omniture

Festival Tripitaka Koreana Bermula

2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
2013-10-01 07:54 121

SEOUL, Korea Selatan, 1 Oktober 2013  /PRNewswire/ -- Satu festival budaya Buddha telah membuka tirainya di bandar selatan Korea Selatan ini untuk memperingati "Tripitaka Koreana" atau "Palmandaejanggyeong" dalam Bahasa Korea.

Festival Tripitaka Koreana 2013 bermula pada hari Jumaat di Hapcheon, 354 kilometer ke arah selatan Seoul, yang akan berlangsung selama 45 hari sehingga 10 November. Acara itu digelar sebagai Ulang Tahun Satu Abad Tripitaka Koreana.

Tripitaka Koreana ialah koleksi kitab ajaran Buddha yang diukir di atas lebih 80,000 blok pencetakan kayu, yang terdiri daripada 52 juta aksara, yang dicipta pada kurun ke-13.

Ia dianggap sebagai set kitab ajaran Buddha paling menyeluruh yang ditemui setakat ini, dan Kuil Haien, tempat simpanan kitab itu, ialah tapak Warisan Dunia UNESCO.

Semasa majlis bagi menandakan pembukaan acara tahunan itu, Gabenor Daerah Gyeongsang Selatan Hong Joon-pyo menyampaikan ucapan tahniah di hadapan ratusan tetamu, termasuk 60 delegasi antarabangsa.

Festival itu, yang mula-mula diadakan pada tahun 2011 bagi meraikan ulang tahun satu abad ciptaan blok kayu itu, akan menawarkan pelbagai lagi jenis pameran serta sesi interaktif di Kuil Haein dan dewan pameran.

Lima dewan pameran, setiap satunya dengan tema berbeza, bakal mengadakan program bersejarah, budaya dan hiburan tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan "Tripitaka".

"Maaebul", patung Buddha setinggi 7.5 meter yang diukir dalam dinding batu di Gunung Gaya, akan dipertunjukkan pada orang ramai buat pertama kali semasa festival itu juga. Sebelum ini, akses pada patung itu telah dihadkan.

Patung Maaebul ialah salah satu patung yang terpulihara paling baik di negara itu, yang dianggarkan telah dibina pada kurun ke-9 semasa Pemerintahan Kerajaan Silla (57 Sebelum Masehi-935 Selepas Masehi).

Hubungan Media
Paeng Sunhwa
Tel: +82-55-211-6274
E-mel: psh0401@korea.kr

Sumber:  2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee

Source: 2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
Keywords: Travel Religion Trade show news