omniture

Veteran Dalam Bidang IT Shrikant Shitole Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif iValue InfoSolutions

iValue InfoSolutions Pvt Ltd
2022-01-27 10:30 21

BANGALORE, India, 26 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pendaya teknologi premium di India mengumumkan pelantikan Encik Shrikant Shitole sebagai Ketua Pegawai Eksekutif iValue. Shrikant telah dikenali dalam industri ini atas jawatan kepemimpinan pengurusan perniagaan beliau di pelbagai industri IT, Telekomunikasi, VAS, Perisian dan Keselamatan Siber dengan pengalaman bertenaga beliau selama lebih 30 tahun. Shrikant akan bertanggungjawab untuk mengetuai operasi dan Perniagaan iValue. Gabungan bidang kepentingan perniagaan iValue bersama-sama dengan kepakaran Shrikant berkaitan Perkhidmatan Awan, Keselamatan Siber, IOT, Bandar Pintar, Perkhidmatan Pusat Data, Perancangan & Pengurusan Infrastruktur IT, perkhidmatan penyumberan luar akan mewujudkan situasi futuristik yang menguntungkan.

Mr. Shrikant Shitole, Chief Executive Officer at iValue Infosolutions
Mr. Shrikant Shitole, Chief Executive Officer at iValue Infosolutions

Shrikant akan mengambil alih jawatan tersebut daripada KrishnaRaj Sharma (KRS) yang telah menerajui iValue melalui fasa pertumbuhan yang kukuh serta mengumpulkan modal daripada sebuah Firma Ekuiti Swasta yang terkenal. KRS telah membawa iValue menjadi sebuah Syarikat Perusahaan dengan membentuk semula kehadiran iValue yang ketara di India serta pasaran Asia Tenggara. Dengan pengalaman kepemimpinan beliau yang luas & keupayaan beliau membina organisasi & perniagaan yang berjaya, KRS kini akan menyelia pasaran Asia Tenggara. Kami yakin bahawa KRS akan terus menjadi pendorong dalam membangunkan dan memacu iValue ke hadapan – pada masa yang sangat menarik tetapi juga mencabar.

Mengalu-alukan pelantikan Shrikant bagi jawatan baharu tersebut, En.Sunil Pillai, Pengasas & Pengarah UrusaniValue InfoSolutions berkata, "Saya gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Shrikant sebagai Ketua Pegawai Eksekutif iValue. Saya telah mengenali beliau atas keupayaannya menguruskan perniagaan produk dan penyelesaian sejak sekian lama. Saya berharap dapat memanfaatkan kebolehan keusahawanan beliau untuk mempercepat dan melakukan pembaharuan terhadap pasaran sedia ada dan baharu. Visi strategik serta kepakaran operasi dan ketegasan beliau akan menjadi penting bagi fasa pertumbuhan dan kejayaan syarikat ini yang seterusnya, malah barisan Ahli Lembaga Pengarah iValue tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau."

Shrikant membawa bersama pengalaman dan pendedahan yang luas dalam mengendalikan pelbagai syarikat global. Dalam jawatan terakhirnya di FireEye Technologies, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Negara untuk Rantau India. Sebelum ini, beliau bertugas di Symantec Software, Nelco Ltd., Cisco Systems, Sify Ltd., Siemens Ltd. dan Tata Telecom Ltd.

Menerima tanggungjawab melalui penyertaannya ke iValue, En.Shrikant Shitole, Ketua Pegawai Eksekutif iValue InfoSolutions berkata, "Terima kasih kepada KRS kerana keupayaan kepemimpinan beliau telah menyebabkan iValue berkembang menjadi sebuah organisasi yang luar biasa. Ia merupakan suatu penghormatan untuk belajar, bekerja, menyampai dan memperluas keperluan strategik kami yang penting untuk mengubah dan memodenkan perniagaan kami, menghapuskan kerumitan kepada rakan kongsi kami serta menjadi organisasi yang amat penting di sebalik pelbagai jenama yang kami sokong."

Contact:
Nagesh Belur
Nagesh.b@iValue.co.in 

Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1733634/Shrikant_iValue_InfoSolutions.jpg?p=medium600 


 

Source: iValue InfoSolutions Pvt Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Personnel announcements