omniture

Heliatek dan AGC Tandatangani Perjanjian Pembangunan untuk Sepadukan Tipisan Suria Organik dalam Kaca untuk Mengumpulkan Tenaga Suria

Heliatek GmbH
2013-09-30 12:03 215

DRESDEN, Jerman, 30 September 2013 /PRNewswire/ --

Fotovoltaik Bersepadu Bangunan (BIPV) Inovatif akan terus membantu arkitek mereka bentuk bangunan pengumpulan tenaga dengan pelepasan sifar untuk memenuhi permintaan untuk mengurangkan pelepasan karbon di seluruh dunia.

Heliatek GmbH, peneraju global dalam penghasilan Tipisan Suria atasan, telah menandatangani satu perjanjian pembangunan bersama dengan AGC Glass Eropah, cawangan AGC di Eropah (pengeluar terbesar kaca rata di dunia), yang sudah aktif dalam bidang BIPV tradisional. Perjanjian itu memberi tumpuan terhadap usaha menyelidik dan membangunkan penyepaduan kaca dan Tipisan Suria, yang menyasarkan penyampaian penyelesaian bersepadu bagi lapisan kaca bangunan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130929/642946-a )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130929/642946-b )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130929/642946-c )

Ini akan membolehkan bahagian hadapan kaca keseluruhan bangunan, termasuk tingkap, menjadi penyimpan tenaga suria yang sangat cekap dan berkesan kos untuk mengurangkan kesan karbon dalam bangunan dengan penampilan visual yang indah dan tidak menonjol.

Tipisan Suria Heliatek yang memenangi anugerah ini benar-benar sesuai dengan penggunaan ini kerana ia boleh menjadi legap atau separa telus dengan pelbagai pilihan warna. Tipisan ini adalah sangat ringan, sangat nipis dan sangat cekap dalam keadaan dunia sebenar dek tiga ciri-ciri yang unik. Ia mampu mengumpulkan tenaga suria pada kecekapan puncak untuk tempoh waktu siang yang lebih lama berbanding teknologi suria tradisional: daripada keadaan matahari penuh kepada per sepuluh matahari penuh, seperti pada hari mendung. Di samping itu, ia boleh beroperasi dengan cekap dalam mana-mana orientasi, walaupun apabila tidak menghadap matahari secara langsung dan hanya menerima cahaya tidak langsung atau cahaya tersebar. Akhir sekali, prestasinya juga kekal stabil sehingga suhu 80° C.

Thibaud Le Séguillon, Ketua Pegawai Eksekutif Heliatek, menjelaskan: "Setelah dibangunkan, ini akan menggantikan semua permukaan kaca menegak PV. Ia menawarkan kawasan pemasangan lebih luas berbanding bumbung yang menjadi tumpuan pemasangan bangunan suria hari ini. Tambahan pula, tiada tambahan dalam kos pemasangan, tidak seperti panel PV lazim."

Marc Van Den Neste, Ketua Pegawai Teknologi AGC Glass Eropah, menambah: "Perjanjian ini sesuai dengan strategi kami untuk menyediakan penyelesaian kaca mampu milik dan mesra alam kepada pelanggan kami, industri pembinaan dan masyarakat umum. Saya yakin penyelesaian ini akan membuka prospek baharu untuk kreativiti dan kecekapan tenaga kepada para arkitek dan pereka."

Alexander Valenzuela, Naib Pengerusi Perniagaan di Heliatek, menyimpulkan: "Kita perlu bersama-sama memahami dan memenuhi keperluan industri pembinaan serta keperluan arkitek dan pengguna akhir tentang keandalan, jangka hayat dan pulangan atas pelaburan."

Heliatek: http://www.heliatek.com
Julia Nitsch, +49-351213034-30, press@heliatek.com
Nigel Robson, +44-1481233080, nigel@vortexpr.com

AGC Glass Eropah: http://www.agc-glass.eu
Frédéric Bonnefoy
+32-2-6743423
frederic.bonnefoy@eu.agc.com

Sumber: Heliatek GmbH

Source: Heliatek GmbH
Keywords: Alternative Energies Green Technology Utilities New products/services