omniture

Darktrace Memperluaskan Respons Autonomi untuk Menguatkuasakan Tingkah Laku Biasa pada Titik Akhir

Darktrace
2022-01-28 19:29 40

AI Menambahkan Pasukan Keselamatan sebagai Pengaturan Kerja Fleksibel dan 'Peletakan Jawatan Beramai-ramai' Secara Tidak Langsung Meningkatkan Risiko Siber 

CAMBRIDGE, England, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Darktrace, sebuah peneraju global dalam keselamatan siber AI, hari ini mengumumkan bahawa teknologi Respons Autonominya kini akan mengambil tindakan pada titik akhir – melengkapkan rangkaian produk Antigena Darktrace yang sudah merangkumi liputan untuk aplikasi SaaS, awan, e-mel, rangkaian dan Teknologi Operasi (OT).

Titik akhir telah bergerak lebih jauh di luar infrastruktur tradisional dan telah mula menempatkan lebih banyak data yang sensitif. Akibatnya, CISO dan ahli profesional keselamatan telah dibiarkan bergelut dengan kerumitan untuk melindungi organisasi dan pekerja dinamik mereka berikutan pengaturan kerja yang fleksibel dan permulaan bagi 'Peletakan Jawatan Besar-Besaran'.

Pendekatan baharu bagi cabaran ini adalah untuk menambah pasukan keselamatan dengan AI yang dapat belajar semasa bekerja tentang cara tenaga kerja yang fleksibel dan dinamik ini berfungsi. Ketakteraturan aktiviti titik akhir boleh dinilai semula secara berterusan dan tindakan halus yang tidak dapat dilihat boleh diambil yang membolehkan kerja produktif diteruskan sambil hanya menghentikan aktiviti yang mengancam.

Titik Akhir Antigena melakukan semua perkara tersebut. Ia mengesan aktiviti anomali dan membuat keputusan mikro dengan bijak berdasarkan aktiviti yang luar biasa, seperti muat turun fail awal yang di luar kebiasaan dan percubaan penyusupan keluar data, arahan dan kawalan trafik atau pergerakan sisi yang mungkin menimbulkan ancaman siber. Ia menggunakan pelbagai teknik untuk menghalang serangan pada peranti Mac, Windows dan Linux, termasuklah kebocoran data, perisian tebusan dan ancaman dalaman.

Kesedaran kontekstual yang diperoleh daripada bahagian lain bagi harta digital juga bermanfaat dalam menghentikan serangan titik akhir. Sebagai contoh, dalam kes E-mel Antigena dan Titik Akhir Antigena yang digunakan bersama, ketepatan respons yang dipertingkatkan dengan pemahaman yang lebih teliti tentang pengirim yang baharu dan yang dijangka pada semua aktiviti titik akhir dan e-mel. Pengirim baharu yang meminta pekerja untuk membuat transaksi bank dengan sendirinya mungkin memerlukan tindakan. Tetapi dengan maklumat tambahan bahawa tapak web tidak mempunyai kaitan terlebih dahulu dengan organisasi, konteks yang ditingkatkan akan mengukuhkan kes dan mengubah respons sistem.

"Titik Akhir Antigena ialah evolusi platform Darktrace yang paling saya dinanti-nantikan dan teruja. Ia sememangnya pengubah keadaan dan ia terus sampai kepada intipati keperluan pelanggan kami sekarang," kata Mike Beck, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Global Darktrace. "Keyakinan ke atas Darktrace yang kini bukan sahaja dapat mengesan tanda awal serangan tetapi juga mengambil tindakan ke atas semua titik akhir pekerja adalah lebih penting berbanding sebelum ini."

Tentang Darktrace
Darktrace (DARK.L), sebuah peneraju global dalam keselamatan siber AI, menyediakan teknologi bertaraf dunia yang melindungi lebih 6,500 orang pelanggan di seluruh dunia daripada ancaman yang canggih, termasuk perisian tebusan serta serangan awan dan SaaS. Pendekatan asas Darktrace yang berbeza mengguna pakai AI Pembelajaran Kendiri bagi membolehkan mesin memahami perniagaan tersebut untuk mempertahankannya secara autonomi. Beribu pejabat di Cambridge, UK, syarikat ini mempunyai 1,700 orang pekerja dan lebih 30 buah pejabat di seluruh dunia. Darktrace telah dinobatkan sebagai salah sebuah 'Syarikat Paling Berpengaruh' oleh majalah TIME bagi tahun 2021.

 

 

Source: Darktrace
Related Stocks:
LSE:DARK OTC:DRKTY
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security