang bagi anugerah "Penyelesaian IoT Industri Tahunan" di program IoT Breakthrough Awards tahunan ke-6 yang dijalankan oleh IoT Breakthrough, sebuah organisasi perisikan pasaran terkemuka yang mengiktiraf syarikat, teknologi dan produk terbaik dalam pasaran Internet Pelbagai Benda (IoT) global hari ini.

Rockwell Automation memenangi beberapa kali anugerah IoT Breakthrough Award termasuklah anugerah "Inovator IoT Industri Terbaik " pada tahun 2020 dan "Syarikat IoT Industri Terbaik " pada tahun 2021.

Dengan FactoryTalk Edge Gateway, pengilang dapat mengakses, memahami dan memanfaatkan data yang diperlukan dengan mudah untuk membuat keputusan dengan baik. Penyelesaian ini memudahkan dan mengautomasikan pengumpulan, pengkonteksan dan penyusunan data peralatan industri merentas mesin, peranti dan aset automasi pada sumber itu sendiri – membolehkan integriti data yang tinggi awal. Ia turut menyediakan asas yang tepat untuk memacu penumpuan IT/OT pinggir-ke-awan di peringkat perusahaan yang menghasilkan pembuatan keputusan bermaklumat.

Perisian FactoryTalk Edge Gateway menyatukan data daripada sumber industri dan sistem kawalan atau automasi. Ia berupaya berintegrasi dengan pelbagai aplikasi awan, IoT Industri dan data raya. Ia turut menggunakan OPC-DA, standard industri automasi untuk kebolehoperasian, bagi mengakses data KEPServer Enterprise untuk sambungan pihak ketiga. Ini dapat memaksimumkan tinjauan operasi dan memberi pandangan yang menyeluruh terhadap sesebuah perniagaan, memudahkan dan mengautomasikan pengambilan data dalam penyelesaian integrasi tunggal untuk aplikasi IT.

"Proses dan mesin pembuatan menghasilkan sejumlah besar data yang mana, di tempat yang betul, dengan konteks yang tepat dan pada waktu yang tepat dapat membuka kunci sumber nilai potensi yang baharu daripada analitik, pembelajaran mesin, pengalaman pekerja terhubung, kembar digital dan banyak lagi," kata Brian Shepherd, Naib Presiden Perisian & Kawalan di Rockwell Automation. "Perisian FactoryTalk Edge Gateway memudahkan pengumpulan, pengkonteksan dan penyusunan data OT dengan cara yang dapat membina asas digital berintegriti tinggi untuk membuat keputusan. Asas dan keupayaan untuk mendedahkan cerapan baharu merupakan keupayaan yang dapat membantu pengeluar mencapai matlamat prestasi mereka."

Misi program IoT Breakthrough Awards adalah untuk mengiktiraf para penginovasi, pemimpin dan individu berwawasan dari seluruh dunia dalam pelbagai kategori IoT termasuk IoT Perindustrian dan Perusahaan, teknologi Bandar Pintar, Rumah Terhubung dan Automasi Rumah, Kereta Terhubung dan banyak lagi. Program tahun ini menarik lebih daripada 3,850 pencalonan daripada syarikat-syarikat di serata dunia.

"Perusahaan industri bergelut untuk mengagregatkan data operasi daripada sumber heterogen dan menambah konteks yang relevan daripada sumber ke lapisan IT. Ini dapat mengelakkannya daripada mendedahkan cerapan yang berpotensi mengubah keadaan di peringkat perusahaan," kata James Johnson, pengarah urusan di IoT Breakthrough. "FactoryTalk Edge Gateway bukan sahaja memperkayakan data OT dengan konteks kritikal di mana ia merupakan paling penting - di pinggir - tetapi turut menyampaikannya dalam model maklumat lazim yang fleksibel ke aplikasi IT agar perusahaan industri dapat memperoleh cerapan kritikal untuk lebih kompetitif. Itulah yang menjadikannya sebagai pilihan kami untuk anugerah 'Penyelesaian IoT Industri Terbaik '. Tahniah diucapkan kepada Rockwell Automation atas pencapaian tahun ketiga berturut-turut."

Di samping itu, FactoryTalk Edge Gateway juga dapat menemui data OT berkonteks yang berkelajuan tinggi daripada alat kontrol secara automatik dan mempakejkannya dalam model maklumat logik, makluamt biasa yang dapat dikonfigurasikan oleh jurutera kawalan. Model maklumat biasa ini mempercepatkan persediaan untuk barisan pemasangan yang serupa dan dapat diperkayakan dengan data pihak ketiga. Ia juga dapat dipetakan pada aplikasi atas-premis (on-prem) atau awan dan dapat digunakan dengan mudah untuk mempercepatkan penumpuan IT/OT.

Latar Belakang Rockwell Automation 

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi pengguna dengan potensi teknologi untuk mengembangkan apa yang mungkin dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan lebih mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 24,500 penyelesai masalah yang dikhaskan untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami membawakan The Connected Enterprise merentas seluruh perusahaan industri, sila layari www.rockwellautomation.com. 

Latar Belakang IoT Breakthrough 
Sebahagian daripada Tech Breakthrough, platform perisikan dan pengiktirafan pasaran yang terkemuka untuk inovasi dan kepimpinan teknologi global, program IoT Breakthrough Awards dikhususkan untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam teknologi, perkhidmatan, syarikat dan produk Internet-Pelbagai-Benda. Program IoT Breakthrough Awards menyediakan forum untuk pengiktirafan awam berkisarkan pencapaian syarikat dan produk IoT dalam kategori termasuk Rumah Terhubung dan Automasi Rumah, Kereta Terhubung, IoT Industri (IIoT) dan Bandar Pintar, IoT Pengguna dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut kunjungi IoTBreakthrough.com.

 

Source: Rockwell Automation
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards