TINGLEV, Denmark, 30 September 2013 /PRNewswire/ --
Dengan rekod pencapaian selama empat tahun, Atmosfera Terkawal Star Cool menawarkan para pelanggannya dengan potensi peningkatan dalam beberapa segmen penyimpan sejuk beku yang baharu
Beberapa tahun yang lalu, adalah mustahil untuk menghantarkan pisang kepada para pelanggan di Azerbaijan daripada penanam pisang di Ecuador kecuali melalui udara, sehinggalah kemunculan Atmosfera Terkawal (CA) Star Cool MCI yang mengubah corak perusahaan penyimpan sejuk beku. Kini, sebuah filem animasi baharu telah dihasilkan yang bertujuan untuk menjelaskan teknologi mudah dan mampu milik itu.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/63464-maersk-star-cool-reefer-film
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120531/537201 )
Pengeluar pisang akhirnya melihat potensi peningkatan dalam masa perjalanan selama 20 hingga 45 hari. Pisang dari Ladang Matanuska di rantau Nacala Mozambique, sebagai contoh, mampu dijual di pasaran Eropah dan Asia, dan Atmosfera Terkawal Star Cool membolehkan pisang dihantar ke Baku, Azerbaijan oleh para pengeksport di Ecuador.
Selama empat tahun berikutnya, lebih 25,000 penyimpan sejuk beku Atmosfera Terkawal Star Cool telah digunakan di seluruh dunia berbanding jenama penyimpan sejuk beku utama lain dalam pasaran Asia dan Eropah.
Animasi Atmosfera Terkawal baharu itu menjangkaui eksport pisang dan avokado untuk menyasarkan pengangkut pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan masak ranum seperti asparagus atau mangga.
Rekod prestasi Atmosfera Terkawal Star Cool adalah berdasarkan reka bentuk mudah yang telah dipatenkan. Sewaktu proses pengangkutan, proses respirasi biologi dalam kargo akan menggunakan O2 dalam bekas penyimpan. Maka teknik yang diguna pakai oleh Star Cool ialah mengawal proses ini melalui turas membran. Dengan cara yang cekap tenaga, turas tersebut akan mengeluarkan CO2 berlebihan yang boleh merosakkan kargo jika dibiarkan tidak terkawal dalam sesetengah kes.
"Kami menggunakan teknologi sedia ada daripada konteks yang lain dan terus mempertingkatkannya. Atmosfera Terkawal Star Cool menggunakan membran telap dan pam vakum untuk mengeluarkan CO2 berlebihan dari kargo," kata Gert Jorgensen, ketua bahagian penyelidikan dan pembangunan MCI.
Kadar pemerolehan dan kos operasi adalah penting untuk penggunaan Atmosfera Terkawal dalam perdagangan baharu.
"Lebih ramai pelanggan boleh menggunakan Atmosfera Terkawal kerana kos pemerolehannya adalah rendah. Mereka juga boleh menjimatkan wang daripada segi operasi memandangkan kos untuk satu perjalanan dikekalkan pada paras minimum," kata Anders G. Holm daripada Bahagian Jualan dan Pemasaran MCI.
Animasi Atmosfera Terkawal Star Cool mengikuti jejak filem yang serupa tentang pengudaraan automatik MCI, AV +. "Jangan biarkan peti sejuk anda terbuka!" menunjukkan bagaimana AV + mengawal pengambilan udara dalam penyimpan sejuk beku untuk menjimatkan tenaga dan untuk mengekalkan kualiti kargo.
Sumber: MCI