omniture

UNAOC dan BMW Group Memperbaharui Perkongsian Memecah Kelaziman

BMW Group
2013-09-30 20:00 203

NEW YORK dan MUNICH, 30 September 2013 /PRNewswire/ -- Sewaktu mesyuarat Menteri-menteri Kumpulan Rakan-rakan Persekutuan Ketamadunan yang diadakan pada hari Jumaat di ibu pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, satu perkongsian am-swasta besar antara BMW Group dengan Persekutuan Ketamadunan PBB (UNAOC) telah diperbaharui. En. Nassir Abdulaziz Al-Nasser, Perwakilan Tinggi PBB untuk UNAOC dan En. Bill McAndrews, Naib Presiden BMW Group, menandatangani perjanjian dengan kehadiran Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, menteri dari lebih 100 negara, dan ketua organisasi antarabangsa serta wakil media. En. McAndrews menyertai mesyuarat menteri yang telah bersidang di bawah En. Al-Nasser sewaktu Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-68.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130926/642766-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130926/642766-b )

Pembaharuan ini membawa projek perkongsian contoh, Anugerah Inovasi Antara Budaya, pada tahap aktiviti yang baharu, lalu menyerlahkan potensi perkongsian am-swasta bagi memajukan matlamat komuniti antarabangsa. Anugerah Inovasi Antara Budaya ialah usaha sama global, bagi mengenal pasti dan menyediakan sokongan kewangan dan sepertinya untuk inisiatif akar umbi yang berusaha untuk melegakan ketegangan dan konflik berasaskan identiti seluruh dunia. Tahun lepas, anugerah itu telah memanfaatkan lebih 140,000 individu seluruh dunia. Ini menunjukkan peningkatan sekali ganda daripada tahun sebelumnya. Tambahan lagi, sejak ia dimulakan, anugerah itu telah menggandakan komuniti yang dibantunya sebanyak dua kali ganda.

Kedua-dua pihak percaya model kolaborasi baharu antara PBB dengan sektor swasta ini mencipta impak yang lebih dalam, sambil kedua-duanya menyumbang kepakaran masing-masing untuk memastikan pertumbuhan setiap projek. Lebih penting lagi, pembaharuan ini bermaksud peningkatan dalam tahap sokongan yang akan disediakan untuk inisiatif yang diiktiraf melalui anugerah itu. Kedua-dua rakan kongsi menguruskan anugerah itu bersama – menggerakkan sumber, masa, dan rangkaian mereka untuk menyokong para penerima anugerah.

Untuk soalan lanjut sila hubungi: 

Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan BMW Group

Milena Pighi
Tanggungjawab Sosial
tel: +49-89-382-21248
e-mel: Milena.PA.Pighi@bmw.de

Alexander Bilgeri
Ketua Komunikasi Perniagaan, Kewangan dan Kemampanan
tel: +49-89-382-24544
e-mel: Alexander.Bilgeri@bmw.de

Sumber: BMW Group

Source: BMW Group
Keywords: Auto Transportation Corporate Social Responsibility Joint ventures