KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Bersama pelancaran P50 Pro dan P50 Pocket HUAWEI baru-baru ini di Malaysia, AppGallery turut memaparkan kemajuan berterusannya dalam meluaskan ekosistem aplikasinya.
Bermula daripada penghantaran makanan, perbankan mudah alih, e-Wallet, hiburan, perjalanan dan tempahan hinggalah permainan, AppGallery, pasaran aplikasi oleh Huawei, bersiap sedia dengan aneka aplikasi tempatan yang pelbagai dan semakin berkembang untuk memenuhi keperluan kehidupan harian kebanyakan pengguna.
AppGallery, pasaran aplikasi oleh Huawei, sentiasa bersedia dengan pelbagai aplikasi tempatan yang berbeza dan berkembang yang memenuhi keperluan harian kebanyakan pengguna.
- Keperluan perbankan mudah alih 24/7
Aplikasi perbankan mudah alih memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses pelbagai jenis perkhidmatan perbankan dan transaksi kewangan dari hujung jari. Aplikasi perbankan seperti Maybank2u, MAE by Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, GO by Bank Islam, allianceonline Mobile, HLB Connect, PB engage MY, RHB Mobile telahpun tersedia melalui AppGallery. Pengguna juga boleh mengalami akses yang lebih mudah ke akaun KWSP mereka melalui i-Akaun daripada platform aplikasi ini.
- Pembayaran tanpa sentuh ketik dan bayar
E-Wallet yang paling banyak digunakan di Malaysia termasuk Boost, Fave, GrabPay (melalui aplikasi Grab), Touch 'n Go dan banyak lagi sedia untuk dimuat turun daripada AppGallery. Di samping itu, aplikasi pembayaran tanpa sentuh untuk keperluan khas seperti Flexi Parking – untuk tempat letak kereta di jalan dan bayaran kompaun serta Setel – untuk bayaran minyak juga disediakan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengguna.
- Penghantaran makanan di depan pintu
Tatkala pandemik masih berterusan dan lebih ramai orang bekerja dari rumah, perkhidmatan penghantaran makanan menjadi satu keperluan. Aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood (melalui aplikasi Grab), EASI, Foodpanda, ZUS Coffee dan Tealive membantu menawarkan seleksi luas restoran dan jenis makanan dengan mudah.
- Beli segala-galanya melalui aplikasi
Trend e-dagang berkemungkinan akan kekal, memandangkan ia memberi pengalaman membeli belah yang cekap dan mudah kepada pengguna. Selain daripada aplikasi e-dagang "beli segala-galanya" di AppGallery seperti Lazada dan Shopee MY, pengguna juga boleh mengisi semula barang runcit menggunakan Scan&Shop Lotus atau membeli produk penjagaan kesihatan dan kecantikan daripada MY Watsons. Bagi barangan terpakai, Carousell dan Mudah.my merupakan aplikasi berguna untuk pengguna melupuskan atau meneroka permata tersembunyi.
- Nikmati muzik, video dan filem di mana-mana sahaja
Pengguna AppGallery kini boleh menikmati kandungan video tempatan di mana-mana dengan aplikasi seperti Astro GO, iflix, HUAWEI Video dan tonton. Bagi peminat filem, kini mereka boleh menempah tiket wayang dengan mudah daripada aplikasi Golden Screen Cinemas, TGV Cinemas dan Dadi Cinema.
Dalam pada itu, aplikasi radio, muzik dan audio siar tempatan – SYOK, yang merangkumi 85 stesen radio dalam talian juga telah menyertai AppGallery. Dengan memuat turun SYOK daripada AppGallery, kini pengguna boleh menstrim kandungan muzik dan radio daripada telefon pintar, jam tangan pintar dan tablet. Tambahan pula, baru-baru ini, aplikasi ini juga telah berintegrasi dengan P50 Pocket HUAWEI terkini yang membolehkan pengguna menikmati SYOK walaupun daripada skrin penutup telefon secara langsung.
