omniture

China Matters Meneroka Produk Zhongshan dalam Kehidupan Harian

China Matters
2022-01-28 18:18 38

BEIJING, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Seratus tahun yang lalu, Dr. Sun Yat-sen, pelopor revolusi China, mencadangkan untuk membina Wilayah Guangdong China menjadi pelabuhan komersial dan hab perindustrian bertaraf dunia. Hari ini, hasrat Sun itu telah menjadi kenyataan di kampung halaman beliau iaitu Bandar Zhongshan di wilayah Guangdong. Zhongshan kini merupakan titik pertemuan penting di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.

 

Zhongshan adalah salah satu bandar China yang terawal dibuka. Hotel usaha sama antara syarikat China dan asing yang pertama di China telah dibina di Zhongshan. Hari ini, berhadapan dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi global, perusahaan Zhongshan mencari penyelesaian dengan membangunkan produk yang berkaitan dengan krisis COVID-19, menyesuaikan rantaian perdagangan dan meningkatkan daya ketahanan mereka terhadap risiko ekonomi.

Industri berteknologi tinggi di Zhongshan juga terus berkembang. Pada tahun 2021, terdapat 2,300 perusahaan berteknologi tinggi di Zhongshan yang memiliki lebih 9,600 paten ciptaan secara keseluruhan dengan perolehan kontrak berteknologi tinggi melebihi 1.94 bilion yuan ($0.29 bilion).

Daya ketahanan perusahaan Zhongshan mencerminkan daya ketahanan industri pembuatan China.

Video animasi "Buatan Zhongshan" kini merupakan sebahagian daripada kehidupan kita yang dihasilkan oleh pasukan animasi China Matters menggambarkan betapa pentingnya produk Zhongshan dalam kehidupan harian. Produk-produk daripada Zhongshan termasuk peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, lampu hiasan, pencetak, pakaian dan penjagaan kulit adalah mudah didapati dalam kehidupan anda, sama ada anda tinggal di China mahupun di tempat lain di dunia. Anda boleh menemui produk Zhongshan di stesen angkasa China, Taman Ekspo Dunia Shanghai dan Menara Burj Khalifa. Barangan "Buatan Zhongshan" akan menjadi produk global.

Video - https://youtu.be/IMeni1oHF-s
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1735490/China_Matters_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan: 
Tan Jiaqing
+8610-68996961 
jqtan@cnmatters.com

Source: China Matters
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Retail Accounting news, issues New products/services