- Keperluan perjalanan di bawah satu bumbung
Aplikasi perjalanan membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih baik dengan menawarkan perkhidmatan termasuk tempahan tiket, pengangkutan serta penginapan dan banyak lagi dalam satu aplikasi. airasia super app, Malaysia Airlines dan Traveloka merupakan antara aplikasi perjalanan bertaraf tertinggi daripada AppGallery. Di samping itu, SOCAR dan TREVO, dua aplikasi sewa dan perkongsian kereta yang popular dalam pasaran aplikasi turut menyediakan pelbagai jenis seleksi kereta untuk disesuaikan dengan keperluan perjalanan yang berbeza.
- Berseronok dengan permainan mudah alih
AppGallery turut bekerjasama dengan pembangun permainan yang terkemuka bagi menawarkan judul permainan yang popular kepada pengguna. Permainan yang begitu digemari di Malaysia ialah Garena Free Fire, Mobile Legend Bang Bang, Fishdom, Gardenscapes, Evony: the King's Return, Piggy GO - Clash of Coin dan banyak lagi, untuk pengguna menyelami permainan yang menarik, mencabar dan memperkaya.
Pek hadiah aplikasi eksklusif untuk pengguna P50 Pro dan P50 Pocket HUAWEI
AppGallery akan terus melancarkan aplikasi yang baharu dan berkualiti tinggi ke platform ini dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan rakan-rakan aplikasi bagi menyediakan tawaran eksklusif kepada pengguna Huawei.
Kini, bagi meraikan pelancaran P50 Pro dan P50 Pocket HUAWEI di Malaysia, rakan-rakan aplikasi AppGallery menawarkan baucar menarik demi keperluan gaya hidup pengguna, seperti tawaran makanan, perjalanan dan hiburan.
Dengan sebarang pembelian P50 Pro dan P50 Pocket HUAWEI, pengguna akan dapat menikmati pek hadiah eksklusif yang boleh dituntut melalui Pusat Ahli (Member Center).
Baucar untuk keperluan gaya hidup: (bekalan terhad berdasarkan siapa cepat, dia dapat) |
- Baucar EASI: potongan 18% sehingga RM10
- ZUS Coffee: Baucar 1 cawan CEO Latté (bernilai sehingga RM9.90)
- tealive: Percuma baucar 1 tealive bernilai RM7
- Dadi Cinema: Baucar bertih jagung & minuman (bernilai RM13)
- Flexi Parking: Dapatkan kredit tempat letak kenderaan RM30 apabila membeli Flexi Motor Protections
- TGV Cinemas: 1 tiket filem (bernilai sehingga RM55)
- SOCAR: Baucar SOCAR sewa kereta percuma selama 5 jam untuk pengguna baharu bernilai RM100; baucar SOCAR potongan 30% untuk pengguna lama
- TREVO: Baucar TREVO sewa potongan 50% untuk pengguna baharu; potongan 30% untuk pengguna lama (bernilai RM300)
- Watsons: Baucar RM50
- Traveloka: E-Kupon Diskaun RM 20
- BOOST: 28,888 Boost Stars (untuk pembeli HUAWEI P50 Pro sahaja)
- AirAsia:
Baucar Hotel: Potongan RM50 Baucar Tunggangan: Potongan RM5 Baucar Makanan: Potongan RM5
- UOB: Nikmati faedah 0% dan pulangan tunai 5% dengan pembelian P50 Pro dan P50 Pocket HUAWEI bersama UOB IPP di Huawei Experience Store
|
Baucar aplikasi HUAWEI: |
- HUAWEI Video berserta VIP 1-bulan dan 2 Pas Wayang HUAWEI Video
- HUAWEI Music Premium 3-bulan
- Kredit buku HUAWEI Books
- Baucar tebusan HUAWEI Themes 3-bulan
- Storan 2TB HUAWEI Mobile Cloud 1-bulan
|
*Kunjungi https://bit.ly/3AhSbfY untuk butiran lanjut mengenai P50 Pro dan P50 Pocket HUAWEI, atau kunjungi https://bit.ly/3FO9TIU untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran aplikasi ini di AppGallery.